sukarnya menjadi seorang mukmin dan sebenar-benar mukmin. Aku sedar, aku masih baru nak bertatih untuk benar-benar memahami Islam. Baru nak mendekati al-quran dengan sebenar-benar dekat. Masih banyak kata-kataNya yang sepi ditelingaku, masih kosong di hatiku. Baru-baru ni, baru saya lalui satu ayat di surah al-Ma'arij, 70:19
70-19: Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat resah gelisah.
70-20: Apabila dia ditimpa kesusahan dia gelisah.
70-21: Dan apabila dia mendapat kebaikan dia bakhil.

Takkan bila ada masalah kita tak boleh bersungut?
adakah maksudnya kita takboleh bercerita dengan kawan2 mengenai masalh2 hidup kita?
Salahkah jika aku menarik nafas panjang sekadar mengenangkan ujian yang mendatang?
Soalan demi soalan melintasi ruang fikiranku yang terbatas ini. Sejak akhir-akhir ni, sedar atau tidak, kedengaran ataupun sendirian aku banyak mengeluh. Runsing tak bertepi. Dan bila kerunsingan itu datang, kadang-kadang aku mengeluh. Dan nama yang mula-mula aku terlintas dibenak fikiranku bukan Dia. Umi yang aku ngat, Ida yang aku iingat dan kadang-kadang sepi terus, tergamam. Bila nama Allah pula kau ingat fatihah? Astaghfirullah NamaNYA mungkin hanya akan muncul selepas nama2 itu terlintas difikiranku. Astaghfirullah astaghfirullah.
Hakikatnya kepada siapa engkau bergantung? Aku bertanya sendirian. Pergantungan kau kepadaNYA masih belum total. Masih ada lompong-lompong yang perlu kau isi. Aku tahu, aku sedar hanya kepadaNYA aku akan kembali, dan hanya kepadanya aku pantas mengadu, hanya padaNya aku patut bertawakal. Ya Ya aku tahu. Tapi teori itu ternyata bukan semudah yang kita pelajari. When it comes to practical, it would always be the hardest one.
Tapi aku percaya, tidak salah kita bercerita kepada orang lain akan masalah kita. Teapi apa yang menjadi persoalan utama adalah, sudahkah kau bercerita kepada pemberi masalah itu kepadamu? Sudahkah kau bertanya kepada empunya mutlak dirimu sebelum mengambil sebarang keputusan? Insya Allah hati akan kembali tenang selepas mengingatinya. Dan ingatlah, Allah tahu hal ini payah bagimu, dan Dia juga telah membei penyelesaiannya kepadamu.
"Dan Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.
(iaitu) mereka yang yakin, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya"[Al-Baqarah:45-46]
Sungguh di sebalik ujian itu, ada ganjaran yang disediakan. ada hikmah yang perlu diselongkar. Terletak kepada kita sama ada untuk berlapang dada menerimanya ataupun terus0terusan mengeluh, melakukan hal yang telah ditegah Allah swt.
Tepuk dada tanya iman, dan bermujahadahlah.

Amat sukar sekali
ReplyDeleteSiapa kata Syurga Allah itu murah harganya, dapat dicapai hanya dengan angan-angan???