Universiti Dilemma

Di Universiti tempat saya melanjutkan pelajaran, kami diberi tempoh 2 minggu untuk try any class that we are interest in. Jadi boleh lah kata 2 minggu ni sebagai tempoh khiar @ tempoh berfikir. Hmm jadi dalam tempoh ini, ramai yang mencuba cuba subjek. Antara kriteria untuk memilih subjek adalah
Insya Allah dapat lulus
Exam senang ke susah
subjek yang diminati
single major, double major, etc etc
Standard degree or Degree with Honours
Saya tidak pernah menilai sama ada untuk mengambil sesuatu paper bergantung kepada soalan examnya. Saya hanya akan baca course description dan jika ia menarik saya akan enroll, jika tidak say good bye. Hmm jadi macam mana status saya pula? Kini alhamdulillah kriteria untuk meneruskan honours program sudah saya capai, jadi untuk semester ini, saya perlu pass semua paper dan mendapat letter of admission from univ untuk prog honour tahun depan (jika tiada aral dan ada rezeki, ameen sama-sama doakan).
Namun yang menjadi dilemanya kini, adakah saya perlu ambil langkah selamat dengan ambil paper 1st or 2nd stage or simply said basic paper? ataupun adakah saya perlu ambil paper 3rd stage untuk meninggikan average grade saya?
Hmm buat masa sekarang, saya enroll Maths362 (advance method in applied maths), Stats 325 (stochastic process) and Stats 301 (data analysis). Yang saya pasti, saya nak belajar Stochastic Process biarpun orang kata ianya mencabar sebab saya rasa saya suka. jadi alang-alang dah 2 stats paper (last sem belajar STATS 370), baik saya ambil satu lagi paper stats untuk lengkapkan double major in statistics. Jadi saya pilih stats 301 sebab saya rasa paper ni berguna nanti. Namun paper maths 362 itu masih bermain-main difikiran saya, adakah perlu saya teruskan? Kawan-kawan kata, Insya ALlah boleh buat paper tuh. Namun, since dah lama tinggal bidang applied maths (baru 1 sem jek) rasa macam hati tiada di situ. Masih teringat-ingat akan paper Maths Education yang saya belajar semester lepas. Rasa hati suka belajar paper tu, sebab berkait rapat dengan diri. Jadi, if nak proceed untuk semester ni, ada satu paper which call Maths 308 and nobody among us has taken that paper. Freaking out of me! Dan untuk menambahkan kekecutan perut, student need a supervisor to supervise the reading material for that particular course. Hmm perlukah saya mengambil cabaran itu? Perlukah saya meletakkan diri saya dalam keadaan merbahaya? Padahal semua paper pun ada risikonya yang tersendiri. Kalau orang lain kata paper tersebut OK untuk dia, tak semestinya ia OK untuk saya. Jadi, apa saya perlu buat?
"Dan Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.
(iaitu) mereka yang yakin, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya"[Al-Baqarah:45-46]

No comments:

Post a Comment