Menurut riwayat (Syarah al-Arbain al-Nawawiyah) bahawa Nabi Adam a.s berwasiat kepada anak-anak dengan beberapa wasiat. Di antaranya ia berpesan bahawa
jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu perbuat. Kerana aku sewaktu gelisah memakan buah kayu, hatiku telah beroncang dan gelisah.
Jika kamu hendak mengerjakan sesuatu, maka lihatlah kesudahannya. Kerana kalau aku lihat atau fikirkan tentang kesudahan dan akibat makan buah tersebut, tentu tidak aku makan.
Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang2 tertentu. Kerana kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepada aku supaya jangan memakan buah yang terlarang itu.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment