It was a joyful moment seeing hannah enjoying herself at kidzoonia klebang. Even me as a mom feels happy for her :)
Saya amat tertarik dengan tagline tempat ini "belajar melalui bermain" n i totally agree with the idea.
Kalau tak silap saya, idea tempat ni berasal dari Jepun. Sebelum menapak masuk, mereka akan beri setiap pelanggan sebuah bakul bernombor untuk isi selipar dan keperluan lain. Then bakul tu kita letak di rak mengikut nombor. Macam tadika kan, comel :) Kemudian, setiap pelanggan yang masuk pun diwajibkan untuk memakai stokin. Mungkin hygine factor. Ibu bapa pun bebas menamani anak2 bermain.
Dalam kidzoonia pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak2. Utk kids, ada stesen2 mini yg mcm ala2 kidzania kl; ada booth hospital, sushi, supermarket etc. Anak2 boleh naik kereta yg depa kena gerakkan dengan kaki and berlakon ala2 customer gitu. Ada jugak gelongsor n permainan yg best.
Tapi since hannah baru 8 bulan, tak banyak yang di3 boleh cuba. Hannah hari ni dok dalam lautan bola. Rupanya anak kecil ni sebenarnya takut ya dengan surface yang dia tak biasa. Hannah lagaknya berhati-hati sangat dalam nak merangkak ke depan. Tapi saya tumpang senang melihat dia gembira. Hannah try main blok kayu, and gelongsor. Maybe mak dia yang terlebey sukanya kan =p
Bagi kanak-kanak sekitar setahun lebih boleh main dengan pasir. Agaknya macam seonsory sand. seronok juga dok perhati anak2 kecil ralit bermain di situ. Ada juga ibu bapa yang menunggu dari luar memberi sokongan.
But the whole idea is I think this is a great place to spend time with your kids. Especially on weekend. Jika berkesempatan dan berpeluang, anda boleh turut mencuba.
From what I observe, chinese sangat menitik beratkan hal2 begini. Kelas-kelas renang, piano, dan badminton misalnya dihujani oleh orang-orang Cina. Mereka tak berkira menghabiskan duit dalam aktiviti sebegini. Saya pernah melihat yuran yang dikenakan; agak tinggi I would say dan saya pun mungkin berkira2 nak spend ke situ. Namun saya menyimpan impian untuk melakukan hal yang sama, Insya Allah. Aktivit2 ini saya fikir membentuk disiplin dan jati diri dalam diri anak2. Skill-skill ini sangat berguna dalam menjadikan diri kita seorang yang balance physical, emosi dan mental.
Ya Allah, bantulah kami dalam menjadi ibu bapa yang terbaik buat kebaikan dunia dan akhirat anak kami, ameen
**Kredit kepada Aeon Klebang kerana menukar telekung setiap hari mengikut kod warna untuk memastikan keselesaan pengguna surau dalam melakukan ibadah; semalam sabtu - Kelabu
No comments:
Post a Comment