Pohon Dingin

Daun-daun hampir hilang kesemuanya diterbang angin.


Kini tinggal hanya sisa sahaja, itupun dah tanpak kekuning, menanti saat gugur ke tanah.
Pokok-pokok itu kulihat sepi sendiri.
Dahulunya hijau merimbun kini berdahan kosong.
Meskipun begitu, masih ada burung-burung yang sudi bertandang
menemani pohon yang sepi keseorangan.
Cemburu dengan pokok itu.
Meskipun angin sejuk yang terus-terusan bertiup, ia masih gagah berdiri.
Dan biarpun keindahan yang hampir pudar, masih ada yang menghargai kerana sedar akan jasanya selama ini.
Begitu juga hidup kita manusia, kita harus terus tabah walaupun berada di zon tidak selesa.
Harus tegar dengan segala ujian yang melanda
Kerana pasti tiba musim bunga selepas ini,
Pasti pucuk baru akan tumbuh kembali
kerana itulah sunnatullah alam ini
Musim dingin akan berakhir dan bila tiba masanya bunga-bunga akan mekar kembali
Ujian getir akan berlalu pergi namun adakah kita mampu menangani?
Jika dirasa lesu sendirian,
bukankah ada burung yang menyinggah, menyanyi riang?
sedang Musa memerlukan Harun,
apakah lagi manusia biasa seperti kita

No comments:

Post a Comment