Kenallah DIA di masa lapang

saya memetik daripada sebuah buku saya baca.
Dalam satu riwayat daripada Tirmizi, Rasulallah meneruskan pengajaran kepada Ibn Abbas iaitu "peliharalah Allah nescaya engkau dapatiNya berada di hadapan engkau, menyertai dan menolong engkau. Dan kenallah Allah pada masa lapang, nescaya Ia kenal engkau pada masa susah dikala engkau sedang menhadapi perkara yang sukar"

Apa yang diertikan dengan mengenal Allah. Jika manusia, kita kenal mereka melalui nama dan sifat. Tapi bagaimana dengan Pencipta yang Agung ini? menurut penulis, kenal Allah bukan sekadar mengetahui namaNya dan sifatNya, tetapi wajiblah ingat serta memelihara agamaNya. Memelihara agama bereti menjadi orang yang menurut hukumNya dan mengikut peraturannya. Namun ini bukan terhad di masa kita memerlukan Nya semata. Hal ini dapat dilihat apabila ada orang yang teresa-gesa mengerjakan ibadat dan zikrullah dan berdoa apabila dia sedang diuji dengan kesusahan mahupun kesempitan. Ini bukanlah orang yang kenal Allah menurut yan dikehendaki Rasulallah.

Sebenarnya mengenal Allah pada masa senang adalah amat sukar. Saya tertarik denan kisah Nabi Allah Yunus yang tetap ingat akan Allah pada masa lapang dan menjadi sebab baginda dilepaskan dan diselamatkan dari perut ikan, seperti yang Allah sebutkan dalam ayat berikut:-
"Maka sekiranya tidak ia dari mereka yan banayk bertasbih (menyebut Allah) nescaya tinggallah dalam perut (ikan) itu hingga hari (manusia) dibangkitakan. Lalu Kami campakkan dia di tanah kosong di tanah kosong dalam keadaan sakit" [Surah Al-Saffat: 143-145]

Doanya diperkenankan waktu dalam kesusahan, sesuai dengan hadith Rasulallah yang mengatakan, "Bahawa barangsiapa suka akan diperkenankan Allah doanya pada waktu kesusahan, maka hendaklah ia membanyakkan doa pada waktu lapang"

Jika kita lihat pada norma manusia sekalipun, pasti manusia akan lebih kasih akan orang yang selalu mengingatinya. Seseorang itu akan lebih mudah untuk menolon sesorang yang dia berbanding orang yang tiba-tiba muncul meminta apabila kita susah. Saya tertarik apabila membaca keterangan yang diberikan oleh Salman AL-Farisi, salah seorang sahabat yang terkemuka-
"Apabila seseorang lelaki selalu memohon kepada Allah pada waktu senang, kemudian ia mengenali kesusahan lalu ia memohon kepada Allah waktu senang, kemudian ia mengenali kesusahan lalu ia memohon kepada ALlah, maka berkatalah malaikat: "suara ini sudah terkenal. Maka tolonglah akan orang yang empunya suara itu" Sebaliknya, jika suaranya tidak dikenal selama ini kecuali dimasa susah, malaikat itu juga berkata, bahawa suaranya tidak pernah dikenali maka tak usahlah ditolong akan dia"

Akhirnya Rasulallah menerangkan lagi kepada Ibn Abbas suatu perkara mustahakuntuk dijadikan pegangan iaitu: Engkau pasti akan menerima apa yang telah ditakdirkan sama ada disukai mahupun tidak. Walaupun engkau telah berikhtiar sebaik mungkin untuk menghindarkannya, tetapi gagal belaka. Hal ini menunjukkan bahawa disebalik tadbir ada takbir dan tadbir tidak dapat mengalah takdir. Kerana yang telah ditakdirkan tetap akan berlaku. tetapi apa yang ditadbir atau diatur belum tentu akan terjadi. Dan manusia itu sebenarnya lemah dan yang lemah wajiblah memohon pertolongan Allah yan gagah dan percayalah kepada ketetapan dengan jiwa yan tenang lai berserah.

No comments:

Post a Comment