dari jauh lihat segerombolan semut datang menghampiri rak hijau di hujung bilik kecil ku. Hati mula mengomel, " EEE semut-semut ni. Aku baru letak choclate, cepat betul dia datang. dah la datang bukan sekor dua. habis tok nenek die datang. Padahal bukannya bukak pun choclate ni" **gggrrrr** hati mula panas..
chop. sila bertenang. tarik nafas dalam-dalam.
kan dalam setiap penciptaan ada perkara yg kita boleh belajar.
cuba kita lihat semut. entah dari mana dia tinggal, tapi sejauh mana pun dia tinggal mereka tetap akan muncul di tempat yg punya makanan buat mereka. bak kata pepatah orang dolu-dolu, "di mana ada gula, di situ ada semut". Subhanallah, mereka dikurniakan dengan panca indera yang sangat sensitif terhadap gula. sebagaimana sepatutnya kita miliki terhadap rahmat Allah, mungkin ada baiknya sekiranya peribahasa itu kita tukar, "di mana ada rahmat Allah, di situ ada kita". Nah, sekarang peribahasa itu lebih basah *wink*
Kita sudah ditaburkan dengan pelbagai pengisian. Sebut sahaja tajuk2 daurah, entah yang mana jek belum kita cover. Lihat sahaja dalam checklist peribadi, semua pun dah bertick. Makanya, kita sepatutnya mengetahui pelbagai perkara yang mampu membawa kita kepada kasih sayang Allah, rahmat Allah dan redha Allah. Tapi sejauh mana kita sensitif, dan bersungguh dalam mencarinya. Adakah apabila di-offer untuk mendahulukan barang kita, itupun terasa berat, sedangkan apa yg kelihatan seperti harta kita hari ini, hakikatnya masih belum menjadi harta kita selagi ianya belum di infaq-kan. Dan adakah apabila kita diamanahkan dengan adik DF atau amanah yg lain, kita memandangnya sebelah mata? sedangkan membawa orang kepada kebaikan itu lebih baik dari nilai unta merah.
*istighfar*
Next, selain dari sensitifnya semut itu, amal jamaie mereka juga harus kita contohi.
Ada tak kita lihat semut menghurung gula sendirian. Tidak bukan. Pasti saat mereka mencari 'gula' tersebut, seluruh tok nenek mereka bawa bersama. Tidaklah mereka mencari makanan itu sendiri-sendiri. Tidaklah mereka itu tamak terhadap kebaikan sendirian berhad. Subhanallah.
Jadi akhwat fillah sekalian, sekiranya kita mampu melihat hub pahala dihadapan, pimpinlah akhwat kesayangan kita bersama. Bila mana melakukan kerja dakwah itu, berqadayalah bersama orang2 yang kita sayang kerana ada barakah dalam syura. kerana ada kebaikan dalam syura. bukan ke kita nak bersama sampai syurga? kerana dakwah itu sungguh sukar, tak terdaya dipikul sendirian. Sebagaimana semut kecil itu tak mampu membawa makananya sendirian, takut tersungkur lebih awal dari sepatutnya. Jom akhwat, kita kerja bersama, bersama sampai syurga. Kan indah =')