Istighfar dan Rezeki

The power of istighfar. Sebagaimana yang Allah telah janjikan dalam surah Nuh, dgn istighfar insya Allah DIa akan menurunkan rezeki buat kita. Mungkin kadangkala kita sering tertanya-tanya, kenapa doa kita masih tidak allah kabulkan? Atau mungkin kenapa susah benar bagi kita utk itu dan ini? Mungkin belajar, mungkin kerjaya, mungkin hubungan sesama manusia atau berbagai masalah lagi. Mungkin kita rasakan kita dah lakukan pelbagai usaha, tapi knapa kita masih belum dapat apa yang kita inginkan? Hmm mungkin kerana doa itu masih tergantung di langit.

Subhanallah. Allah itu Maha Kaya, Maha Mengabulkan doa hambaNya. Insya Allah. Yuk kita perbanyakan istighfar kita. Mungkin kita bisa rasa sebagaimana pmbuat roti ini.

Astaghfirullah
KISAH IMAM AHMAD RAHIMAHULLAH & SI PEMBUAT ROTI

Suatu malam, Imam Ahmad bin Hanbal mahu menghabiskan malamnya di masjid, akan tetapi beliau dihalang oleh pengawal masjid. Sudah puas beliau mencuba namun tetap tidak berjaya.... Imam Ahmad pun berkata: “Saya akan tidur di tempat saya berdiri ini.” Dan beliau benar-benar melakukan seperti yang dikatakannya. Namun, pengawal itu tetap berusaha menarik beliau menjauhi masjid. Kelihatan Imam Ahmad tenang dan tampak pada raut wajahnya ciri-ciri seorang insan yang mulia.

Dalam situasi itu, seorang pembuat roti telah melihatnya. Lantas dia membawa Imam keluar dari kawasan masjid itu dan menawarkan kepadanya tempat untuk bermalam. Maka Imam Ahmad pun beredar bersama pembuat roti itu dan beliau telah dilayan dengan layanan yang baik. Kemudian si pembuat roti itu pun meninggalkan Imam berehat dan dia pergi menguli tepung. Imam Ahmad mendengar pembuat roti itu beristighfar tanpa henti sepanjang malam. Ini membuatkan Imam Ahmad berasa kagum terhadapnya.

Apabila menjelang pagi, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti itu tentang istighfarnya malam tadi:

“Apakah kamu dapat hasil dari istighfarmu itu? Imam Ahmad sengaja bertanyakan soalan ini sedangkan beliau sudah mengetahui kelebihan dan faedah istighfar.

Pembuat roti menjawab: “Ya, demi Allah aku tidak berdoa dengan satu doa pun kecuali ia akan dikabulkan Allah. Cuma ada satu doa lagi yang masih belum diperkenankan.”
Imam bertanya: “Apakah doa itu?”
Pembuat roti pun berkata: “Aku mahu melihat Imam Ahmad bin Hanbal.”
Lantas Imam Ahmad berkata: “Akulah Ahmad bin Hanbal! Demi Allah, sesungguhnya aku telah dibawa oleh Allah kepadamu!”

Diterjemahkan dari teks asal berbahasa arab

Sumber : Fattabiouni Malaysia ~ Z ~

When someone sneezes say

Be selective of words you use to describe Allah

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah tsumma alhamdulillah.hampir tamat cuti persekolahan kita. This time around sangat cepat cuti sekolah berlalu. Mana taknya ke hulu hilir kerja sepanjang cuti. Macam2 conversation meja makan dah dilalui jugak. Ada satu yang ingin saya kongsikan.
Dalam perjalanan mencari cinta Allah. Makin lama kita akan rasakan betapa sweetnya Allah. Betapa baiknya Allah kepada kita selaku hamba yang berduyun2 dosa. Maka kita akan lihat dalam fb org kata "sweetnya Allah, Baiknya Allah" etc.
Tapi dalam conversation kami, abah saya menghilightkan kita haruslah berhati-hati dalam memilih perkataan untuk meng'interpret' atau menggambarkan atau menceritakan perihal Allah. Perkataan mcm sweet & baik tu tak menggambarkan sifat kesempurnaan Allah.
Instead of saying, "Allah itu sweet"
Better say, "Allah Maha Baik"
Hmm my personal thought on thisbissue would be
1. Alhammdulillah dari orang yang kurang atau tidak tahu ttg Allah, kita jadi lebih prihhatin n merasai kebesaran Allah itu sendiri. Perkataan sperti baik, dan sweet merupakan perkataam yg dekat dengan diri kita. Jadi tidak hairanlah jika perkataan seperti itu yg tersembul keluar dari bibir kita
2. Mungkin dperingkat permulaan itulah perkataan yg akan kita gunakan. Namun lama kelamaan dengan bertambahnya ilmu, insya Allah kita juga akan menjadi lebih berhati-hati dalam perkataan yang kita gunakan.
3. Ilmu-amal. Kerana ilmu akan merubah amal.
Insya allah. Usah risau bagi ukhti2 dluar sana. Bukan kita dgn sengaja. Tapi dek kerana kurangnya ilmu kita kita kurg cakna tttg pkataan untuk menggambarkan kesempurnaan Allah yang Maha Esa.
Walahualam

Salam Terakhir

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah
tanggal 29 November 2013, dengan sekali lafaz, aku sah bergelar isteri kepada seorang 'posmen' ku suatu masa dulu. Ok kisah ni bukan akan diceritakan dalam entry kali ni yer

Tiba-tiba tempoh 24 jam 28 Nov begitu cepat berlalu, segalanya bagaikan mimpi. Dari awal pagi sehinggalah saat mentari melabuhkan tirainya. Dari menyiapkan bilik pengantin, mengambil gambar dan bertemu tuan imam juga. dan malamnya kami mula berinai. Alhamdulillah. Saat yang indah apabila dikelilingi org2 yang disayangi. Semua saya minta untuk ambil kesempatan menempekkan inai di jari ni. Padahal 10 jari ni blh disisapkan oleh seorang jek, tapi just for fun, bagi satu untuk BFF saya, adik2 saya, makcik saya, sepupu2 saya. Alhamdulillah seronok. Bukan apa, sometimes and most of the time moment2 dan detik2 hidup ini bukanlah milik kita semata. Ianya untuk dikongsi bersama, agar kita sama2 blh tersenyum mengingati setiap detik yang berlalu. Dan tak lupa juga, agar ianya menjadi penyumbang pahala untuk kita bertemu pemilik segala cinta nanti, :')

Moment yang sukar atau paling sukar sebelum mendengar lafaz yang bakal mengubah hidupku, moment yang mana ye?
Tak sukar menjawab soalan tersebut.
Moment2 berjabat tangan dengan insan2 yang tersayang. Aduuuuuuhhh sukarnya.
rasa macam perpisahan terakhir. padahal bukannnya takkan juma dah
tapi entah perasaan tu mmg datang tiba2. Perasaan halus jek.
Salam ngan BFF, ngan Nana, Eti, Mok Na, Mok Ning, Fadhil mmg syahdu
salam plak ngan bonda kesyangan. Allahu Akbar. syahdunye, perasaan yang aku bakal beralih tangan. Perasaan yang aku tak tahu apa nasib yang bakal aku lalui dihadapan. Apa bakal family yang aku akan bergaul nanti. Astaghfirullah Al-Azim

Ya Allah, kuatkanlah hatiku di atas deen ini ya Allah. di atas jalan menuju redha mu. Ya rabb, ya Rabb, ya Rabb