Senja

Senja itu indah kan

Lapisan warnanya sangat mempesonakan

Indah

Hangat

Namun mempesonakan

Saujana mata memandang

"Langit itu indah
Saujana mata memandang"

"Errr cg, saujana tu apa?"

"Saujana tu horizon, kalau tgk tu mcm luas" jwb cg

Kkkrrr kkrrr kkkrrrr
.......

"Cg kalau org tu faham die blh terangkan dengan bahasa termudah sampai org lain faham" jawab anak murid dengan penuh innocent

Eerrr errrrr
Ps: Dalam hati sabo jelab

"Horizon tu macam kalau kita tgk sunset kat laut, macam nampak luas sangat, xbertepi. Sama jugak macam kat sesetengah sawah padi, kita nampak macam jauh dan luas sangat bendang tu. Tulah namanya saujana mata memandang"

Murid, "oooooooooo"

Gitulah, dari langit sampai ke laut nak menyampaikan maksud saujana.huh.harap betullah huuuu

#walau dimana kita berada,
Xkira besar rindu menerpa,
Lihat ke atas dan rasakanlah,
Kita berada di bawah langit yang sama

Fitrah

Fitrah manusia itu tidak dpt ditahan,
Bila mana terasa nak ke tandas walau ditahan sekalipun xkan tertahan

Begitu juga hati manusia
Seharusnya akan menuju kepada cahaya walau bagaimana gelap sekalipun dia berada
Sebagaimana pokok yang akan terus menjulang ke atas,
Walau sukar akan terus mencari cahaya

Menjadi tuan

Melewati tempat cuci kereta aku perhatikan bangsa yg sama sedang bekerja keras,
Melewati tapak binaan bangunam pencakar langit, mereka jualah yg kulihat gagah membanting tulang,
Tak kurangnya di kilang2, masih wajah2 mereka yg sibuk mengerah keringat

Adakah kita lebih gemar menjadi tuan,
Adakah bangsa kita merasa besar menjadi boss?
Lihat saja pada drama2 tersohor negara,
Bangsa kita diperlihatkan sebagai ceo syarikat2 besar,
Sibuk berebut harta dan seolah2 kitalah raja

Walhal hakikatnya tidaklah seperti drama tontonan jutaan masyarakat kita,
Rata2 bangsa kita masih tidak mampu membeli rumah mencecah jutaan ringgit
Malah bangsa yg rajin bekerja itulah yg mampu membeli walau tanpa pinjaman bank

Wahai bangsaku,
Adalah kita sedar sikap kita seolah tuan ini pada hakikatnya hanyalah hamba di tanah sendiri?