Maternity Product - Susu

Susu merupakan antara produk terpenting bagi ibu yang sedang hamil. Mereka memerlukan sekurang-kurangnya 1000 miligram kalsium sehari dari diet harian ibu. Ianya boleh didapati dari sebarang produk tenusu. Kalsium amat penting bagi pembentukan tulang bayi. Sekiranya ibu tidak mendapat cukup kalsium dari diet hariannya, maka bayi akan menyerap kalsium yang diperlukan dari tulang ibu atau dari gigi dan gusi. Ini boleh mengakibatkan ibu merasa sakit belakang atau gusi berdarah. Masalah cramp atau kejang kaki juga merupakan simptom ibu tidak mendapat cukup kalsium.

Bagi mengelakkan hal ini berlaku, ibu boleh mengambil susu sebagai makanan tambahan. Namun bagi mereka yang tidak boleh consume susu, anda mempunyai beberapa alternatif seperti lain roti, yogurt, cheese, and any dairy product. Contohnya:

1 cup plain skim-milk yogurt: 488 mg
1 cup nonfat fruit yogurt: 345 mg
3 ounces sardines (drained solids with bone): 324 mg
1 cup calcium-fortified orange juice: 300 mg
1/2 cup firm tofu made with calcium sulfate: 253 mg
1 ounce cheddar cheese: 204 mg
1/2 cup cooked spinach: 136 mg
1/2 cup boiled collards: 133 mg
1 cup nonfat cottage cheese: 125 mg
1 ounce (about 23 whole) dry roasted almonds: 75 mg

However sukar nak cukupkan 1000 mg tu. Saya yang kurang gemar susu cuba mengelak dari minum susu. So saya consume air yogurt, vitagen banyak2. Tapi bila dikira, xsampai pun 500mg kalsium intake sehari.

Akhirnya saya mengaku kalah dan tekad untuk mencuba minum susu. Kini banyak produk yang ada dpasaran seperti Anmum, Frisomum, Dugro dan Anmamil. Kesemua produk ini kaya dengan kalsium. Namun bila kita bandingkan nilai kalsiumnya, susu anlene mempunyai kalsium yang jauh lebih tinggi. Seorang nurse pernah kongsikan melalui seorang rakan saya. Dia mengadu kakinya sering cramp waktu malam walaupun dah minum susu 2 gelas sehari. Then nurse tanya, awak minum susu apa? ..... nurse kata, "ooooo susu tu manis n kalsium pn xtinggi mana. Cuba Anlene." Alhamdulillah selepas consume anlene, dia tidak lagi mengalami cramp.

Tapi, yelah kurangnya produk anlene ni sebab tak ada folate and DHA. Macam iklan2 yang kita tgk kat tv, DHA ni penting untuk membantu sel2 otak berhubung. Tapi secara peribadi, saya rasa kalsium lebih penting. And untuk aaya yang tak gemarkan susu, saya ambil anlene perasa coklat. Alhamdulillah saya pun tak mengalami masalah cramp kaki dan gusi berdarah mahupun sakit belakang di sepanjang tempoh kehamilan. Semua tu kuasa Allah, dan susu hanyalah sebahagian dari usaha kecil saya.

Bagi ibu2 yang masih mengalami masalah2 tersebut meskipun dah minum susu, percayalah itu sebahagian dari ujian Allah yang Dia ingin ganjarkan pahala buat kita. Makin susah yang kita alami dan makin sabar kita, makin tinggi pahalanya. Insya Allah. Dan mudah2an anak yang dikandung juga menjadi orang yang sabar sebagaimana ibu2 sekalian.

Wallahuaklam

Gaduhan sama si kecil

Sabar itu makin luas pengertiannya selepas bergelar ibu. Jika kita gaduh ngan  orang dewasa, mudah kita ingin melontar kata atau berbalas bahasa tubuh. Tapi melayan si kecil yang masih bayi, marah atau kesal itu tiada gunanya. Masakan tidak, si keci itu masih kecil dan tidak faham apa-apa. Jika dia merengek dan kita melampiaskan rasa marah sekalipun, dia tidak faham apa2. Malah rasa yang tinggal selepas itu hanyalah kesal dan rasa bersalah. Apa lagi apabila anak itu memandang kita dengan mata yang hiba. Astaghfirullah.

Justeru, adakah pergaduhan itu hanya untuk menegakkan sesuatu dan merasa menang? Dan kiranya lawan kita adalah bayi, adakah barusan kita memutuskan untuk tidak melampiaskan rasa marah atau tidak senang kita? Bukankah sewajarnya akhlak baik itu sama saja nilaiannya xkira siapa lawan kita?

Kerna itu sabar dan maaf itu jauh lebih indah. Meski sukar, namun ia lebih menenangkan. Mungkin kita perlu berhenti untuk beberapa detik bg memuhasabah diri sebelum meneruskan kata yang bisa mencetuskan pergaduhan. Allahuakbar, sukar! Namun mujahadah yuk!