Alhamdulillah tsumma alhamdulillah
I am writing this after 57 days giving birth to this little muchkin, Miss Hannah Banana. Rasa macam sekejap jek masa berlalu that I finish my confinement period and my maternity leave almost come to an end.sobs.
I am writing this so I would always remember how that day was since I know I am not a person with very strong memory. hihi. "takkanlah moment magical macam ni pun boleh lupa", some might say, but knowing me, I would rather write it down :)
On last 29th February, which falls on Monday, I had my check up at DBM Batu Caves with Dr Laily. I was 38 weeks pregnant. My EDD was 10th March. My check up was all fine, alhamdulillah. Dr Laily was saying that baby is a little bit small based on her head's circumference, yet it is normal. And doctor remind me that if after 10th baby still not out, I could give myself another 10 days before checking in there. So I pun rasa, owh maybe overdue ni. Neves dah seposen kat situ sebab takut nak kena induce kan =p
and kejadian next day tu pulak, which is on 1st March (selasa), I had my regular check up at Klinik Kesihatan Batu. And sama jugak, saya kena menunggu lama hari tu sebab tiba-tiba kena refer doktor sebab nurse ukur saiz baby kecik. Since baby is at 38weekss, hence saiz janin sepatutnya 38cm. And they allow 2cm difference, hence minimum baby kena 36cm. Tapi beberapa orang nurse ukur saiz baby saya is 35cm. They are worried so they refer me to the doctor. So doctor tu pun ukur sendiri and still dapat 35cm, Then she plot graph pembesaran etc and semua data falls on normal curve. Alhamdulillah. So sekali lagi they mention kalau overdue, which is 7 days after EDD and kalau still tak deliver boleh datang KK Batu sekali lagi untuk ambik referal letter ke Hospital Selayang. So, sekali lagi saya berdebar takut kena induce.gulp.
Then lepas lawatan ke KK Batu, saya melawat my BFF kat Bukit Jalil. Waktu tu dah terkeluar kat mulut, "kalau tak pergi hari ni, tak taulah bila lagi boleh pergi". So saya pun pergi dengan gembiranya jumpa buah hati huhu. Bersembang segala and saya solat asar kat sana sebab takut balik nanti stuck dalam jam plak. before solat tu mcam ada lendir merah sikit. Tapi saya buat dunno and solat mcam biasa sebab rasa biasa jek. My BFF waktu tu dah neves dah. Nampak tanda kecuakan kat muka dia. Tapi saya rasa macma normal and ok jek, so chill :)
On the way back, while driving tu saya google lah, sebab mmg no idea apa lendir tu. And hasil pencarian dalam jam tu barulah saya tahu lendir tu tanda-tanda nak deliver dah. And one of the entry blog yang saya baca tu die kata bila keluar lendir tu die g labor room and kena suruh balik and she only delivered the baby on the next day. So bertambah reason saya untuk relax and keep calm. Saya taknak pergi klinik and kena cek jalan and kena balik. Biarlah kena cek tu waktu dah sampai masa betul and seminimum mungkin. Sambil-sambil drive tu saya macam rasa sengal-sengal belakang. Tapi gosok-gosok jek hilang. Rasa sengal tu kejap-kejap jek. Tak sampai seminit. Tapi dalam hati dok kata, "tak kan ni contraction". Dengan perkataan 'tak kan' tu, saya pon bertenang.
So sampai rumah tu dah hampir maghrib and saya pun solat macam biasa. Habis solat tu, macam lendir keluar lagi. Saya pun report kat umi, and umi pun kata, "kak long penat kot, seharian doh kehulu hilir". Saya pun kembali bertenang. Sembang-sembang ngan umi sampai masuk Isya. Umi pun cerita experience umi deliver etc. Saya dengar dengan penuh khusyuk sebab manalah tau kan. Selesai solat isya, saya pun tido kejap sebab sakit belakang tu macam makin kerap. Tapi gosok-gosok hilang. Saya pun taklah cakap kat Umi sebab sakit tu macam sakit waktu period jek. Saya pun try tido, ignoring rasa tak selesa tu. Tu macam pukul 10 mlm. Tapi tiba-tiba saya terjaga pukul 1030mlm sebab sakit pinggang tu. Tapi sekali lagi gosok-gosok alhamdulillah rasa tu hilang. Saya pun sambung tido semula. Tapi sekali lagi tido tu tak lama sebab saya terjaga after 15minutes. Setiap kali bangun tu saya pergi tandas, just to make myself comfortable.
Since tak boleh tido mana, saya pun turun bawah, bersembang ngan Umi and my sister, Nana. Ceritalah yang saya tak leh tido semua. Nana pun kata, "contraction dah tu kot long". Saya dok ulang alik bilik air, sebab tak tahulah, rasa selesa bila dok kat mangkuk tandas tu. Beberapa kali jugakah keluar masuk. Ibu and adik saya dah risau tgk saya kehulu hilir macam tu. Nana pon call DBM just to ask for their opinion. Doktor tak ada and nurse pun kata, kalau sakit within 15minutes tu lambat lagi nak deliver, lagipon 1st child kan. So kami pun relax-relax kat rumah. Saya asalnya rasa lebih lega kalau duduk, tapi at 1130 tu rasa macam takleh duduk dah sebab tak selesa. Umi pon kata, "better kita pegi klinik utk cek, at least dapat confirmkan keadaan kita. If derg soh balik, then kita balik semula. At least, lets have a check 1st". Saya asalnya sangat reluctant nak pergi sebab rata-ratanya kata sakit akan lama untuk 1st child, Mostly 24 hours, so saya pun rasa macam belum lagi. Tapi lepas dipujuk-pujuk, saya pun bersiap tukar baju untuk ke klinik.
It was almost 12 am I checked in at DBM. Seingat saya dalam kereta tu saya dok menyenggeng and bila sampai klinik tu sempat duduk in sujud position sekali. Then nurse panggil saya masuk labor room untuk check jalan. And Subhanallah, nurse kata dah 6-7cm bukak. Saya pun macam, ha? She mentioned, ni boleh in labor anytime, tapi since anak sulong, maybe 4 am kot. Then they all pasangkan 3 stripe tu, tak silap untuk cek contraction. Saya pulak sempat mintak kat nurse nak gi toilet sebab rasa sangat tak selesa. Nurse kata tak boleh dah sebab baby dah kat bawah. Then around 1230 doktor laily sampai and check bagitau dah 8cm. Alhamdulillah, tak sangka within half an hour dah bukak another cm. Then they all bersiap-siap untuk labor.
Doktor kata, kalau rasa nak gi tandas tu, nilah tandasnya sebab tu tanda baby nak keluar. Malam tu umi saya temankan dalam labor room, Beberapa kali cakap kat umi nak gi tandas, Saya pun baring mengiring dah sebab tak selesa nak baring lurus. Doktor tanya, "taknak teran lagi ke?" Saya macam errr macm mana nak tau. Teringat macam hampir nangis cakap kat umi nak gi tandas. Peluk pinggang umi and pegang tangan umi jugak. Umi kata, "baring betul-betul, nanti klong rasa nak push tu". Jujur saya takut nak baring betul-betul. Dalam kepala, saya takut koyak sebab tadi cek baru 8cm, and bukan ke nak deliver kena 10cm? Then saya try baring betul-betul, and memang betullah, bila baring straight on your back, mmg terus rasa nak teran tu. Tarik nafas panjang-panjang, and push. Allahuakbar. Jujur payah. Then terdengar nurse tu kata, "good job nurul, you did well, curi nafas and push again" I was like, "curi nafas tu apa?" Then tarik nafas and push sekali lagi. Alhamdulillah, after 2 push kedengaranlah tangisan bayi kecil. Terdengar suara abah dari luar, baby girl tu. Allahuakbar, doktor terus meletakkan anak kecil itu diperut saya. Masya Allah, Allahuakbar. Inilah kebesaran tuhan, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd :)
Kesimpulanya,
tanda-tanda kelahiran yang saya alami (mengikut kronologi) adalah
1. lendir merah
2. sakit dan lenguh belakang (simptom biasa semasa period)
*anda mungkin mengalami simptom yang berbeza
3. sakit yang makin kerap dan tidak hilang walaupun selepas digosok atau tido
4. tidak selesa untuk duduk, dan lebih selesa untuk berada dalam posisi sujud
5. rasa ingin ke toilet
6. lebih selesa dalam posisi baring mengiring
Apa yang saya ingin ingatkan anda adalah, setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza. Ambillah setiap pengalaman itu sebagai pedoman, namun bukan setiap apa yang kita dengar itu akan kita lalui. Hanyalah sebagai pedoman dan perkongsian pengalaman.
Insya Allah, cuba banyakkan zikir moga hati lebih tenang dan sabar menemani perjalanan nanti. Moga setiap sakit dan rasa yang kita alami itu menjadi kafarah dosa dan setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNya yang memilih kita untuk merasai kehebatan dan keagunganNya melalui kelahiran anak kecil ini. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.