Hannah first swim class

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah
Today was such a great big day for me and hannah. Ibu is soooo generous to treat hannah for her first swimming experience. Not really swimmg activity lah for kids kan, but her first experience in pool. And i am super duper exited huuu.

Ibu booked a session at 330pm in wangsa walk for both hannah and abg fatih. I thought they could have a great fun in a same pool. But sadly they couldnt. Maybe for safety reason, i gezz. Hence hannah was placed in a smaller pool that would allow her to kick and response to the buble. While fatih at 2 years old was given a larger pool with balls and few other toys to keep him busy.

Hannah is currently at 5kg (maybe heavier) was given a pelampung attached at her neck. The lady slowly placed hannah in a pool filled with warm water. I was scared at first, but looking at hannah cool-happy faces wipes away all tge scared feeling i have. She looks so calm in the water. Good girl hannah :)

for first few minutes hannah neither paddle nor kick. But after sometime, she started to show some response. As the bubles was added, she started to kick faster. And the way that lady encourage her little customer is sooo much interesting. "Paddle-paddle-kick". *Sampai balik rumah pun saya dan umi dok ulang2 sebut huhu

Tengah syiok2 amek gambar, suddenly my phone pop-up a warning, "u have not enough memory". Waattt??? !/#*)@"_ and dan2 tulah nak kena men-delete. Ggrrrr. It is sooooo frustrating. Tapi sebab terpaksa, delete lah mana2 lagu yang ada tu.

But seriously, i couldnt thank my bff enough for this wonderful experience. I had soooo much fun. And so does hannah. Abg fatih also fully occupied with all the colorful balls had. Thankyou dearie for the treat. Jangan serik taw!! May we have more and more opportunities in the future and have mooorreee great times together. Till jannah k :) insya Allah

And hannah, after 30mins swimming session, she is tired enough and started to cry. Tho massage session is sooo relaxing, yet lapar and ngantuk lebih win. Hence akk tu terpaksa urut cepat2. And hasil swimming tadi, hannah lena tidur untill now, 1215am. She only woke up for milk and fall asleep as soon as she finish. Huuu

Again, thank you ibu. And only Allah can reward all your kindness on us. Luv u!

Bottle training #2

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah

Hari ni saya meneruskan usaha bg susu dalam botol untuk miss hannah. Seminggu yang lalu, saya try isi dalam botol 1oz and 'sua' botol, tapi memang di reject terus.

Percubaan pertama dgn puting nuk yang warna kuning tu, tapi the moment puting masuk mulut jek hannah terus reject. Try bagi masa lapar menangis meraung ingatkan hannah akan hisaplah sebab lapar, tapi tidak. Makin kuat nangis jadinya.

So 2nd attempt saya try dengan puting pigeon. Yang ni hannah ok sikit, sbb dia bagi masuk mulut n hannah macam main2 dengan puting tu. Tapi saya tgk hannah ni, tak leh letak lidah dia dengan tenang, dok sibuk ke kiri kanan ajer. Tapi at least oklah sebab dah masuk mulut kan.

Umi pulak dok keep on saying yang 2-2 puting ni keras. Saya macam, "hurmm nak lembut mana lagi mi?" :(

Alhamdulillah semalam di baby expi TBE saya dapat grab satu puting pigeon ppsu'. Puting ni hasil dok sembang dengan sorg pengunjung yang ada masalah dengan saya. Akk ni bgtau yang kwn2 dia suggest utk try botol pigeon. So saya pun ke booth pigeon n grab puting sahaja at rm24. Nak beli siap ngan botol agak mahal, rm50+.

Maka hari ni saya pun try. Dalam hati berdoa tak sudah moga hannah nak dgn puting. Alhamdulillah sekali try sahaja hannah terus hisap. Subhanallah, leganya rasaaaaaaaaa :)

Hence bg yg sedang mencari boleh lah try puting pigeon ppsu. Ada anti-colic and insya Allah perut baby xkembung. Setakat ni boleh attach dengan botol avent yg wide neck. Tapi dgn botol yg starter set tu xboleh sbb botol tu super lebar.

Wallahualam

Things to get before delivery

Hari ni terfikir untuk post mengenai barang-barang yang perlu aka wajib untuk dibeli before deliver baby. Bukan apa, lepas dah deliver, baru boleh tahu betul apa yang perlu and apa yang tak perlu. Sebelum ni rasa macam refuse and nak beli jek semua huhu. Here are some of the things, hopefully it is helpful

1. Kain Lampin
Sebelum ni agak refuse nak beli sebab sekarang mana ada nak pakai lampin macam dulu-dulu kan. Tapi saya beli jugaklah sebab nampak banyak orang suggest untuk beli. And yes, memang sangat-sangat penting untuk ada lampin yang best. Lampin ni sangat banyak gunanya seperti
tuala
selimut
bedung
lap2

Hence sebab banyaknya guna lampin ni, amatlah penting untuk ada lampin yang lembut dan selesa. Saya sendiri beli lampin pureen yang printed. Lampin ni agak ok, tapi tak lembut sangat and bila dibasuh akan mengecut. Selain daripada tu, lampin ni macam agak kecik untuk bedung baby.

Jadi saya cadangkan untuk beli brand tollyjoy. Sangat lembut 100% cotton and cukup panjang. So boleh bdeung dengan kemas. Lampin Tollyjoy ni serba putih, xdelah comel printed. tapi yang penting lembut and besar :)

2. Baju Lengan Panjang
Baju-baju baby memang comel dipandang and geram jek rasa nak beli banyak-banyak kan. Especially kalau dah tahu jantina baby, lagilah teruja.

Tapi untuk baby-baby ni yang paling penting is baju seluar panjang and baju pun berlengan panjang. Macam umi ni, tho kita rasa dah comey dah baby pakai romper kan, tapi kena pakaikan seluar jugak sebab takut baby ni sejuk. Kalau malam pun kena pakai baju lengan panjang sebab takut sejuk jugak :)

Tapi tak perlu beli banyak2. Sebab normally bila orang datang ziarah banyak yang beri hadiah set baju baby. Tapi janganlah kita mengharapkan hadiah orang pulak aw. Tak manis. Baik beli untuk, maybe 5+ is OK :)

Baju romper, seluar pendek, tu pun boleh beli jugak. Boleh pakai siang-siang :) Sebab nanti baby akan kena bedung jugak kan

3. Hooded Blanket
Pada awalnya saya rasa mcam tak perlu beli hooded blanket ni. Walaupun comey, tapi hooded blanket ni mahal sikit. RM20+ gak.

But agak berguna hooded blanket ni. Especially bila nak bawa baby keluar. Sebab umi nak kepala baby bertutup. Yelah sebab sejuk jugak and taknak baby expose sangat. Despite of pakai topi, lebih senang guna hoodie ni jek.

Hence ibu2,, bolehlah beli satu. And after deliver ni baby still kecik and sejuk, plus nampak omey bila bergambar dengan hoodie ni hehe

4. Bedung/ Barut perut
Alhamdulillah hannah hari ni 71 hari and sampai hari ni still pakai barut perut. Bagus anak dari maknya hehe

Barut yang elok is yang talinya lebar and ada 3 tali supaya senang diikat. And dijahit dengan 2 layer kain, so agak tebal . Lucky enough my BFF hadiahkan saya dengan 6 barut yang kalernya semua cantik2. Jazakillahu khair sayang :) 6 barut tu cukup untuk saya, tapi kena rajin basuh jugalah.

Barut yang modern tu (zap) tu memang amat memudahkan, tapi saya agak kurang yakin sebab macam mudah terbuka and mudah bergerak berbanding dengan yang tali.

5. Sapu Tangan
Before deliver, saya beli 2 helai sahaja sapu tangan and ternyata tak cukup. Yelah mana taknya, baby ni adakalanya muak/jeluak/muntah. Hence kena cepat2 lap supaya tak naik ruam susu. If baby dah mua, cepat-cepat lap or if banyak and kena baju, better tukar baju terus.

Dulu fikir boleh guna lampin jek lap. Tapi besar benar. So better guna sapu tangan. And if menyusu pun kalau boleh siap2 pegang as a precaution or boleh letak kat leher baby siap2 macam napkin gitu.

Kalau yang dalam set baju baby tu bagi saya agak nipis and tak menyerap mana. So lebih baik beli napkin yang macam towel tu just smaller in size :)

Dip n dip @ the curve

Finally, alhamdulillah berjaya outing dengan these beautiful ppls :)
My dearest BFF, big boy alfatih, me, new member is hannah n new coming partner in crime is baby in da womb heee

Outing with baby is surely challenging, but sbb nak jugak outing dengan these wonderful ppl, akan ku redah jua hehe

But the curve is a good place for those with babies. Sebabnya escalator takde penghadang hehe. Not like midvel, klcc n alamanda, kna pusing2 cari lif or escalator yang flat tu. Tho i understand tu semua adalah faktor keselamatan, tapi ofcoz we like things that are easy for us kan :)

N kalau nak outing with baby, first kena ingat better keluar bila baby tu kenyang. So make sure susukan baby sebelum keluar so that nanti kita jalan2 baby tu akan tido and tak meragam.

Alhamdulillah hannah is behaving well and it is sooooo good to see muka abg fatih yanh exited. Huuu. Im sure he'll be a good elder brother to ur future adik.

And i hope for more outings in da future huuu

Bottle training #1

Minggu ni bermula training hannah untuk minum botol. Sebelum bersalin lagi dah siap2 beli botol starter set avent. Ada 2 yang kecik and 2 yang besar. Dalam waktu pantang hari tu adalah berjaya sekali menyusukan hannah dengan botol. Lepas waktu pantang tu seingat saya macam takde bagi botol dah. Kalau ada pun percubaan-percubaan yang gagal. Tapi sebab tak niat nak train dengan seriusnya, so saya cepat mengalah and end up bg direct bm.

So hari ni saya pun try sekali lagi. Dengan seriuslah sebab hati dah berdebar nak mula sekolah dah. Alhamdulillah isi siap2 dalam botol 2oz and menyusukan hannah waktu die betul2 lapar.

Tapi apakan daya, sebab dia dh 2bulan n dah mula cerdik n blh recognize dah itu adalah permukaan berbeza. Mula lah die wek2 macam nak muntah n loya tu. Tapi saya cuba juga pujuk2, dengan harapan dia akan minum juga sebab dah lapar. Tapi yang saya dapat hanyalah tangisan yang makin kuat. Lidah hannah tak dapat placing dengan betul dan dia nampak tidak selesa benar. Mulut ternganga tapi yang kedengaran hanyalah tangisan. Dia tak tutup pun mulut dan cuba hisap susu tersebut. Akhirnya saya pun surrender sebab tangisan hannah dah teramat kuat.
:'(

So tadi saya cuba beli puting baru dengan harapan hannah akan surrender pd puting tersebut.

Ya Allah, mudahkanlah.