Minggu lepas saya ke JB, menghadiri majlis perkahwinan sepupu. Di majlis seronoknya adalah berhimpun sanak saudara. Disinilah kita berkumpul dan bertukar cerita. Dengan kenduri ni bertambahlah frequency pertemuan kan, kalau tak maunya setahun sekali jek waktu raya jek.
So during last kenduri, i met one of my cousin and she asked, "Hannah still pukul orang lagi? " and saya pun macam terpinga-pinga. Kenapa agaknya akak ni tanya macam ni yer.
Puas saya recall barulah teringat, waktu raya puasa hari tu hannah ni gemar benar pukul orang. Kalau tak puas hati, macam berebut mainan ke, mulalah dipukul manja orang tu. Adoi, salah tu nak
Maka saya pun pikir2lah kenapa and bila agaknya hannah ni mula memukul? Apa yang trigger dia acting begitu?
Otak kanak-kanak umur setahun ni ibarat sponge, segala apa yang kita lakukan, dia akan capture dimemorinya. Sampai tiba masanya, kita akan nampak lakonan semula. On top of that, kanak2 ini masih tak dapat bezakan bagus atau tidak sesuatu perkara tu, maka semua akan ditirunya sahaja.
Jadi sebagaimana ibu bapa lain, saya percaya kita kena mendisiplinkan anak sejak kecil. So kalau hannah ni berebut mainan ke, saya akan pukul manja tangan kecil tu. Kalau dia tumpahkan makanan, saya pukul halus lagi. Niat suci dan murni saya adalah supaya dia tahu perbuatan itu salah, aka misbehavior.
Tapi, kids being kids, she doesnt know that. Apa yang dia belajar dari action saya adalah, kalau kita marah kita pukul. So i believe dari situ dia mula memukul orang. Astaghfirullah. Silap besar saya.
Saya mula risau, #sangat risau sebenarnya. Takut dia terbawa-bawa dan sakitkan orang lain.
Then from there onwarda saya tukar strategi. Bila ada misbehavior yang dia lakukan, saya akan cakap dan pandamg tepat ke matanya. Saya akan cakap hal itu salah, kemudian minta dia cakap sorry. Then saya akan peluk hannah erat dan usap belakangnya. Ada ketikanya hannah akan menagis bila cakap sorry dan dipeluk tu. Saya plak rasa bersalah :🐱
Tapi alhamdulillah, slow2 saya nampak dia sudah tidak memukul orang. Dia lebih tenang dan tidak melawan. Alhamdulillah
Dan kita parent, sama2 belajar, refleks dan ubah pendekatan mendidik anak kita. There is no one absolute answer in educating our child, but most importantly we must solve things and find solution using various approach.
Dan palimg utama, inilah anak pemyambung pahala kita bila kita tiada kelak, moga dirimu menjadi anak solehah hannah 💟