Salah satu keperluan utama rumah adalah langsir. Rumah yang baru dibeli paling tidak pun kena ada langsir, dapatlah jugak baring2 dan relax2 rumah baru.
Selepas hampir 2 tahun rumah kami beli, baru tahun ini dapat saya buat langsir, itupun untuk sliding door utama. Yelah, sebab rumah tak duduk, so tak rushing sangat nak set up rumah tu.
Jadi untuk buat langsir sahaja banyak jugalah yang kena fikir. Boleh decide samada nak jahit sendiri atau beli siap. Tapi walau apa pun, yang paling penting adalah dapatkan ukuran langsir.
1. Ukuran
Kalau nak buat, saya cadangkan kalau kita ukur tepat2 panjang dan lebar langsir yang kita nak. Kalau xde rel lagi, blh pasang rel dulu, then ukur lebar rel dan labuh yang dikehendaki. Jangan ukir panjang tingkap jek, kena ukur juga panjang ke lantai (depends atas langsir yang kita nak, panjang or 3/4)
2. Jenis kain
Langsir boleh dibuat dengan macam2 jenis kain, cuma make sure betul2 kain yang kita pilih kain biasa atau black out. Biasanya kain black out ni tebal and mcm ada layer hitam untuk halang cahaya masuk, so kalau pasang air cond the coolness stay in. Macam saya pilih kain biasa jek.
3. Jenis langsir
Bila ke kedai langsir memang mabuk tengok contoh2 yang digantung. Jadi saya nasihatkan at least sebelum ke kedai langsir kita kena ada basic idea apa yang kita nak.
A) Eyelet @ Ring
Langsir yang ada bulat2, 'eyelet' nampak eksklusif dan kemas. Langsir jenis ni memang kena guna kayu/besi tu. Namun, untuk jadikan langsir ni beralun elok, lebih banyak kain diperlukan.
1 meter kain akan jadi 1 kaki langsir yang ada 3 lipat. (bergantung pada bidang kain)
Upahnya juga lebih mahal berbanding langsir cangkuk biasa.
Di sarah hughes : RM 18/kaki
B) Langsir cangkuk
Langsir cangkuk yang evergreen ni pun ada banyak style. Cantik2 dengan ropol2 tu kan. Banyak juga kebaikan langsir cangkuk ni. Antaranya adalah penggunaan kain yang lebih sedikit, upah jahit yang lebih murah dan kos rail-ing pun murah.
Selepas decide apa yang kita nak maka next step is ke kedai kain. Before final decissiom, kami ke beberapa kedai kain. Antaranya
NAGOYA, SARAH HUGHES, JAKEL dan KAMDAR.
Nagoya menawarkan pelabagai jenis kain dengan harga yang murah. Kain memang banyak, cuma sebab kain2 tu dok tegak2 susah nak tengok. Kain di Nagoya memang banyak tapi pada saya macam nampak lama sikit. Upah di Nagoya pun murah berbanding Sarah dan Jakel.
Di Jakel, saya mula2 dibawa ke tempat yang paling mahal. Terkejut den kak ooiii. Kain sampai rm100+/metre. Xmampu. So bila tengok kain within bajet plak, mcm xlawa.
So next ke Sarah Hughes @ Globe di Jalan TAR. Di sini kain memang cantik2 dan disusun rapi. Contoh langsir pun banyak digantung. So saya yang xde idea nak langsir macamana ni memang untung sebab boleh pilih dari design yang dah tergantung. Kain disini berkualiti dan harga yang berpatutan. Saya grab kain promotion yang dijual, memang berbaloi.
Langsir siap dalam tempoh 2minggu.
Tapi untuk blind, saya tak buat di Sarah sebab kain blind xbanyak pilihan dan agak pricey, RM26/m. Maka beralih ke nagoya utk grab kain blind RM9.80/metre. Di sini pun langsir siap dalam tempoh 2 minggu.
Tapi, kalau yang boleh jahit sendiri or ada tempat lain yang blh jahit lebih murah, blh borong kain dan buat sendiri. Lagi jimat berbaloi2, rm 200+.
Utk hasilnya, tunggu gantung dulu lah yer.