Pengalaman Bersalin di HUSM, Kota Bharu

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah

Sementara baby tidur dan kami 'berehat' di hospital, sempatlah saya coretkan pengalaman bersalin anak ke 2 saya. Sebagai pengalaman dan rujukan diri sendiri buat masa akan datang.

Alhamdulillah tanggal 03.08.19 jam 1620ptg baby boy yang ditunggu2 selamat dilahirkan dengan berat 2.58kg. Sungguh pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Sebelum bersalin, saya dan suami dah survey2 options hosp swasta yang ada sekitar kota bharu. Nanti dapatannya saya catatkan dalam entry yg lain k. 😇
Tapi memandangkan baby NF ni insya allah lahir sebelum raya haji, maka apa kata, dana bersalin hosp swasta tu kita sub jadi bajet utk majlis akikah. Jadi, dengan niat itu saya pun decide utk bersalin d HUSM walaupun rumah umi dan tokbah lebih dekat dengan HRPZ (known as HKB sebelum ni).

Abah baby selamat sampai jumaat mlm sabtu tersebut, lewat juga tibanya. Dia dah bercita2 nk saya bersalin weekend tu supaya dpt cuti seminggu n terus sambung dengan cuti sekolah seminggu. Masin mulut beliau, pada awal pagi sabtu tu tanda bersalin mula ada. Jeng jeng jeng 😡😡😡

Hannah sebelum ni turun tanda mcm coklat2 n sikit sikit. Tapi pagi sabtu tu, jam 5 pagi tiba2 saya rasa kain basah, and bila ke toilet ada darah. Saya mcm sikit panic. Mula lah proses google hingga subuh tu. And dari bacaan rata2 tulis itu sebahagian dr tanda bersalin, cuma mungkin lambat lagi, ada yg esoknya br bersalin.

Lepas subuh tu saya bagitau umi and umi pn siap2 nk g beli bfast. Special request before bersalin, dapatlah nasi dagang kak la pcb yg sedap tu, alhamdulillah 😜
Then lepas mkn, br kemas2 brg apa nak bawa ke hosp. Pukul 11 lebeyh dah terpacak kat husm and parking pun banyak lagi sbb belum time melawat.

Then naik lift ke tingkat 1 terus ke labour room. And normal procedure doct akan cek ctg and bukaan berapa cm. 20mins jgak dok terbaring utk cek ctg tu and nurse doct smua dok kata, "sakit main2 jek", "bloody show jek". Nak katanya xserious sgt lah. And lambat lagi gayanya. Then doct maklumkan bukaan pn baru 3-4 cm. Jadi saya pn lepastu ke ward di tingkat 2 dulu utk rehat. Minta juga balik rumah dulu tapi doct xbagi hehe. Jadi pasrahlah ke ward. Dalam pukul 1 mcm tu dapat katil di ward ting 2.

Since hari sabtu, waktu melawat lama sikit, pkul 12-2, jadi lama jgaklah umi, hannah n abah hannah melawat. Then after 2, semua pelawat diminta keluar. Saya pun slow2 solat zohor di bilik yg dsediakan. Masa tu dh rasa sakit makin kerap. Selesai solat zohor saya pn try tdo tapi xberapa nak boleh. Teringat nurse kata cuba kira berapa kali sakit dalam 10 minit, and saya pn mula mengira. Adalah 6-7 kali dalam 10 minit tu.

Ekh ni xboleh jadi ni sebab nak tdo pn xboleh. Saya pun cuba gi mandi kotlah sakit ni bertahan sikit. Tapi tidak juga. Sekejap2 saya dok rukuk, kejap2 lg dok sujud sbb nak legakan sakit. Then keluar bilik air tu nurse nampak saya jalan jek stop sambil menahan sakit, and nurse pun minta saya ke bilik rawatan utk check jalan lagi. Bilik yang dekat pn kadi jauh sbb baru melangkah jek stop tahan sakit. Sempat nurse gosok2 blkg sy utk legakan sakit, alhamdulillah. Nurse confirmkan 6cm pukul 3.45 tu. Then nurse minta saya kemas2 barang baby utk bawa ke labor room.

Selesai ambil apa yang perlu nurse pun dengan pantasnya tolak saya le LR guna wheelchair. Ish mmg cekaplah nurse tu. Rasa bersalah juga sbb kita pn berat kan. Saya cuba utk xduduk direct kat kerusi sbb dok terhentak2, and xdelah rasa baby kt bawah tu.

Sampai depan LR saya salam umi dulu minta restu. Time tu dalam 410 kot. Masuk LR nurse minta kita bangun utk baring atas katil. Teringat pengalaman time Hannah dulu, saya mmg dok mengiring jek most of the time jadi smpatlah bertahan lama .

Dengan segala huru hara dalam LR tu, alhamdulillah 420ptg putera kecil lahir ke dunia. Allahuakbar. En suami pn sempat masuk juga utk tengok baby keluar. Memang rezeki betol sbb kalau die lewat 2mins pn mesti baby dh selamat keluar 😅

Moment doct letak baby kat dada mmg sgt2 touching. Subhanallah, this baby actually just came out of my belly, Allahuakbar. Besarnya kuasa Allah..

Few things to note if you plan to give birth at HUSM
1. Bawa baju utk dipakai sepanjang masa anda berada di ward
2. Bawa IC ibu, IC bapa, dan GL printed bagi pekerja kerajaan, alhamdulillah srrvis fee adalah FOC
3. Bawa selimut utk penjaga sebab sejuuukkk dalam ward tu. Bantal extra pun perlu sbb tak de katil utk penjaga, hanya kerusi.
4. Jika nak lebih selesa blh minta bilik eksekutif dengan bayaran RM200 (ala2 bayar bilik hotel sbb dapat bilik yg toilet kat dalam)

Semoga selamat dan dpermudahkan semuanya ibu-ibu sekalian 💖