Taksziah saya ucapkan buat mangsa-mangsa dalam kejadian tanah runtuh yang menimpa Bukit Antarabangsa. Semoga mereka dibeiri ketabahan untuk menghadapi ujian Allah ini dan semoga kita mengambil pelajaran daripada kejadian yang menimpa ini.
Namun janganlah kita menuding jari menyalahkan satu sama lain kerana setiap orang ada melakukan kesilapan. Kita mungkin tidak mengambil pengajaran daripada tragedy Highland Towers yang berlaku lebih 13tahun yang lalu. Pihak kerajaan juga mengambil enteng hal pembangunan di lereng bukit dan kita sebagai anggota masyarakat juga lupa bahawa lokasi kediaman yang dianggap mewah dilereng bukit seperti itu mungkin mampu mengancam nyawa.
“Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum ‘Aad dan di tempatkannya kamu di muka bumi (dgn diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangya untuk dijadikan rumah. Maka kenanglah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi”
[Surah Al-A’raf,7:74]
Namun, ambillah ini sebagai pelajaran di masa akan datang. Sesungguhnya apa yang terjadi ini adalah suratan yang MAha Esa.
“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah”
[Surah Al-Hadid,57:22]
No comments:
Post a Comment