سُوۡرَةُ الاٴنبیَاء
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱقۡتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمۡ وَهُمۡ فِى غَفۡلَةٍ۬ مُّعۡرِضُونَ (١)
Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. )
مَا يَأۡتِيهِم مِّن ذِڪۡرٍ۬ مِّن رَّبِّهِم مُّحۡدَثٍ إِلَّا ٱسۡتَمَعُوهُ وَهُمۡ يَلۡعَبُونَ (٢)
Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: Satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya)
bergetar hati membacakan kalimat suci ini,
risau fikiran memikirkan keadaan diri ini,
dan sungguh al-Quran itu benar, dan TIDAK ada yang benar melainkannya,
adakah kita termasuk dalam golongan ayat di atas?
satu demi satu nasihah menyapa telinga,
insan silih berganti menyampaikan pesan,
namun bagaimanakah kita,
adakah sekadar membiarkan ianya berlalu sekadar angin senja,
menyapa sebentar, dingin seketika,
kemudian hilang entah ke mana,
dan mentari pasti tenggelam di ufuk barat,
begitu juga dengan ajal kita,
pasti tiba, tanpa lengah walau sesaat jua,
namun Alhamdulillah kita masih diberi peluang,
melihat mentari naik lagi, melihat ombak memukul pantai lagi,
meneruskan sisa perjuangan hidup yang entah dimana akan terhenti,
dan insan-insan yang tersedar masih cuba membangunkan yang terlena,
tanpa jemu nasihah meniti bibir,
melafazkan kalimah menyedarkan jiwa,
dan pada hari itu mentari akan tenggelam kembali,
dan kemudian mentari muncul kembali,
peluang diberi sekali lagi,
mata bertemu mata kembali,
Namun sampai bila kita harus membiarkan ia pergi begitu saja?
sampai bila kita perlu endah tak endah akan 2nd chance itu,
entah barangkali hari esok matahari itu tidak naik lagi,
entah esok jasad tiada kekuatan untuk berdiri lagi,
kerana roh pinjaman telah diambil kembali Pencipta,
dan bagaimana kita ketika itu ?