Aku Lihat

Aku lihat gunung menangis lagi,

Menghamburkan tangisan tanah tanpa henti,

Dek kerana baju hijaunya yang diregut tangan-tangan yang tidak pernah puas,

Satu demi satu baju ku hilang entah ke mana,

Hanya tangisan sepi yang mampu dihamburkan,

Namun tidak dibalas sesiapa

Aku lihat ombak mengamuk deras,

Menghentam benteng batu itu tanpa henti,

Mengapa pergerakan ku kini terbatas?

Kenapa aku tidak bisa bersua pesisir pantai kasihku yang dulu setia menemani ku,

Sentiasa ceria menerima ombak lembut ku,

Aku ingin bebas,

Dan ombak lembut ku itu kini hanya akan menjadi kenangan

Aku lihat langit berwajah suram,

Kelihatan keruh bersulam duka wajahnya,

Tiada lagi hamparan biru yang memukau pandangan mampu ku pamerkan,

Kini segala-galanya tersorok jauh di tabir kotor itu,

No comments:

Post a Comment