Kita millionaire:)

Hari ni seronok.sangat pegang bibir sendiri..ok mungkin obses dengan diri plak bila cakap macam tu kan..tp sungguh syukur yg xterhingga, alhamdulillah ahamdulillah..selepas beberapa bulan lamanya, bibir rasa macam kertas, permukaan tak sekata dan berkeping..mungkin kesan ubat yg ana ambil sekarang ni..kadang2, untuk melakukan se-simple sedekah seperti senyum pun saya jadi berkira-kira, risau jika over stretch nanti cairan merah menitik keluar..dan saya agak.dah biasa juga lah..meskipun teruk di mata orang yg memandang, tapi alhamdulillah badan yg memikul xdelah menahan sakit..just ada sedikit geram dengan keadaan yg mengelupas..kebanyakan orang yg tengok akan spontan bertanya, "akk nak lipbalm", "ekh enti dah pakai lipbalm bluml, ....etc etc, yang pasti semua pun mesti bertemakan lipbalm=p jujurnya, lipbalm bukanlah kegemaran ana, dan dah beberapa kali beli yg xsesuai, so I wud rather not put it on...so kenalah bertahan.dengan bibir ala daun.kering ni huhu

bunyi macam teruk kan??sila.imagine diri sendiri untuk berkeadaan demikian ;) hari ini, ahamdulillah alhamdulillah dah lama.xrasa seperti ini..kadang2 nikmat itu perlu ditarik sebentar, kemudian barulah kita tahu erti syukur..barulah kita sedar bahawa bibir elok, kulit yg elok juga merupakan suatu nikmat yang sangat sangat besar..baru sikit nikmat ditarik, diri dah rasa xselesa..itu belum.sakit lagi..huuu terima kasih Allah yg telah menciptakan.sebaik2 penciptaan, dan mnyempurnakan tubuh seorang aku meskipun terkadang leka dari tanggungjawab kita..

Sukar untuk mensyukuri sekecil2 nikmat bukan..malah sekiranya kita mencederkan sebelah mata orang, maka denda yg harus dibayar adalah 50ekor unta, itu baru sebelah mata..dan jika sebatang gigi dicederakan, maka 5 ekor unta pula yg perlu kita berikan sebagai denda..subhanallah..itu baru sekecil2 anggota, dan belum agi anggota utama seperti kaki dan tangan..jika dihitung kesemuanya, maka pasti kita sudah bergelar BILIONAIRE..subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar:) masya Allah, Maha Kaya nya Allah

"dan apabila manusia ditimpa bencana, dia memohon kpd tuhanNya dgn kmbali taat kpdNya, ttp apb Dia mmberikn nikmat kpdnya dia lupa yg dia pernah berdoa kpd Allah sblum itu, dan diadakannya sekutu2 bg Allah utk menyesatkn manusia dr jlnNya. Katakanlh, "bersenang2lh kamu dgn kekafiranmu itu sementara waktu. Sungguh, kamu termasuk pnghuni neraka" [39:8]

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment