"Katakanlah, "hanya Allah saja yg aku ibadahi dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agamaku.
Maka sembahlah olehmu (hai orang-orang musyrik) apa yang kamu kehendaki selain Dia. Katakanlah:"Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah orang-orang yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarganya pada hari kiamat". Ingatlah yang demikian itu adalah kerugian yang nyata."
benar, dah berulang-ulang kali kita mendengar perkataan ikhlas kan. Tapi sungguh 5 huruf yg memberi-satu perkataan, ini BERAT benar untuk di-praktikal-kan.
mari kita semak apa kata para tabi'in tentang maksud ikhlas. Kerana mereka telah berperang mati-matian dengan diri sendiri memaknai maksud ikhlas itu. Mungkin sebab kita belum bermujahadah untuk iman itu, kerana itu kita masih gagal memaknai sebuah kata ikhlas. sobs.
Imam Abu Hamid Al-Ghazali
"Telah tersingkap bagi para pendidik hati dengan sinar iman dan cahaya al-quran, bahawa mereka tidak meraih kebahagiaan kecuali dengan ilmu, amal dan ibadah. Semua orang akan celaka kecuali orang yang berilmu; orang-orang berilmu akan celaka kecuali mereka yang mengamalka ilmunya; mereka yang mengamalkan ilmunya juga celaka kecuali mereka yg ikhlas dalam beramal, dan mereka yg ikhlas juga terancam bahaya yang besar"
Al-Junaid
"Rahsia antara Allah dan hambaNya, tidak diketahui malaikat sehingga menulisnya, atau setan sehingga merusaknya, dan juga hawa nafsu sehingga menggangunya"
Ruaim bin Ahmad
"Ikhlas adalah engkau tidak menengok apa yg telah engkau kerjakan"
Ibnul Qayyim
"Iatu memurnikan amalan dari perhatian makhluk bahkan dari dirinya sendiri. Barangsiapa menganggap amalannya telah ikhlas maka keikhlasannya perlu keikhlasan lagi. Dikatakan pula bahawa ikhlas adalah melupakan perhatian makhluk dengan selalu mencari perhatian Sang Khalik.
Saya rasa cukuplah perumpaan ikhlas di atas. Itu pun dah cukup buat diri rasa hina, kerana sikitnya amal, dan apatah lagi yg ikhlas di sisi Allah. *sesak dada*
Usahkan berjuang untuk keikhlasan, malah berjuang untuk amal juga sudah perit rasanya kan.
Bersabarlah buat diri. Tangguhkan gusar mu dulu, kerana rahmat Allah itu jauh lebih besar. Allah kan Maha Pengasih dengan sekecil-kecil usahamu untuk mengecap redhaNya, Maha Penyabar dengan saking usaha mu beramal meskipun sedikit, Maha Pengampun dengan segala kesalahanmu yg menggunung banyaknya disebalik rahmat yang melimpah diberikan:')
Insya Allah, ikhlas takes a lifetime for you to learn. Insya Allah, sedikit-sedikit kita belajar. Tambahkan ilmu then only kita boleh beramal. Mungkin pertama kali cuba beramal, segalanya terasa bagaikan suatu paksaan. Tapi bukankah Rasulallah juga dipaksa untuk membaca meskipun baginda seorang ummi, buta huruf. Apatah lagi kita yg boleh membaca, dan sumber maklumat segalanya di hujung jari. Hanya kita yg beralasan atau mungkin bermalasan untuk mencari, bermalasan menolak diri untuk beramal. Urusan ikhlas itu biar Allah yg tentukan, yg penting mujahadah kita untuk menunaikan ketaatan kepada Al-Khaliq. Moga kesungguhan kita akan membuahkan amal yang ikhlas, yang diterima Allah. Wallahua'lam
.::iman yang sebenar tak akan mantap di hati,
kecuali setelah hati itu bermujahadah kerana iman itu::.
29:69