Ramadhan almost come to an end

tick tock, tick tock!!
sedar tak sedar ramadhan dah hampir tiba di penghujung
aku hanya mampu termenung mengenang kan hari-hari yang telah berlalu pergi,
sudahkah aku memaximumkan ramadhan ini sebaiknya?

jika ya, kenapa aku merasakan hari itu telah pergi,
gugur bak daun yg kekeringan
sudahkah keampunan Allah aku peroleh,
kerana sabda nabi, amatlah rugi jika pengampunan Allah tidak kita peroleh seberlalunya ramadhan
manakan tidak, pintu syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk kita masuki,
kenapa tidak ditambah sahaja amalanya hingga layak setapak ke syurga?

Astaghfirullah al-azim
aku pohon keredhaan Mu ya Allah,
aku pohon keampunan Mu ya Allah
terimalah amalan ku biarpun ia kecil cuma
terimalah ya Allah,
kerna jika tidak Engka terima, maka aku akan tergolong dalam orang yang menzalimi diri,
kerna aku tahu, tapi tidak aku amalkan sebaik mungkin
dan kerana itu,
aku pohon keampunan dariMu
kerana Engkaulah yang Maha Pengampunan dan selayaknya memberi pengampunan

No comments:

Post a Comment