Sayangi Diri Anda

For the past few days, i was struck with this verse I heard on the radio;
"ajari diri anda untuk menyayangi diri sendiri" [Dr Muhaya - IKIM fm 24112012]

Ada benarnya kata beliau itu. Bila kita menyayangi diri sendiri, kita akan belajar untuk menghargai diri. Menghargai in the sense of cuba untuk melakukan yang terbaik dalam apa sekalipun. 

Apabila kita inging melakukan sesuatu, ajarlah diri untuk berfikir, "adakah perbuatan ini akan diredhai Allah? atau disukai Allah?
Kerana tanda orang menyayangi diri adalah orang yang mengambil tindakan yang disukai Penciptanya. Kita harus ingat, setiap detik itu adalah anugerah Allah swt utk kita. Malah lebih tricky lagi, ianya kurniaan yg berupa ujian. Cuba kita lihat ayat Allah yang bermaksud;
"Yang Menciptakan mati dan hidup, utk menguji kamu, siapakah yg lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa Maha Pengampun" [Al-Mulk: 2]

Allah mengurniakan kita kehidupan sementara ini tak lain tak bukan untuk menguji kita, untuk melihat diantara hamba2Nya yang diciptakan, siapakah yang akan meletakkan best effort untuk menjadi BEST abid dan khalifah. Apabila kita sedar bahawa hidup ini adalah medan amal dan medan ujian, pasti kita akan melakukan yang terbaik kerana orang yang menyayangi diri tidak akan membenarkan dirinya sendiri dikecewakan dan dikalahkan dalam medan pertempuran.

Apabila kita mula menyayangi diri, kita akan berfikir dengan matang dan jauh ke hadapan. Seseorang yang menyayangi diri, tidak akan melakukan sesuatu yang menyakitkan dirinya, atau membawa dirinya kepada kemurkaan Allah. Kerana kita tahu persis bahawa setiap pinjaman akan diminta pertanggungjawaban. Kita ambil contoh, setiap nafas degup jantung yang Allah rezekikan buat kita saban hari, saban detik, adakah kita telah membiarkan ianya dipersiakan tanpa membawa kita lebih dekat kepada Allah, lebih mengenali DIA.

Mari kita lihat firman Allah yang berbunyi;
"wahai org yg beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dr api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu.."[At-Tahrim 66:6]

Mari kita sama-sama tadabbur ayat ini, Allah menyeru kita orang beriman agar menjaga diri, dan memerhatikan setiap tindak tanduk kita, tindakan kita dari membawa kita terjerumus ke lembah yang hina, which seburuk-buruk tempat kembali. Allah amat menyayangi kita, hingga mengingatkan kita agar tidak mengambil tindakan bodoh yg boleh mencelakakan diri sendiri. Malah dalam ayat yang sama, Allah Yang Maha Halus juga mengingatkan kita bahawa jangan sampai kita ini menjadi bahan bakar neraka pula.

Lihat betapa sayangnya Allah pada makhluk ciptaan-Nya. Masakan kita tidak boleh menyayangi diri sendiri pula. Jagalah diri kita dari melakukan tindakan yang membawa kita kepada kemurkaan Allah. Mungkin hari ini kita tidak melihat kesannya, tapi ingatlah bahawa kesan itu hanya akan terlihat beberapa tahun dari sekarang. Mungkin pada anak anda, mungkin pada keluarga anda, dan mungkin juga masyarakat anda. Semoga Allah menyelamatkan kita dari melakukan perkara yang menjauhkan kita dari azab Allah.

ps: teringat pesan ibu
Sayangi diri, Hiasi peribadi

Wallahua'lam

Ada apa dengan Hari Asyura?

Q: makna asyura?
A: dari perkataan arab, asyara yg bermaksud sepuluh.

Q: sejarah hari asyura?
A: Sewaktu nabi berhijrah ke Madinah, baginda melihat orang Yahudi lebih dahulu berpuasa sebagai tanda kesyukuran nabi Musa dilepaskan dari cengkaman firaun, dan nabi berkata sesungguhnya org muslim lebih berhak untuk berpuasa pada hari itu, hari asyura

Q: Kena puasa 10 sahaja ke??
A: di Mekah, Rasulallah saw hanya berpuasa pada 10 muharram dan tidak menyuruh org lain bpuasa. Tetapi.nabi bersabda, sekiranya masih hidup.tahun hadapan, nescaya baginda berpuasa pada 9hb. Tetapi Allah lebih menyayangi baginda, dan baginda tidak sempat berpuasa pada 9 dan 10 muharam tahun berikutnya.

Q: bagaimana dengan sambutan?
A: org syiah memukul tubuh badan mereka, kerana mengingati kematian saidina hasan.
A: di Arab ada bubur juga, cuma berbeza. Dan ulama menggalakkan untuk menyambutnya dalam suasana yg gembira, so adanya perkumpulan utk buat bubur dan di sesetengah tmpt menyimbah2 air:)

Q: kelebihan berpuasa hari Asyura?
A: kita hanya tahu melalui hadith baginda, selainnya hanya Allah yg Mengetahui
1. Bpuasa pada 10 muharaam akan diampunkan dosa setahun yg lalu
Manfaat
1. Menunjukkan kita menghargai nabi2 kita, beriman kepada rasul
2. Mendidik kita agar menghidupkan syiar agama
posted from Bloggeroid

Filem 2012

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

segala puji-pujian hanyalah milik Allah Yang Esa. Yang telah menghembuskan nafas dan membiarkan jantung kita terus berdegup indah. Yang terus-terusan meminjamkan kita anggota badan, yang dengannya membolehkan kita terus menikmati alam yang indah ini. Saya kira, dengan adanya all the senses membuatkan kita seseorang yang istimewa di sisi Allah. Dengan sepasang bibir ini, kita masih2 terus-terusan dapat memuji Allah selepas melihat alam yang tersusun dengan penuh sistematis, dengan bibir ini masih terus dapat bicara dengan insan-insan dikeliling kita, merasakan kasih sayang Allah melalui kehadiran mereka, dan dengan hati kurniaan Allah ini, kita berpeluang merasai pelbagai rasa, kerana dengan rasa itulah menunjukkan kita adalah insan yang masih bernyawa. Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah.
 Dunia kurniaan Allah ini memang indah. Tempat kita mencorak nasib, membina diri dan berusaha sehabis baik dalam setiap perkara yang kita buat. Kita bebas untuk belajar setinggi mana jua, mendapatkan pengiktirafan demi pengiktirafan dari manusia sekeliling. Aaahh manakan tidak indah, setiap usaha kita membawakan hasil. Bekerja sejam dua lebih, maka lebih banyaklah habuan yang kita peroleh. Apatah lagi kalau kerja sewaktu public holiday, gaji kita boleh menjadi triple dengan mudahnya. Dengan jam kerja yang sama, kita dapat menggandakan pendapatan. Waahh indahnya dunia. Dengan titik peluh itulah kita akan berbelanja pada apa sahaja kehendak kita, beg mewah, kasut berjenama, talifon bergaya? Nyatakan sahaja, kan dah susah-susah kerja, inilah masa kita menikmati hasil susah payah bekerja. Tak salahkan? Maka kita akan terus-terusan mabuk dengan dunia ini, hingga lupa yang dunia ini juga ada pengakhirannya.

Mungkin kerana indahnya dunia membuatkan kita teringin untuk terus tinggal di sini. Memang sukar untuk menerima hakikat bahawa akan ada pengakhiran dalam setiap cerita. Setelah mengecapi indahnya kenaikan pangkat, seronoknya melihat angka puluhan ribu di bank, menikmati kehidupan mewah kita selama ini, pastinya perit untuk meninggalkannya. Malah dunia ini tak kan pernah cukup untuk dinikmati.Akan sentiasa yang ingin dicapai, akan sentiasa ada ruang untuk memperbaiki mutu kehidupan agar menjadi lebih baik dari sebelumnya. Jadi kita akan terus ghairah dengan kehidupan ini. Wah pastinya sukar bangat ingin meletakkan noktah pada semua ini.

Cuba renungkan kembali zaman kegemilangan kita disekolah dulu. Zaman dimana tenaga menyala-nyala dan hidup tanpa sebarang masalah. Segalanya indah belaka. Fuuhhh:) Tapi dan tapi, walau bagaimanapun, zaman belajar akan diakhiri juga akhirnya, tak kiralah walau gemerlapan sampai ke bintag sekalipun. Ia akan berakhir dan membawa kita ke alam yang lebih mencabar. Mungkin kita akan bermuram durja berhari lamanya menghadapi detik perpisahan pada tarikh keramat tersebut. Dan mungkin juga kita akan menghabiskan berkotak-kotak tisu mengeringkan air mata meninggalkan tempat yang penuh kenangan itu. dan mungkin juga cuba menghabiskan detik itu dengan cara yg paling baik meskipun perit. Membuat parti sana-sini agar hari itu akan terpahat di ingatan.Tapi walau apa-pun detik pahit itu pasti perlu dilalui jua bukan.

Saya kira contoh itu terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan hari pengakhiran kita nanti. Bagaimana rasanya kala langit akan terbelah, bintang2 yang selama ini menjadi perhiasan dunia akan berselrakan jatuh ke bumi, dan gunung-gunung yang dahulunya berdiri megah, kini berterbangan bagaikan abu. Lautan yang dahulunya menjadi tempat kita menenangkan hati dan minda, kini akan menggelegak kepanasa. Bagaimana rasanya kita menghadapi hari itu? [At-Takwir, 81:1-14]

[1]Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);
[2]Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;
[3]Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);
[4]Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;
[5]Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;
[6]Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;
[7]Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;
[8]Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -
[9]Dengan dosa apakah ia dibunuh?
[10]Dan apabila surat-surat amal dibentangkan;
[11]Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;
[12]Dan apabila neraka dinyalakan menjulang;
[13]Dan apabila Syurga didekatkan;
[14](Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.
[At-Takwir, 81:1-14]

Astaghfirullah al-azim.

Mungkin kerana suasana hari itu terlalu dasyat hingga kita tidak mahu membayangkannya. Hingga kita bersikap undenial dan berkata pada diri sendiri bahawa detik itu akan berlalu beberapa saat cuma, dan kemudian kita akan hidup seperti sedia kala. Itulah yang disajikan oleh filem 2012 beberapa tahun lepas. Meskipun mereka telah cuba membayangkan dasyatnya hari tersebut, tapi mereka masih kira bahawa mereka akan terselamat selepas TrageDi ngeri itu.

Mungkin kerana itulah jutawan-jutawandi seluruh dunia sanggup melaburkan hingga RM5.28 juta untuk sebuah kubu. Malah ada syarikat ternama turut mengambil peluang dari ketakutan manusia ini. Hotel Hilton misalnya menawarkan suite dalam laut yang mempunyai pemandangan kehidupan marin. Malah dilengkapi denga katil selesan dan bakul yang penuh berisi buah-buahan. Mungkin dia tidak tahu bahawa laut pada tika itu akan menggelegak kepanasan. dan ada juga yang menyediakan kubu bawah tanah seperti di Bad Neuenahr-Ahrweiler. Hmm mungkin juga dia tidak tahu bahawa tanah itu akan dicungkirbalik pada hari itu. dan mungkin ada juga yang merancang untuk menaiki pesawat menerobos langit. Meninggalkan bumi jauh ke belakang. Mungkin kerana ceteknnya ilmu bahawa nanti langit itu akan menjadi keping-kepingan dan menghempap bumi ini.[HMetro 18/11/12]

Astaghfirullah al-azim.
Kemana lagi kita ingin lari? Hari itu adalah hari kemusnahan total. Hari semua yang hidup akan mati. Hari tamatnya perjanjian sebagai seorang abid. Hari setiap perkara akan diminta pertanggung jawaban.
Duhai diri yang hina, kemana kau mahu pergi lagi?

Benarlah Allah Maha Mengetahui. Dia tahu yang manusia ini tidak akan pernah merasa cukup. Manusia ini mahukan kehidupan yang kekal. dan manusia dicipta sesuai mengikut fitrah. Kerana itulah wujudnya syurga yang abadi, yang penuh nikmat. Tempat di mana setiap yang kita inginkan akan tercapai. Tempat dimana kita tidak perlu bersusah payah pun untuk mendapatkan kemewahan itu. Kerana pada hari itu setiapa yg kita inginkan akan kita peroleh
88-8: Beberapa wajah pada hari itu berseri-seri.
88-9: Merasai kesenangan kerana amalnya.
88-10: Di dalam jannah (taman/syurga) yang tinggi.
88-11: Di dalamnya tidak didengar perkara yang sia-sia.
88-12: Di dalamnya ada mata air yang sentiasa mengalir.
88-13: Di dalamnya ada tempat-tempat duduk yang ditinggikan.
88-14: Dan gelas-gelas yang tersedia.
88-15: Dan bantal-bantal sandaran yang tersusun.
88-16: Dan permaidani yang terhampar.

Masya Allah
Bersabarlah duhai diri. Allah tahu engkau mahu hidup abadi. Tapi Dia inginkan Engkau sebagai Abdi. Suatu perniagaan yang tidak pernah rugi dan tiada galang ganti. Sabar sebentar, berjuang sesaat, untuk sesuatu yg abadi. Bukankah itu perniagaan yg menguntungkan?

[61:10]Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
[61:11]Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
[61:12](Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar.

Kronologi Sejarah Konflik Palestin-Israel [kredit]

Palestin terletak di wilayah yang dinamakan Bulan Sabit Subur, sebuah kawasan yang pada hari ini meliputi Iraq, Syria, Lubnan, Jordan, Israel, Gaza, dan Tebing Barat. Disebabkan kawasan tanahnya yang subur, luas, dan kedudukan geografinya yang penting sebagai penghubung komunikasi antara Afrika, Asia, dan Eropah, Palestin sering ditakluk sehinga lebih kurang 30 kali dalam sejarahnya yang telah menjangkau 5000 tahun.

Bangsa Kanaan merupakan kaum nomad yang sampai ke Palestin dari padang pasir beribu-ribu tahun sebelum kedatangan Nabi Isa a.s. dan mereka merupakan bangsa pertama yang menghuni kawasan tersebut sebagaimana yang banyak dinyatakan dalam kajian-kajian ahli sejarah. Mereka menamakan negara mereka sebagai Kanaan (Canaan). Perkataan Palestin dicipta oleh orang Yunani yang membawa maksud tanah air orang Philistina atau Filastin dalam bahasa Arab. Pada abad ke 19 dan 20, sebahagian besar tanah Palestin telah diceroboh oleh pendatang Yahudi dari Eropah dan pada tahun 1948 mereka mengisytiharkan penubuhan negara Israel di sebahagian besar tanah Palestin setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk memecahkan Palestin yang diperintah dengan mandat antara bangsa Arab Palestin dengan Yahudi.

Berikut merupakan rentetan beberapa peristiwa penting dalam perkembangan konflik Palestin-Israel sejak penguasaan Khilafah Utmaniyyah sehingga tahun 2005:

1516
Pemerintah Uthmaniyyah dari Turki menakluki keseluruhan Timur Tengah termasuk Palestin. Mereka telah menguasai kawasan ini selama 400 tahun.

Abad ke-19
Orang-orang Yahudi ditindas di Eropah. Kumpulan-kumpulan kecil Yahudi Eropah mula berhijrah ke Palestin. Mereka bersepadu dengan penduduk Arab dan mendapat tempat perlindungan untuk mengamalkan agama mereka. Apabila kolonialisme Eropah menakluki hampir seluruh dunia, lahirlah gerakan Zionisme, iaitu sebuah gerakan politik yang mendakwa bahawa menurut Old Testament dan New Testament, semua orang Yahudi mempunyai hak ekslusif ke atas Palestin. Pada masa yang sama, pemerintahan Uthmaniyyah ke atas Palestin dan Timur Tengah menjadi kian lemah.

1869
Sebuah konsortium Perancis-British telah membina Terusan Suez, menerusi Mesir. Terusan yang dibuka pada 1869 ini menjadi jalan pintas ke jajahan Perancis dan jajahan British Ia menjadi cukup penting sehingga British menggabungkan Mesir ke dalam empayarnya pada tahun 1882. Terusan Suez dan kedudukan Timur Tengah yang strategik membuatkan kawasan ini amat diperlukan oleh penjajah.

1896-1897
Theodor Herzl, salah seorang pengasas Zionisme telah menulis sebuah buku berjudul The Jewish State. Dalam buku ini, Herzl menyokong pembentukan negara Yahudi di Palestin. Pada tahun berikutnya, gerakan Zionis mengadakan kongresnya yang pertama di Basel, Switzerland. Penyokong Zionisme mula menguruskan penghijrahan orang Yahudi secara- besar-besaran ke Palestin.

1908
Minyak ditemui buat kali pertama di Timur Tengah oleh orang British di Iran.

1914-1916
Perang Dunia Pertama meletus. Orang Turki bimbang dengan pengaruh Britain dan Perancis yang semakin kuat di Timur Tengah, lantas mereka bersekutu dengan Jerman. Zionis bekerjasama dengan Britain dan mendesak Britain menyokong penghijrahan orang Yahudi ke Palestin. Sebagai balasan, mereka menjanjikan negara Yahudi yang terbentuk nanti akan melindungi kepentingan British di Terusan Suez. Pada masa yang sama, Britain berjanji kepada orang Arab bahawa mereka akan diberikan kemerdekaan jika mereka bangun menentang orang Turki. Justeru orang Arab memulakan pemberontakan. Sementara itu, Britain dan Perancis telah bertemu secara sulit. Dengan menjangkakan bahawa orang Turki akan ditewaskan, kedua-dua kuasa ini merancangkan pembahagian Timur Tengah melalui Perjanjian Sykes-Picot.

1917
Perisytiharan Balfour pada 2 November menyaksikan Setiausaha Luar Negara Britain, Lord Balfour mengumumkan sokongan bersepadu kerajaan Britain kepada pembentukan sebuah negara kebangsaan bagi orang Yahudi di Palestin. Orang Arab membantah. Britain menenangkan mereka dengan berjanji bahawa penempatan Yahudi di Palestin hanya dibenarkan sejauh mana penempatan mereka sejajar dengan kebebasan politik dan ekonomi penduduk Arab. Bagi rakyat Palestin, 2 November menjadi hari berkabung buat seluruh negara.

1918
Orang Arab membebaskan Damsyik daripada pemerintahan Uthmaniyyah. Walaupun mereka telah dijanjikan kemerdekaan, namun sebulan kemudian Britain menguasai Damsyik. Britain, Perancis dan Amerika Syarikat memenangi Perang Dunia Pertama.

1920-1939
Liga Bangsa dibentuk, dan jelas sekali sebahagian besar negara ahlinya merupakan negara Eropah. Liga memberi Perancis mandat ke atas Syria, manakala Britain diberi mandat ke atas Iraq, Jordan dan Palestin. Di sini mandat ringkasnya membawa makna Britain dan Perancis mentadbir kawasan-kawasan ini sebagai jajahan de facto. Pada 1 September 1920, Perancis membentuk Lubnan Besar, merangkumi Gunung Lubnan dan beberapa bahagian Syria.

Dengan persetujuan British, Zionis memulakan penghijrahan orang Yahudi Eropah secara besar-besaran ke Palestin. Antara tahun 1919 dan 1936, penduduk Yahudi di Palestin bertambah dari 58 000 kepada 348 000 orang. dalam tempoh yang sama, penduduk Arab di Palestin bertambah dari 642 000 kepada 978 000 orang. Zionis menubuhkan Dana Kebangsaan Yahudi untuk membeli tanah di Palestin tetapi mereka dapat memperluaskan bahagian tanah mereka sebanyak 5.6 peratus sahaja.
Rakyat Palestin membantah penhijrahan Zionis yang semakin pesat, tetapi Britain tidak bertindak balas. Pada tahun 1936, Palestin mengisytiharkan mogok peringkat kebangsaan sebagai membantah penghijrahan Zionis. Tidak lama kemudian mogok rakyat Palestin bertukar menjadi pemberontakan bersenjata terhadap British. Namun pada tahun 1939, British bersama Zionis telah berjaya menghancurkan pemberontakan tersebut.

1943
Kemerdekaan Lubnan, dan kuasa diagih-agihkan mengikut agama dengan kekuatan sesuatu komuniti agama didasarkan kepada bilangan yang diandaikan. Kuasa orang Kristian tidak dapat ditandingi, dipastikan oleh nisbah enam ahli Kristian kepada setiap lima ahli Islam di Parlimen. Presiden mesti seorang Kristian Maronite. Perdana Menteri seorang Muslim Sunni, Speaker Parlimen seorang Muslim Syiah dan seterusnya daripada struktur yang berasaskan kepercayaan agama atau gabungan yang terbentuk daripada komuniti bangsa. Pegawai kanan Angkatan Tentera Lubnan kebanyakannya orang Kristian.

1939-1945
Perang Dunia Kedua meletus. Dasar British berkaitan Palestin berubah dan secara tiba-tiba sahaja mereka cuba menghadkan penghijrahan Zionis untuk menghalang orang Arab daripada menyokong Jerman. Zionis mengaturkan penghijrahan secara haram dan terus terang menentang British. Di Eropah, Adolf Hitler memulakan penghapusan etnik Yahudi. Sebelum Jerman tewas, berjuta-juta orang Yahudi telah dibunuh. Lebih daripada 200 000 orang Yahudi dapat berhijrah ke Palestin di bawah program Zionis. United Nation (UN) atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan. Syria, Lubnan, dan Jordan mencapai kemerdekaan tetapi tidak Palestin.

1946
Pertempuran ganas antara orang Yahudi Zionis dengan rakyat Palestin. Britain tidak lagi dapat mengawal keadaan dan membiarkan PBB memikul tanggungjawab ke atas isu Palestin.

1947
Resolusi Pemecahan yang ditetapkan oleh PBB membahagikan Palestin di bawah mandat Zionis Yahudi dengan orang Arab Palestin. Rakyat Paletsin menolak pembahagian tanah air mereka. Zionis bersiap sedia untuk menghadapi pemecahan dan memulakan kempen keganasan terhadap rakyat Palestin untuk memaksa mereka lari meninggalkan kampung halaman.

1948
Tentera-tentera British meninggalkan Palestin. Zionis mengisytiharkan negara Israel untuk kaum Yahudi. Negara-negara Arab menghantar angkatan tentera untuk menentang negara baru ini. Sejumlah 800 000 rakyat Palestin lari sebelum kemaraan askar Israel. Ankatan tentera Arab terpaksa berundur dan hanya mampu mengekalkan Tebing Barat Palestin dan Gaza. Jordan menguasai Tebing Barat dan Mesir mengambil alih pentadbiran Gaza.

1949
Israel diterima sebagai negara anggota PBB. Pada masa yang sama PBB mengarahkan Israel untuk membenarkan rakyat Palestin kembali ke tanah air mereka, tetapi Israel tidak mematuhi arahan ini. Akhirnya rakyat Palestin terpaksa tinggal di kem-kem pelarian di bawah kelolaan UNRWA (Agensi Bantuan dan Kerja Amal PBB) di Jordan, Lubnan, Syria, Tebing Barat, dan Gaza. Rakyat Palestin tidak menubuhkan sebarang gerakan penentang tetapi sebaliknya mereka bersikap tidak peduli dan menanti sahaja kedatangan tentera Arab untuk membebaskan Palestin.

1956
Mesir memiliknegarakan Terusan Suez. Israel, Britain, dan Perancis menentang Mesir. Kesatuan Soviet mengancam akan mengebom Paris dan London. Amerika Syarikat memaksa penyerang berundur. Sekumpulan penuntut Palestin-salah seorang daripada mereka ialah Yasser Arafat- memutuskan untuk bertindak sendiri dan mereka menubuhkan Gerakan Pembebasan Palestin atau al-Fatah.

1958
8 Mei: Perang Saudara Lubnan yang pertama bermula. Perang berakhir pada 14 Oktober.

1964
Negara-negara Liga Arab menubuhkan Palestine Liberation Organization (Pertubuhan Pembebasan Palestin) atau PLO. Pergerakan Fatah tidak menganggotai PLO kerana mereka menganggap PLO terlalu dipengaruhi oleh negara-negara Arab.

1965
1 Januari; Fatah menjalankan operasi gerilanya yang pertama di Israel.

1967
Perang Jun: Angkatan tentera Arab ditumpaskan. Dalam tempoh enam hari sahaja Israel telah menambah wilayahnya sebanyak tidak kali ganda dengan menduduki Semenanjung Sinai di Mesir, Bukit Golan di Syria, Tebing Barat, dan Gaza. Kini seluruh Palestin diduduki. Sejumlah 416 000 pelarian baru dari Tebing Barat dan Gaza tiba di Jordan, Mesir, Syria, dan Lubnan. Kuasa besar Amerika Syarikat dan Russia memulakan serangan diplomatik untuk memujuk negara-negara Arab supaya mengiktiraf Israel, dan sebagai balasan Israel akan beredar dari kawasan-kawasan yang didudukinya. Namun tiada sepatah perkataan pun disebut tentang hak kebangsaan rakayat Palestin.

1968-1969
Perjanjian Kaherah mengesahkan kehadiran rakyat Palestin bersenjata di Lubnan dan menggunakan sebahagian kawasan selatan sebagai tempat melancarkan serangan ke atas Israel. Ketiadaan angkatan bersenjata selepas tentera Arab dalam Perang Jun kemudiannya diganti dengan kehadiran Fatah. Beberapa lagi kumpulan komando ditubuhkan seperti Barisan Hadapan bagi Pembebasan Palestin dan Barisan Demokratik. 21 Mac 1968: Pertempuran Karameh- kumpulan gerila Palestin di Jordan berjaya menumpaskan angkatan tentera Israel. PLO mengambil alih kuasa ke atas kem pelarian di Lubnan dan di Jordan. Disember 1968: Israel menyerang lapangan terbang Beirut; maka bermulalah konflik di Lubnan berkaitan isu Palestin. Pada tahun 1969, kumpulan-kumpulan komando mengambil alih PLO dan pemimpin Fatah, Yasser Arafat dilantik sebagai pengerusi PLO. Pangkalan gerila turut ditubuhkan di Jordan.

1970-1971
Peristiwa Black September. Banyak sekali operasi gerila PLO yang dilancarkan dari Jordan, tindak balas dendam oleh Israel terhadap pengkalan gerila dan kampong-kampung di Jordan, perampasan empat buah kapal terbang ke Jordan, dan bertambahnya kekuatan tentera PLO mencetuskan konfrontasi antara gerakan pembebasan dengan Raja Hussein dari Jordan. Selepas pertempuran dan pembunuhan beribu-ribu rakyat Palestin, angkatan tentera Raja Hussein berjaya mengusir keluar gerakan pembebasan dari Jordan pada Septrember 1971. PLO memindahkan ibu pejabatnya dari Jordan ke Lubnan. Serangan gerila yang berterusan terhadap Israel menyebabkan Israel melancarkan serangan udara terhadap selatan Lubnan. Presiden Jamal Abdul Nasser dari Mesir meninggal dunia dan Anwar Sadat menggantikannya.

1973
Perang Oktober: Usaha Damai kuasa-kuasa besar ke atas Timur Tengah beransur-ansur menjadi buntu kerana Israel enggan bertolak ansur. Untuk memecahkan kebuntuan, Mesir dan Syria memulakan serangan terhadap angkatan tentera Israel di Semenanjung Sinai dan Golan. Negara-negara Arab memulakan sekatan minyak. Rundingan damai yang baru bermula.

1974
Pengerusi PLO, Yasser Arafat menyampaikan ucapan pertamanya di Perhimpunan Agung PBB. Sebahagian besar negara di dunia -105 buah negara- mengiktiraf PLO sebagai satu-satunya wakil sah rakyat Palestin. Pada masa yang sama, PBB mengiktiraf hak rakyat Palestin terhadap tanah air kampung halaman mereka sendiri.

1975
Operasi gerila yang begitu banyak dari selatan Lubnan menyebabkan Israel memulakan operasi pengeboman yang dahsyat terhadap kem pelarian Palestin di kawasan berkenaan. Mereka turut menyerang perkampungan-perkampungan di Lubnan untuk memaksa penduduk lari meninggalkan rumah mereka. Zionis menegaskan bahawa selatan Lubnan juga adalah milik negara Yahudi yang juga diistilahkan mereka sebagai Tebing Utara Israel. Rabbai IDF mengeluarkan risalah yang mewar-warkan bahawa bandar dan kampung di Lubnan dinamai dengan nama Ibrani kuno. Beirut ditandai Be’erot (telaga-telaga), manakala Lubnan diperihalkan sebagai tanah puak Asher.

13 April: Sayap kanan Phalange Kristian menyerang bas yang sarat dengan rakyat Palestin dan beberapa orang rakyat Lubnan. Mereka dibunuh beramai-ramai. Perang saudara Lubnan bermula. Sayap kanan Angkatan Tentera Lubnan bertindak untuk membersihkan semua kawasan Beirut Timur dan kawasan utara daripada PLO dan Gerakan Kebangsaan Lubnan (Lebanese National Movement atau LNM).
PBB mengutuk Zionisme sebagai bersifat perkauman. Mesir di bawah pemerintahan Anwar Sadat dan Israel menandatangani Perjanjian Interim yang kedua; lapangan minyak Abu Rudeis diletakkan semula di bawah Mesir.

1976
Seluruh anggota sayap kanan Barisan Lubnan menyerang kawasan orang Islam, Palestin dan Kristian yang berdegil di Beirut Timur: kem-kem Palestin ditawan, Dbayyeh (ditawan pada 14 Januari); Jisr al-Basha (lebih kurang 2000 orang Kristian) dan Tal al-Za’atar (30 000 rakyat Palestin dan rakyat Lubnan ditawan pada 12 Ogos); daerah sesak Syiah, Maslakh dan Karantina (ditawan pada 18 Januari), pinggir bandar Syiah, Nabab (ditawan pada 6 Ogos), dan Badawi, kawasan kecil Kristian Armenia. Gabungan LNM dan angkatan bersenjata Palestin yang dikenali sebagai Angkatan Bersenjata Bersama telah membalas dengan menawan bandar pantai Damour; penduduk Kristian Maronite diusir.

Pertengahan Januari: Angkatan Tentera Lubnan berpecah. Unit-unit tentera yang menentang persubahatan Kuasa Pemerintahan Tentera dengan sayap kanan angkatan bersenajat Kristian menarik diri daripada angkatan tentera dan membentuk Angkatan Tentera Arab Lubnan di bawah kuasa pemerintahan Leftenan Ahmad Khatib. Jun: Angkatan Bersenjata Bersama hampir-hampir menewaskan sayap kanan Barisan Lubnan apabila angkatan tentera Syria memasuki Lubnan atas undangan Presiden Lubnan, Sulaiman Franjieh. Kejayaan gerakan umum dan progressif tiba-tiba terencat. Syria bermula dengan menyerang angkatan tentera campuran LNM dan PLO dan dua tahun kemudian berlawan dengan sayap kanan campuran Maronite.

1977
16 Mac: Kamal Jumblatt, pemimpin LNM dibunuh. 19 November: Presiden Mesir, Anwar Sadat datang ke Jerusalem untuk memulakan rundingan damai. Lawatannya dikutuk oleh Liga Arab, terutamanya PLO.

1978
Mac: Israel menyerang selatan Lubnan, 2000 orang awam terkorban dan 200 000 lagi menjadi pelarian; enam buah kampung dimusnahkan dan 82 buah lagi dirosakkan. Israel dipaksa berundur tetapi mereka menubuhkan zon penampan atau Lubnan Bebas seluas 10 kilometer di wilayah Lubnan.

1979
Perjanjian damai yang akhir ditandatangani antara Mesir dan Israel. Israel dikehendaki mengembalikan Semenanjung Sinai kepada Mesir; pemindahan selesai pada tahun 1982. Sementara Mesir dan Israel sedang berunding, tentera Israel mengebom kem pelarian rakyat Palestin di Lubnan. Mesir kemudiannya dipecat daripada Liga Arab. Sayap kanan Angkatan Tentera Lubnan yang disokong Israel mengisytiharkan negara mereka sendiri di beberapa bahagian selatan Lubnan.

1980
Iraq menyerang Iran. Bermulalah Perang Teluk.

1981
Pesawat pengebom Israel menyerang dan menghancurkan sebuah reaktor nuklear di Baghdad, Iraq. 300 orang terbunuh dan 800 orang tercedera dalam seranga udara Israel ke atas kawasan orang awam di Beirut. Angkatan tentera Israel dengan cara yang teratur telah memusnahkan jambatan-jambatan yang menyeberangi Sungai Litani. Para diplomat Amerika merundingkan gencatan senjata di sempadan Lubnan-Israel. Disember: Israel secara tidak sah merampas Bukit Golan dari Syria.

1982
Jun: Cubaan membunuh duta Israel ke London oleh kumpulan Palestin yang radikal dan anti-PLO dijadikan alasan bagi Israel untuk menyerang Lubnan (perang Arab-Israel yang keenam); pengepungan Beirut selama tiga bulan; pengusiran angkatan bersenjata PLO dan angkatan tentera Syria dari Beirut.

14 September: Pembunuhan bakal Presiden Lubnan, Bashir Gemayel selepas beliau enggan mengikat perjanjian damai dengan Israel. 15-17 September: Pembunuhan beramai-ramai Shabra dan Shatila dijalankan oleh militia Kata’ib yang diketuai Elias Hobeika dan di bawah perlindungan dan sokongan tentera Israel. Menteri Pertahanan Israel pada ketika itu ialah Ariel Sharon.

1983
Angkatan tentera di bawah kuasa Phalange menguasai kawasan Beirut Barat. Penentangan di bawah sokongan Syria meletus dalam Fatah dan PLO; pertempuran di Lembah Biqa’a dan Tripoli, utara Lubnan berakhir dengan pemecatan askar yang setia kepada Pengerusi PLO, Arafat.

1984
Februari: Pemberontakan popular di Beirut Barat mengakhiri kuasa Phalange.

1985
Tentangan orang awam yang bersenjata terhadap askar Israel memaksa mereka berundur dari kebanyakn kawasan Lubnan yang kemudiannya diambil alih oleh pergerakan Amal, Hizbullah, dan Parti Komunis; enklaf PLO di Saida dan kem pelarian Rashidiyyah berhampiran Tyre. Mei: Militia Amal menyerang Shabra, Shatila, Bourj al-Barajneh. Bermulalah Perang Kem.

1986
Januari: Pertempuran Empat Hari di Shatila. April: Pertempuran Dua Puluh Hari di Shatila. Julai: Pertempuran Tiga Puluh Hari di Shatila. September: Pertempuran Enam Bulan bermula di Rashidiyyah, kemudiannya di Bourj al-Barjneh pada bulan Oktober, dan akhirnya di Shatila pada bulan November.

1987
Februari: Sekatan makanan ditarik balik di Bourj al-Barajneh dan Shatila; namun tembakan curi berterusan. Penyatuan semula PLO semasa mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin di Algiers. Disember: Meletusnya intifada (kebangkitan rakyat Palestin), pemberontakan popular di Tebing Barat dan Gaza di bawah pendudukan Israel.

1988
Januari: Amal menarik balik pengepungan Shatila dan Bourj al-Barajneh. Mei: Pertempuran di kem-kem di Beirut, di bawah sokongan Syria; Shatila dan Bourj al-Barajneh ditawan; mereka yang setia kepada Yasser Arafat diusir. Disember: Mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin di Algiers mengistiharkan perlembagaan negara Palestin.

1993
Pihak berkuasa Palestin dan Israel and telah menandatangani Deklarasi Oslo pada 13 September 1993 yang menjanjikan pemerintahan bebas dan berdaulat untuk rakyat Palestin.

1994
Kawasan aman Israel-Jordan dibentuk pada 26 Oktober.

2002
Pada 24 Jun, Presiden Amerika Syarikat, George Bush memetakan penyelesaian konflik Israel-Palestin. Namun perkembangan yang berlaku tidak menunjukkan kemajuan. Malah pertempuran sering berlaku saban hari.

2004-2005
Kematian Yasser Arafat. Mahmood Abbas mengambil alih jawatan sebagai pemimpin Palestin sehingga sekarang.

*Rujukan:
Bendt & Downing. 1982. We shall return: women of Palestine. Trans. Ann Henning, Zed, London, 1982.
SZ: Sekurang-kurangnya, ambil tahu apa yang berlaku terhadap saudara kita di sana. Walaupun ada yang baru nak ambil tahu sekarang, lebih baik daripada tak ambil tahu langsung sampai bila-bila.
credit: http://www.szlihin.com/2012/11/kronologi-sejarah-konflik-palestin.html

Jujur

Baru bertanya si kecil di rumah, "bilakah kita menggunakan perkataan jujur?" Dan tanpa menunda-nunda dia menjawab, jujur dalam berkata-kata. Aku terukir senyum. hati justeru berbisik, aku pun begitu juga hehe

Abu Bakar As-Siddiq digelar sebagai yg membenarkan. Meng-iyakan setiap kata-kata dan pbuatan Rasulallah saw. Menurut hemat saya, itu juga satu pbuatan yang jujur.

Kemudian saya berfikir kembali, tak kan sesempit itu sahaja maksud isfilah jujur?? Hmmm ^~^

said hawa merupakan seorang ulama yg bjaya merumuskan.ihya ulumuddin karya I.Ghazali. Beliau menggambarkan proses menjadi org yg jujur kepada 4 bhgn
1. Sidqun Niyah - jujur dengan niat
2. Sidqun 'Azm - Jujur dalam tekad
3. Sidqun Iltizam - jujur dlm komitmen
4. Sidqun 'Amal - jujur dlm proses kerja

Bererti jujur itu bermula.dengan niat. bermula.dgn niat yg.jujur, barulah kita akan meletakkan usaha yg jujur juga dan sungguh2.dlm usaha kita. IA sekiranya kita jujur dengan diri sendiri, dan kmudian jujur dengan Allah kemudian akan lahirlah usaha yg sungguh2.

Ada sahabat Rasulallah saw yg bjuangvdgn gagah berani dpm.ptempuran. Ketika pertempuran.berakhir, Rasulallah menyerahkan harta rampasan perang kepadanya. Namun begitu dia.menolak sambil.bkata, "Demi Allah. Bukan kerana ini.saya berperang bsamamu. Saya bperang bsamamu supaya saya tkena anak panah d sini lalu saya mendapat balasan syurga." Dia menunjuk pada lehernya.

Selepas sahabat itu bganjak Rasulallah bkata, "sekiranya dia jujur dgn Allah, pasti Allah penuhi kata-katanya".

Dan benar ketika perang tamat, sahabat ini ditemui mati syahid.dgn anak panah tcacak pada.leher beliau.
Subhanallah

Ayuh kita btanya pada diri,
kenapa.kita sukar merintih dlm doa??
Mungkin.kita belum.cukup jujur mencari kesalahan2 yg kita lakukan.dalam.hidup kita
Kenapa kita sukar untuk melangkah dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini??
Mungkin kita belum.cukup.jujur dalam.niat kenapa.kita berada dalam.jalan ini
Dan kenapa kita sukar utk mendapatkn sesuatu yg kita hajati??
Mungkin kerana kita belhm cukup jujur dalam menyatakan pendirian dan pilihan kita

Jawapannya semua pada diri kita,
Tepuk dada, tanya iman
Wallahua'lam
posted from Bloggeroid

Tears of Gaza - The War They Don't Show You


Mari tontong dan selami hati mereka

McD oh mcD


McD owh McD
baru semalam Gaza dibedil kuat oleh tentera Zionist. Tanpa sedar aku dan family telah melangkah ke kedai itu lagi. Benarlah kata orang, tanpa ilmu kita tidak akan bertindak benar. Kerana aku tidak aware dengan serangan itu, maka kita menjadi orang yang kurang sensitif.

Alhamdulillah aku sendiri telah berjaya memboikot membeli barang McD dan beberapa produk yang menjadi penyumbang kepada rejim Zionist itu. Melarang keras diri sendiri dari membayar wang kepada company yang akan menyumbangkan 5% dari keuntungan mereka kepada franchisornya. 5% itu Tampak sedikit 5% itu, tapi kalau dikira dengan dengan keuntungan besar  yang mereka peroleh dari setiap cawangan McD di seluruh dunia, cuba bayangkan, berapa jumlah yang akan terhitung, pastinya teramatlah besar.

Cuba bayangkan, jika seorang yang berbelanja di McD membelanjakan RM10. Dan dalam satu jam, bayangkan sekiranya mereka boleh memuatkan sebanyak 200 pelanggan. Dan hal itu berlaku sekurang-kurangnya untuk 15 jam sehari. Jadi jumlah pelanggan mereka boleh mencecah hingga 3,000 pelanggan. dan sekiranya setiap seorang dari mereka membelanjakan RM10, keuntungan McD boleh mencecah RM4000. OK saya kira ini adalah bilangan minimum yang boleh mereka capai dari sebuah restoran. Pada tahun 2004, mereka mempunyai 30,000 cawangan di seluruh dunia, dengan 50,000,000 pengunjung sehari. Jadi 5% dari jumlah tersebut pula (RM150*30,000 cawangan) akan disalurkan kepada ibu pejabat mereka yang akan menyumbang kepada ISRAEL. Astaghfirullah al-azim. Dengan jumlah itu bayangkan apa yang mampu mereka beli? Berribu-ribu butir peluru....

Mahukah kita menjadi sebahagian dari mereka yang menyumbang kepada keganasan Israel? Menjadi penyumbang dana kepada mereka untuk membeli kelengkapan perang mereka? Mata kita mengalirkan air mata melihatkan kekejaman mereka, melihat darah insan tidak berdosa itu mengalir, namun mungkin saja peluru itu dibeli pelaburan yang kita buat melalui produk2 femes mereka T_T
Astaghfirullah al-azim.

Ana sendiri masih belum berjaya meyakinkan family ana untuk memboikot produk2 Israel ini. Kerana tanpa kefahaman, mungkin sukar untuk melahirkan tindakan yang benar. (Ya Allah, bantulah hamba mu yang lemah ini ya Allah).
Tapi benar kata ukhti kesayangan ana, xkan kita merasa senang dengan keadaaan begini? Soalan buat diri sendiri, apa altenatif kita untuk memberi kefahaman buat insan tersayyang mengenai isu boikot ini?

Moga Allah memberi kekuatan buat diri untuk terus memboikot dan mengajak mereka yang lain untuk turut sama memboikot produk mereka.

Because Allah counts our effort, no matter how small it is.
Because wat matters is pengorbanan:')
Inna a'thoina Kal-kauthar
________________________________________________________________________________

dan baru hari ini 19/11/2013,
mereka memberi burger percuma pula. Sungguh mereka sungguh licik dalma memperkasakan strategi bisnes mereka. Mencipta peluang dan meraih keuntungan. Tapi adakah kita akan mudah termakan dengan tipu helah mereka ini?
Mungkin mereka tidak tahu, ya mungkin, kerana itulah lorong drive-thru itu panjang berjela, mungkin mereka tidak tahu bahawa McD itu penyumbang kepada keganasan, jadi mereka hanya sekadar menikmati enaknya burger itu, mungkin mereka tidak tahu
Alhamdulillah kita berada di bumi bertuah Malaysia, aman dan sentosa
Tapi adakah itu akan membunuh sifat sensitif kita?
Moga bertambah rasa syukur dalam diri, dan berusaha dalam kesenangan ini
wallahua'lam

________________________________________________________________________________
ini ulasan dari Pengerusi Aqsa Syarif:


Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari revenue mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar). 

Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan message yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan. Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada israel' bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boycott akan gagal dan McD Corporation US bolih meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.


Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan message yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kpd Israel. 

Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee shj jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang bolih dibeli oleh Israel dgn sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin. 


Kerana itu boycott adalah satu 'peperangan'. Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dgn mengatakan kami 'cawangan tempatan' dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kpd ekonomi negara dan menyediakan peluan pekerjaan kpd rakyat tempatan.


Jika semua negara membuat pengistiharan spt ini dan semua warga dunia terpedaya dgn seruan manis; ini boycott akan gagal total. Tetapi apabila McD semberang laut menerima tempiasan dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kpd zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut. 


Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah 'yang masuk akal' untuk menggagalkan strategi boikot.

Ketenangan

ketenangan itu ibarat air yg tidak berkocak,
menenagkan setiap mata yg memandang

TENANG
suatu kondisi hati yg akan terbias ke setiap kata-kata, dan perilaku empunya diri
jika hati tenang, maka setiap kata yg terkeluar akan menggembirakan yg mendengar,
jika hati tenang, maka senyum itu akan terpancar terus ke mata meskipun tipis
jika hati tenang, setiap tindak tanduknya akan menenangkan mereka yg memandang

mungkin hati sedikit goyah sekarang, hingga kata yg keluar mengguriskan hati orang yg mendengar,
mungkin hati jauh dari Allah, menyebabkan diri tidak bijak menilai situasi menhomel sana sini

tapi
alhamdulillah Allah itu Maha Lemah Lembut dan Maha Penyayang
Dia hantarkan insan yg masih sudi bersahabat dengan kita disebalik setiap kekurangan diri
Dia hantarkan insan yg sudi menegur kita kerana menyayangi kita keranaNYA
kerana tidak mahu kita terus terjerumus ke lembah hina, ke lembah dosa

:')

Moga Allah masih hadirkan mereka utk menarik aku kembali
utk mengingatkan aku apa yg aku lupa
melengkapkan setiap kelemahan diri
kerana uhibbukifillah itu adalah saling mengingaktkan, melengkapkan
menuju redha Allah, menuju CINTA DIA

Jazakillahu Khair

PBS

semester telah tiba ke penghujung. tapi suasana bilik guru masih meriah seperti biasa. Malah graf kerajinan para guru juga tiba2 mirip graf exponential. Subhanallah,benarlah manusia ini kadang2 mampu melakuakn sesuatu yg diluar kebiasaan.

Kini gara2 PBS ada yg sanggup bangun 2-3 pagi untuk key in markah, merebut peluang talian yg baik pada waktu itu. Sedangkan untuk menyahut seruan tahajud pun manusia tidak begitu teruja.

Gara-gara PBS, kita yg kurang elok sistem filing, kini sebaik mungkin cuba merecord data, mengemas kini fail.
Sedangkan seruan untuk muhasabah diri setiap hari, menghitung amal menuju akhirat telah lama Allah ingatkan

dan gara2 PBS juga, kita bekerja lebih masa, bersengkang mata, cuba bersabar meskipun sering terlog-out dr talian walaupun baru 3 saat yg lalu melompat gembira berjaya log in, tapi sebab kita WAJIB juga menyiapkannya sebelum 20 November yg akan tiba juga,
Percaya atau tidak, itulah JIHAD, buat sampai xlarat

Astaghfirullah, itulah ungkapan yg sering terkeluar dalam menyiapkan PBS ni. Takut diri mudah melenting, tension dan seangkatan dengannya, gara-gara PBS ini,
risau amalan kita akhirnya sia-sia, walaupun hakikatnya amalan itulah yg sepatutnya menjaga kita dari bertindak melulu..

Moga Allah memberikan kesabaran yg baik buat semua
kerana semua pun sedang cuba sebaik mungkin dalam usaha mereka
kerana masing2 antara kita juga tidak sempurna
wallahua'lam