Filem 2012

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

segala puji-pujian hanyalah milik Allah Yang Esa. Yang telah menghembuskan nafas dan membiarkan jantung kita terus berdegup indah. Yang terus-terusan meminjamkan kita anggota badan, yang dengannya membolehkan kita terus menikmati alam yang indah ini. Saya kira, dengan adanya all the senses membuatkan kita seseorang yang istimewa di sisi Allah. Dengan sepasang bibir ini, kita masih2 terus-terusan dapat memuji Allah selepas melihat alam yang tersusun dengan penuh sistematis, dengan bibir ini masih terus dapat bicara dengan insan-insan dikeliling kita, merasakan kasih sayang Allah melalui kehadiran mereka, dan dengan hati kurniaan Allah ini, kita berpeluang merasai pelbagai rasa, kerana dengan rasa itulah menunjukkan kita adalah insan yang masih bernyawa. Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah.
 Dunia kurniaan Allah ini memang indah. Tempat kita mencorak nasib, membina diri dan berusaha sehabis baik dalam setiap perkara yang kita buat. Kita bebas untuk belajar setinggi mana jua, mendapatkan pengiktirafan demi pengiktirafan dari manusia sekeliling. Aaahh manakan tidak indah, setiap usaha kita membawakan hasil. Bekerja sejam dua lebih, maka lebih banyaklah habuan yang kita peroleh. Apatah lagi kalau kerja sewaktu public holiday, gaji kita boleh menjadi triple dengan mudahnya. Dengan jam kerja yang sama, kita dapat menggandakan pendapatan. Waahh indahnya dunia. Dengan titik peluh itulah kita akan berbelanja pada apa sahaja kehendak kita, beg mewah, kasut berjenama, talifon bergaya? Nyatakan sahaja, kan dah susah-susah kerja, inilah masa kita menikmati hasil susah payah bekerja. Tak salahkan? Maka kita akan terus-terusan mabuk dengan dunia ini, hingga lupa yang dunia ini juga ada pengakhirannya.

Mungkin kerana indahnya dunia membuatkan kita teringin untuk terus tinggal di sini. Memang sukar untuk menerima hakikat bahawa akan ada pengakhiran dalam setiap cerita. Setelah mengecapi indahnya kenaikan pangkat, seronoknya melihat angka puluhan ribu di bank, menikmati kehidupan mewah kita selama ini, pastinya perit untuk meninggalkannya. Malah dunia ini tak kan pernah cukup untuk dinikmati.Akan sentiasa yang ingin dicapai, akan sentiasa ada ruang untuk memperbaiki mutu kehidupan agar menjadi lebih baik dari sebelumnya. Jadi kita akan terus ghairah dengan kehidupan ini. Wah pastinya sukar bangat ingin meletakkan noktah pada semua ini.

Cuba renungkan kembali zaman kegemilangan kita disekolah dulu. Zaman dimana tenaga menyala-nyala dan hidup tanpa sebarang masalah. Segalanya indah belaka. Fuuhhh:) Tapi dan tapi, walau bagaimanapun, zaman belajar akan diakhiri juga akhirnya, tak kiralah walau gemerlapan sampai ke bintag sekalipun. Ia akan berakhir dan membawa kita ke alam yang lebih mencabar. Mungkin kita akan bermuram durja berhari lamanya menghadapi detik perpisahan pada tarikh keramat tersebut. Dan mungkin juga kita akan menghabiskan berkotak-kotak tisu mengeringkan air mata meninggalkan tempat yang penuh kenangan itu. dan mungkin juga cuba menghabiskan detik itu dengan cara yg paling baik meskipun perit. Membuat parti sana-sini agar hari itu akan terpahat di ingatan.Tapi walau apa-pun detik pahit itu pasti perlu dilalui jua bukan.

Saya kira contoh itu terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan hari pengakhiran kita nanti. Bagaimana rasanya kala langit akan terbelah, bintang2 yang selama ini menjadi perhiasan dunia akan berselrakan jatuh ke bumi, dan gunung-gunung yang dahulunya berdiri megah, kini berterbangan bagaikan abu. Lautan yang dahulunya menjadi tempat kita menenangkan hati dan minda, kini akan menggelegak kepanasa. Bagaimana rasanya kita menghadapi hari itu? [At-Takwir, 81:1-14]

[1]Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);
[2]Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;
[3]Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);
[4]Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;
[5]Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;
[6]Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;
[7]Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;
[8]Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -
[9]Dengan dosa apakah ia dibunuh?
[10]Dan apabila surat-surat amal dibentangkan;
[11]Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;
[12]Dan apabila neraka dinyalakan menjulang;
[13]Dan apabila Syurga didekatkan;
[14](Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.
[At-Takwir, 81:1-14]

Astaghfirullah al-azim.

Mungkin kerana suasana hari itu terlalu dasyat hingga kita tidak mahu membayangkannya. Hingga kita bersikap undenial dan berkata pada diri sendiri bahawa detik itu akan berlalu beberapa saat cuma, dan kemudian kita akan hidup seperti sedia kala. Itulah yang disajikan oleh filem 2012 beberapa tahun lepas. Meskipun mereka telah cuba membayangkan dasyatnya hari tersebut, tapi mereka masih kira bahawa mereka akan terselamat selepas TrageDi ngeri itu.

Mungkin kerana itulah jutawan-jutawandi seluruh dunia sanggup melaburkan hingga RM5.28 juta untuk sebuah kubu. Malah ada syarikat ternama turut mengambil peluang dari ketakutan manusia ini. Hotel Hilton misalnya menawarkan suite dalam laut yang mempunyai pemandangan kehidupan marin. Malah dilengkapi denga katil selesan dan bakul yang penuh berisi buah-buahan. Mungkin dia tidak tahu bahawa laut pada tika itu akan menggelegak kepanasan. dan ada juga yang menyediakan kubu bawah tanah seperti di Bad Neuenahr-Ahrweiler. Hmm mungkin juga dia tidak tahu bahawa tanah itu akan dicungkirbalik pada hari itu. dan mungkin ada juga yang merancang untuk menaiki pesawat menerobos langit. Meninggalkan bumi jauh ke belakang. Mungkin kerana ceteknnya ilmu bahawa nanti langit itu akan menjadi keping-kepingan dan menghempap bumi ini.[HMetro 18/11/12]

Astaghfirullah al-azim.
Kemana lagi kita ingin lari? Hari itu adalah hari kemusnahan total. Hari semua yang hidup akan mati. Hari tamatnya perjanjian sebagai seorang abid. Hari setiap perkara akan diminta pertanggung jawaban.
Duhai diri yang hina, kemana kau mahu pergi lagi?

Benarlah Allah Maha Mengetahui. Dia tahu yang manusia ini tidak akan pernah merasa cukup. Manusia ini mahukan kehidupan yang kekal. dan manusia dicipta sesuai mengikut fitrah. Kerana itulah wujudnya syurga yang abadi, yang penuh nikmat. Tempat di mana setiap yang kita inginkan akan tercapai. Tempat dimana kita tidak perlu bersusah payah pun untuk mendapatkan kemewahan itu. Kerana pada hari itu setiapa yg kita inginkan akan kita peroleh
88-8: Beberapa wajah pada hari itu berseri-seri.
88-9: Merasai kesenangan kerana amalnya.
88-10: Di dalam jannah (taman/syurga) yang tinggi.
88-11: Di dalamnya tidak didengar perkara yang sia-sia.
88-12: Di dalamnya ada mata air yang sentiasa mengalir.
88-13: Di dalamnya ada tempat-tempat duduk yang ditinggikan.
88-14: Dan gelas-gelas yang tersedia.
88-15: Dan bantal-bantal sandaran yang tersusun.
88-16: Dan permaidani yang terhampar.

Masya Allah
Bersabarlah duhai diri. Allah tahu engkau mahu hidup abadi. Tapi Dia inginkan Engkau sebagai Abdi. Suatu perniagaan yang tidak pernah rugi dan tiada galang ganti. Sabar sebentar, berjuang sesaat, untuk sesuatu yg abadi. Bukankah itu perniagaan yg menguntungkan?

[61:10]Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
[61:11]Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
[61:12](Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar.

No comments:

Post a Comment