Tapi kehadiran makcik aku minggu lepas memang boleh buatkan aku terduduk, terdiam, tertumbuk dan seangkatan dengannya. tiba2, sepupu yang lebih kurang sebaya denganku menunjukkan parut di bawah dagunya. Agak panjanglah parut tu. Alhamdulillah tersembunyi elok di bawah, tak terlihat di pandangan. Then die tanya, "Kak Ah ingat x ni??" Aku macam, "EErrrr, kenapa yer". So terbukalah kembali lembaran rahsia puluhan tahun dulu.Tak semena-mena darah merah memenuhi segenap pipiku. Malu, sebab parut itu terjadi kerana aku. Bersalah kerana kesan itu selamanya. Kasihan, kerana aku sendiri tidak teringat jenayah itu. Barangkali kalau kes-kes kanak2ku dibuka kembali, mungkin masuk jel agaknya aku.
Astaghfirullah..
Astaghfirullah..
Astaghfirullah..
" Dan "Kitab-kitab Amal"
juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang
berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka
akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian
keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan
semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu
sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim
kepada seseorangpun. "
[Al-Kahfi 18:49]
Begitu jugalah kitab kita akan dibuka di akhirat kelak. Setiap kisah akan disingkap satu persatu, tanpa tertinggal isinya walau sekelumit cuma. Mungkin kita tak sedar kala itu, dan kita masih boleh berlalu pergi tanpa meninggalkan kesan di hati. Sehari dua, mungkin kita teringat. Tapi dengan beredarnya masa, perasaan itu pn kita tinggalkan percuma.
Dan itu cuma satu kisah yang tersingkap. Bagaimana pula dengan insan2 lain yang akan meminta pertanggungjawaban nanti. Ya Allah takutnya aku menanti hari itu. Jika mendengarkan satu kisah itu pn aku disergap rasa bersalah yang amat, bagaimana untuk berdepan dengan insan2 lain yang akan meminta hak mereka nanti. Dan apa yang akan tinggal dalam kitab kebaikan kita, sekiranya semuanya digunakan utk membayar hutang mereka.
Astagfirullah al-azim
Ampunkanlah aku ya Allah, dan bukakanlah hati mereka untuk mengampuni ku. Kerna aku tak berdaya untuk menanggung kesemua perbuatan ku.
Dan buat insan yang tersakiti, ampunkan aku. Ampunkan kesalahan tutur bicara ku. Ampunkan bahasa tubuhku yang menyakitkanmu. Lintasan hatiku yang terganggu. Ampun dan Ampun
Selebihnya, aku bermohon pada-MU ya GHAFFAR, agar memaafkan kesalahanku, kekhilafanku.
No comments:
Post a Comment