DapDipDup

Alhamdulillah

masa berlalu sebagaimana biasa. detik detik juga berlalu seperti hari-hari sebelumnya. Tapi ada sesuatu yang berbeza dalam hari-hari yang aku lalui. Debaran yang aku rasakan lebih dari yang biasa aku rasakan. Entah mengapa akal dan mindaku semakin berada di luar kawalanku. Hingga aku lebih senang untuk biarkan ianya berlalu tanpa arah. Semua yang datang cuba kutepis jauh kerana tiada jawapan yang bakal ku temui dalam setiap kerisauan ku. Tiada jawapan hingga aku alaminya sendiri. Buat masa kini, aku cuba mengumpul setiap tenaga dan aura positif yang berada di sekelilingku. Menikmati setiap detik senyuman yang kulihat dari wajah sekelilingku. Terutama wajah kesayangan hatiku. Alhamdulillah adanya seseorang untuk aku kongsikan rasa ini. Meskipun komplikated, namun alhamdulillah dia masih disisi, meyakinkan aku akan takdir yang bakal aku hadapi nanti. Dan setingi-tinggi tawakal aku letakkan pada penciptaku. Tuhan yang mengatur segala rencana untukku. Yang aku harapkan untuk menjaga hati-hati insan yang aku sayangi. Sedikitpun aku tak mahu mereka terluka. Biar secebis duka pun aku tida mahu mereka rasai. Apatah lagi jika ianya disebabkan aku. Moment yang bakal dilalui sungguh aku rasakan payah. dan kerna moment yang aku rasai lewat dulu menyakitkan,sangat menyakitkan, dan sungguh aku tidak mahu mereka yang lain rasainya.

Allah. Hanya Engkau yang mampu menjaga mereka. Rasa mereka. Menguatkan mereka. Bukan aku, dan sungguh bukan aku. Pada MU ya Allah aku sandarkan harapan, kerna Engkaluah sebaik-baik penjaga. Dan aku kan cuba, menja mereka, menyayangi mereka sedaya aku. Kerna sungguh aku cintakan mereka yang merupakan rezeki dan anugerah yang Engkau berikan padaku, dan sedikitpun aku tidak mahu mereka terluka ya Allah

Cukupkanlah mereka ya Allah. dan sayangilah mereka ya Allah, kerna sungguh mereka amat menyayangiku ya Allah
ps: Wherever I am, whenever it will be, I want you. Till jannah ameen. Jazakillahu Khair 4 always be there :)

Accident

Allahu Akbar.
Menerima berita ini memang membuatkn aku kaget.jantung bedegup kencang.tangan sedikit merasai getarannya.dan mat cuba menahan dari menitikkan air jernih tersebut.tahan fatihah.sabar
Messge itu aku baca perlahan.satu persatu ku baca
"ayah man di ICU.Cik Zai meninggal"
Allahu Akbar.
Nafas ku terhenti.dimensi masa juga seolah-olah tidak bermakna apa2.
Kaget.ya!sungguh aku kaget
Bgaimana mungkin aku melepaskn diri dari kursus ini. Tangan xsemena2 mendial no yg aku kenali. Air mata mul jatuh berguguran. "Apa yg harus aku lakukan" itu soalan ku..

Selepas mndapat kebenaran keluar dan packg utk cuti akhir tahun, aku selamat berada di dalam insyirah. Meluncur kereta putih milik ku. Menuju entah ke mana. Yang aku tahu, aku perlu tiba di kajang. Hospital mana dan di mana, aku pun tak tahu. Yang aku tahu, aku ingin berada di situ.

Pesan sahabatku, doa kak. Doa musafir tu mujarab. Doa dan terus berdoa kerna itu sahaja jln yg kita punya. Nasib ajal maut semuanya di tangan Allah Azzawajalla.

Allahu Akbar. Selmatknlah mereka. Kurniakanlah kesabaran buat mereka. Dan tempatkn ibu saudaraku bersama org2 yg beriman.

Dan. Terima kasih ya Allah. Kerna Engkau mengambilnya pada hari yg penuh kemuliaan ini. Penghulu segala hari. Moga dia dijauhkan dari azab kuburmu dan temukanlah kami dengan pertemuan yg lebih baik di syurga mu ya Allah. Ya Rabbal Alamin