DapDipDup

Alhamdulillah

masa berlalu sebagaimana biasa. detik detik juga berlalu seperti hari-hari sebelumnya. Tapi ada sesuatu yang berbeza dalam hari-hari yang aku lalui. Debaran yang aku rasakan lebih dari yang biasa aku rasakan. Entah mengapa akal dan mindaku semakin berada di luar kawalanku. Hingga aku lebih senang untuk biarkan ianya berlalu tanpa arah. Semua yang datang cuba kutepis jauh kerana tiada jawapan yang bakal ku temui dalam setiap kerisauan ku. Tiada jawapan hingga aku alaminya sendiri. Buat masa kini, aku cuba mengumpul setiap tenaga dan aura positif yang berada di sekelilingku. Menikmati setiap detik senyuman yang kulihat dari wajah sekelilingku. Terutama wajah kesayangan hatiku. Alhamdulillah adanya seseorang untuk aku kongsikan rasa ini. Meskipun komplikated, namun alhamdulillah dia masih disisi, meyakinkan aku akan takdir yang bakal aku hadapi nanti. Dan setingi-tinggi tawakal aku letakkan pada penciptaku. Tuhan yang mengatur segala rencana untukku. Yang aku harapkan untuk menjaga hati-hati insan yang aku sayangi. Sedikitpun aku tak mahu mereka terluka. Biar secebis duka pun aku tida mahu mereka rasai. Apatah lagi jika ianya disebabkan aku. Moment yang bakal dilalui sungguh aku rasakan payah. dan kerna moment yang aku rasai lewat dulu menyakitkan,sangat menyakitkan, dan sungguh aku tidak mahu mereka yang lain rasainya.

Allah. Hanya Engkau yang mampu menjaga mereka. Rasa mereka. Menguatkan mereka. Bukan aku, dan sungguh bukan aku. Pada MU ya Allah aku sandarkan harapan, kerna Engkaluah sebaik-baik penjaga. Dan aku kan cuba, menja mereka, menyayangi mereka sedaya aku. Kerna sungguh aku cintakan mereka yang merupakan rezeki dan anugerah yang Engkau berikan padaku, dan sedikitpun aku tidak mahu mereka terluka ya Allah

Cukupkanlah mereka ya Allah. dan sayangilah mereka ya Allah, kerna sungguh mereka amat menyayangiku ya Allah
ps: Wherever I am, whenever it will be, I want you. Till jannah ameen. Jazakillahu Khair 4 always be there :)

1 comment:

  1. Assalamualaikum...

    Kita wajib beriman kepada perkara-perkara yang ghaib....

    Kehidupan ini suatu persinggahan yang amat menarik untuk dilalui...

    Kita kena menerima suratan qada dan qadar setelah puas berdoa...

    ReplyDelete