Kerjaya guru MULIA

kerjaya guru is sooo demanding.especially in world nowadays. Somehow becomin teacher in 21st century, i wonder where do i bring these students to? N with all these challenges how do we keep motivated and put on a fake smile.

Allahu Akbar
Dear teachers, your profession is an honorable job. Tugas yg mulia yg hanya dpikul oleh mereka yang terpilih. Biarpun payah, yakinlah bahawa Allah Maha Tahu bahawa kita mampu memikulnya. Kita mampu menggalas tanggungjawab ini. Bukankah Dia Pencipta kita?

Ye benar, keluhan kita sama saja. Anak2 kini tidak seperti kita dulu, mereka tidak seberuntung kita, terpelihara dari ancaman dunia tanpa sempadan. Bagaimana kita harus, wajib, perlu menackle mereka?? Dengan KBAT? Dengan kurikulum canggih??

Mungkin blh namun tidak. Saya percaya hatilah raja kepada tubuh manusia. Hatilah yang akan menentukan baik buruk seseorang. Dengan hati yang ikhlas dan menyedari akan hakikat kehambaan, insya Allah, kita berada di landasan yang betul.

Sejauh mana moden pun kita, akar kita masih tetap sama. Asal kita masih dari Allah. Pemberi rezeki kita masih Allah. Dan hanya kepada DIA kita mengadu dan kembali.

Allahu Akbar. Mungkin kita semakin jauh dari Dia. Mungkin kita lupakan DIA, maka kita sedikit di uji. Bukan di hukum. Tapi untuk membawa kita lebih rapat kepadaNYA. Kepada punca segala dan asal segala kejadian

ALLAHU ALLAHU
Bukan mudah mengikhlaskan niat kerana Allah. Tapi percayalah. Usaha itu yang kita perlu lakukan. Usaha dan terus usaha. LILLAHI Taala.
Insya Allah.

Ya Rabbi.bantulah hamba Mu yang lemah ya Allah
BIIDZNILLA
@Summit KL

Besarnya tanggungjawab lidah

Subhanalah.Alhamdulillah.Allahuakbar
Atas segala nikmat yg kit peroleh hari ini Alhamdulillah
Atas rasa cinta di hati ini, Alhamdulillah
Atas nikmat tubuh badan kurniaanMu, Alhamdulillah

Benar kata imam Al-Ghazali, yang tajam itu lidah, bukan pisau dan bukan juga diamond yang mampu memotong apa saja di dunia ini. Tapi masih, yang tajam itu adalah lidah.

Allah tanpa berselindung mengingatkan kita bahawa Dia tidak suka malah benci pada mereka yang mengatakan apa yang tidak dikerjakan tubuh. Allah bahkan bertanya secara retorik pada kita, "Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? " Tidaklah Allah menginginkan jawapan dari soalan tersebut, bahkan Allah terus menyatakan bahawa Allah benci akan mereka yg bersifat demikian.

Astaghfirullah. Wahai diri, dengarlah. Allah bukan tidak suka, tapi BENCI!! Bukankah berat ungkapan itu??
Allahu Akbar. Allahu Akbar.

Ya Allah ampunkanlah kami yang berdosa ini. Lidah cepat benar menasihati yang lain tanpa mencermin diri terlebih dahulu.  Lidah ngomongnya hal yang benar tapi tidak dibenarkan tubuh. Ampunkanlah kami ya Allah :(

......

Tapi rakan-rakan jangan putus asa dulu, kerna tanggungjawab dakwah itu masih wajib dipukul di atas pundak kita. Tanggungjawab itu tidak lepas dengan kita mengambil jalan pintas untuk mengunci bibir tidak menasihati sesiapa pun.
Bukan begitu sahabat.

Allah menegur kita agar kita menjadi qudwah. Agar mereka tidak berkata pendokong dakwa itu hebat dipentas perdebatan, tapi langsung tidak berbuat seperti omongannya.

Justeru kita haruslah dan wajiblah membenarkan setiap kata melalui perbuatan. bukankah action speaks louder than words? :)

Sahabat, Allah mahukan yang terbaik dari kita. Tidak mahu fitnah atas diri kita. Maka DIA mengingatkan kita agar menjaga amalan kita dan bukan sekadar manis di bibir sahaja.

Kerna Allah lah yang menjaga dakwah ini.
Wallahualam

Mentari indah

Subhanallah.setiap kali memandang langit, hati akan sedikit terusik. Betapa agunNya Dia Yang Maha Menciptakan, membenarkan langit untuk teguh berdari.

Bila terasa diri jauh dari Pencipta, kadang mata terasa malu melihat langit. Sebab tahu, Allah Maha Melihat dan Maha Tahu bahawa aku lalai. Maka disetiap pandangan,  aku cuba lari dari melihat langit. Entah mengapa hati rasa bersalah dan malu tiap kali merenungnya.

Begitu juga tatkala aku penuh harap menginginkan sesuatu atau ingin meluahkan sesuatu di dalam dada yang tak terluah. Tanpa berkata apa2, mata mudah bergenang tatkala melihat langit. Kerna yakin pasti bahawa Tuhan Yang Maha Mendengar itu Maha tahu apa yang tersembunyi dalam lipatan yang paling dalam.

Tatkala aku merindukan dia pun, ke langit aku melihat. Moga Allah sampaikan rindu ini padanya. Biar jasad tidak disatukan, tapi kita kan masih berada di bawah langit yang sama? Dan dibawah langit ini kita sama2 berharap moga disatukan di syurga yang tiada hujung dan tiada penghalang lagi. Ya Allah. Sampaikanlah. Kerna dia yg mengajar ku mencari makna di balik langit ciptaan MU.
Allahu Akbar