Subhanallah.setiap kali memandang langit, hati akan sedikit terusik. Betapa agunNya Dia Yang Maha Menciptakan, membenarkan langit untuk teguh berdari.
Bila terasa diri jauh dari Pencipta, kadang mata terasa malu melihat langit. Sebab tahu, Allah Maha Melihat dan Maha Tahu bahawa aku lalai. Maka disetiap pandangan, aku cuba lari dari melihat langit. Entah mengapa hati rasa bersalah dan malu tiap kali merenungnya.
Begitu juga tatkala aku penuh harap menginginkan sesuatu atau ingin meluahkan sesuatu di dalam dada yang tak terluah. Tanpa berkata apa2, mata mudah bergenang tatkala melihat langit. Kerna yakin pasti bahawa Tuhan Yang Maha Mendengar itu Maha tahu apa yang tersembunyi dalam lipatan yang paling dalam.
Tatkala aku merindukan dia pun, ke langit aku melihat. Moga Allah sampaikan rindu ini padanya. Biar jasad tidak disatukan, tapi kita kan masih berada di bawah langit yang sama? Dan dibawah langit ini kita sama2 berharap moga disatukan di syurga yang tiada hujung dan tiada penghalang lagi. Ya Allah. Sampaikanlah. Kerna dia yg mengajar ku mencari makna di balik langit ciptaan MU.
Allahu Akbar
No comments:
Post a Comment