Bermain ombak

Kecil kecil menjadi kawan,
Besar menjadi lawan

Itulah ombak. Di tepian pantai indahnya bila diri diapung imbak. Melihat anak kecil melompat lompat mengikut gerakan ombak. Masing2 tersenyum bila kegirangan.

Aku lebih asyik membiarkan diri diapung ombak. Membiarkan diri terapung seketika. Merasai naik turun bersama ombak. Telinga sepi seolah2 masa turut terhenti. Tiada apa didengar tiada apa yg dilihat, hanya merasai ombak datang dan pergi. Kala hidung tersedut masin air laut,  baru aku kalut mencari lantai bumi untuk berpijak. Subhanallah indahnya, sendiri sepi dalam ombak itu

Kala itu aku terfikir. Ya manusia atau mungkin aku suka lari dari masalah. Mencari ruang atau dimensi masa untuk lari dari segala hiruk pikuk dunia. Kembali dekat kepada alam yg tidak pernah bermaksiat kepada Allah. Mungkin kerna itu Allah pinjamkan sedikit ketenangan buat kita :')

Namun ada masanya, walau kita lari dadi masalah ia tetap tidak mengubah apa2. Masalah masih disitu sebagaimana ombak. Kala kau membuka mata tiada apa yg berubah, ombak masih disitu dan kau masih bergelumang sendirian. Berlarilah, berenanglah ketepian. Kerna usaha itu walau sikit akan membawa penyelesaian.

Ps:
Wuuuu sedih seposen sbb lebih enak dilambung ombak kecil itu dan ingin terus disitu.

Merdeka

Merdeka??
Apa lagi yang tertinggal dalam diri kita mendengar kalimah keramat merdeka ini?
Sekadar satu hari cuti? Ataupun adakah kita benar2 merasai nikmat sebuah kemerdekaan itu?

Bukan mudah bagi kita memahami hakikat satu kebebasan itu bilamana bukan kita yang berjuang untuk mendapatkannya. Seorang manusia lebih mudah terkesan dengan usaha mereka sendiri berbanding merasai nikmatnya perjuangan insan lain. Adakah itu dikira sebagai pentingkan diri?? Hurmmm

Saya kira tulisan ini bukanlah suatu perkongsian, cuma suatu pertanyaan yang telah ramai utarakan. Bagaimana memberi erti kemerdekaan? Adakah sekadar menyanyikan lagu tema? Sambutan perbarisan? Atau sekadar pertandingan mereka logo?

Saya kira semua kaedah ini hampir tidak memberi impak yang besar sekadar memeriahkan suasana cuma. Lihat sahaja di sekolah, pelajar2 ini saban hari menyanyikan lagu negaraku, namun adakah mereka makin cinta pada negara? Tempoh hari saya sewaktu jalur gemilang dinaikkan sewaktu kita merangkul pingan  emas di sukan komenwel, atlet kita juga tidaklah menyanyikan lagu itu dengan banggan. Ok tapi tak elok berburuk sangka, mungkin hati mereka lebih merasai nikmatnya sewaktu jalur gemilang dikibarkan.

Jadi apakah langkah yang sewajarnya dalam memupuk jati diri anak muda masa kini? Saya kira, pendidikan itu harus bersesuaian dengan zaman. Jadi mungkin kita harus fikirkan suatu kerna ia tentang rasa di hati, bukanlah sekadar ilmu di minda.

Wallahualam

#random

Pelajar dan masa.nikmat yg tidak dapat dipisahkan

Masa itu emas
Masa itu pedang
Mada itu nyawa

Pelbagai ungkapan dan pbandingan yg telah dbuat dgn masa. Namun hanya diri kita yang tahu sejauh mana kita menghargai masa.

Ada ketikanya, hari berlalu dirasakan pantas
Ada kalanya, mata mengerling ke jam bkali kali dan seolah2 masa tidak berputar
Walhal masa sentiasa bsifat sama.statik.
Masih lagi 24 jam sehari, masih lagi 60 detik sesaat
Namun knapa kita bisa melihat hakikat yg berbeza tentang masa??

Disinilah letaknya erti masa.
Bila kita asyik berehat masa seolah2 cepat benar berlalu.2 jam berteleku dihadapan tv atau di dalam cinema dirasakan bgitu pendek
Walhal tanpa kita sedari kita telah merugikan 1/12 dr masa sehari kita
Merugikn diri utk beramal dan bmanfaat utk org lain dlm tempoh 2 jam
Satu tempoh yg sgt panjang!

Jika difikirkn satu huruf Allah ganjarkn 10  kebaikan. Bayangkan brapa pahala kbaikan yg bisa kita peroleh dlm tempoh 2 jam berikut??
Astaghfirullah kitalah makluk yg rugi itu

Pelajar sering mengabaikn masa2 kecil spt 5min sblum habis prep, bjalan belenggang kangkung, seolah2 tiada apa2 agenda penting dlm kehidupan. Seolah2 5 min itu tiada harganya

Ya Allah alangkah ruginya die
Kalaulah die sedar betapa banyak fakta yg blh dihafal dlm tempoh itu. Sambil menunggu siren bbunyi, masih sempat kiranya menyiapkn satu latihan matematik.

Masa dan masa
Semua org sedar waktu itu tak akan kembali
Namun xsemua org act seperti yg die tahu
Mungkin tahu itu belum cukup tahu
Atau hati itu masih blum merasai nikmat masa
Benarlah firman Allah,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali ....."