Merdeka

Merdeka??
Apa lagi yang tertinggal dalam diri kita mendengar kalimah keramat merdeka ini?
Sekadar satu hari cuti? Ataupun adakah kita benar2 merasai nikmat sebuah kemerdekaan itu?

Bukan mudah bagi kita memahami hakikat satu kebebasan itu bilamana bukan kita yang berjuang untuk mendapatkannya. Seorang manusia lebih mudah terkesan dengan usaha mereka sendiri berbanding merasai nikmatnya perjuangan insan lain. Adakah itu dikira sebagai pentingkan diri?? Hurmmm

Saya kira tulisan ini bukanlah suatu perkongsian, cuma suatu pertanyaan yang telah ramai utarakan. Bagaimana memberi erti kemerdekaan? Adakah sekadar menyanyikan lagu tema? Sambutan perbarisan? Atau sekadar pertandingan mereka logo?

Saya kira semua kaedah ini hampir tidak memberi impak yang besar sekadar memeriahkan suasana cuma. Lihat sahaja di sekolah, pelajar2 ini saban hari menyanyikan lagu negaraku, namun adakah mereka makin cinta pada negara? Tempoh hari saya sewaktu jalur gemilang dinaikkan sewaktu kita merangkul pingan  emas di sukan komenwel, atlet kita juga tidaklah menyanyikan lagu itu dengan banggan. Ok tapi tak elok berburuk sangka, mungkin hati mereka lebih merasai nikmatnya sewaktu jalur gemilang dikibarkan.

Jadi apakah langkah yang sewajarnya dalam memupuk jati diri anak muda masa kini? Saya kira, pendidikan itu harus bersesuaian dengan zaman. Jadi mungkin kita harus fikirkan suatu kerna ia tentang rasa di hati, bukanlah sekadar ilmu di minda.

Wallahualam

#random

No comments:

Post a Comment