Biasa biasa sahaja tak cukup. Kata nak syurga

Dakwah itu mudah

Itu tagline majalah yang menjadi kewajiban untuk saya membelinya saban mudah. Dakwah. Dulu perkataan itu amat menakutkan aku. Hampir sahaja aku melarikan diri bila bertemu mereka yang ku rasa extreme. Astaghfirullah:(

Aku masih teringat suatu masa dahulu, seorang kakak yang sangat aku hormati dalam kultum (kuliah tujuh minit) beliau mengatakan sesuatu yang sangat menarik minatku, "pelik sungguh insan bergelar manusia ini, menginginkan syurga, namun tidak mahu menjadi baik sangat. Nak jadi baik biasa-biasa sahaja. Sedangkan tidakkah kita tahu bahawa syurga itu serba sempurna, dan hanya dihuni oleh orang yang hampir sempurna. Memang benar tiada manusia yang sempurna, tapi kita kan boleh mengejar kesempurnaan"

Allahu Akbar. Haah. Tak pernah terpikir pula aku hal itu. Menjadi baik biasa biasa itu tidak mencukupi. Kan nak Syurga.
Setakat menjadi baik untuk diri sendiri, tidak pernah mencukupi. Kerna pahala itu tidak pernah berkembang. Bahkan ingin kaya pun, banyak bisnes yang menggunakan konsep MLM. Apa yang mereka dapat mereka kongsi. Kemudian mereka pula mencari klien dan mengedar produk. Dari satu menjadi dua, dari 2 menjadi 4, dari dari 4 menjadi 8. Sedar tak sedar bisnes itu telah berkembang dan dikenali ramai. Hurm begitu jugalah dengan pahala. Sekiranya kita ingin pahala kita berkembang, maka kita harus menyebarkannya. Ilmu yang ada kita amalkan dan kita sampaikan kepada yang lain. Bukankah nabi juga berpesan, sampaikanlah walau seayat??

Subhanallah.

Indahnya syurga Allah. Yang tidak pernah terlihat dimata, tidak pernah didengari oleh telinga.

ALLAHU AKBAR

rinduuuu nye pada haruman syurga. Rindunya ingin bersenang lenang didalam syurga. Rindunyaa ingin bertemu dengan sang Pencipta diri dan Pencinta diri ini.

Allahu Akbar

Dan Engkau Maha Tahu kelemahan hambaMu dalam menutur kata. Dalam menyampaikan walau mudah. Allahu Akbar. Dan aku mohon kekuatan dariMu agar sentiasa sedar dengan nikmat syurga itu. Agar sentiasa bersama dan dipilih untuk bersama orang2 yang menyeru ke Jalan Mu. Dan menyeru bsama2 menujuMu.
Ameen ameen ya rabbal alamin

No comments:

Post a Comment