Buat calon pt3 2014

Banyak keluhan yang saya dengar dan baca dari calon-calon pt3 tahun ini. Rata-rata dari mereka sedih dan kesal dengan perubahan yang terpaksa mereka alami. Perubahan demi perubahan bermula sejak mereka tingkatan satu hinggalah ke detik akhir mereka ingin menduduki peperiksaan sebenar. Format peperiksaan hanyalah diketahui beberapa bulan sebelum menduduki peperiksaan. Kasihan. Sungguh kasihan.

Manakan tidak, jika dulu pelajar2 akan di drill dengan pelbagai bentuk soalan terutamanya dari past years paper. Malah guru2 juga telah arif tentang format soalan hingga perancangan dapat disusun dengan sesempurna mungkin. Tapi tahun ini semua jadi kacau bilau . guru juga terpaksa menyediakan pelbagai bentuk soalan, kalau2 soalan demikiam akan ditanya dalam peperiksaan kelak.

Namun begitu, mari kita semak kembali senario2 di atas
- drill
- format biasa
- drill lagi
Untuk apa? Untuk sebuah A dlm peperiksaan sebenar.

Bukankah salah penilaian seperti itu?? Peperiksaan tidak lagi mengukur kefahaman pelajar dalam sesebuah topik tetapi kebolehupayaan pelajar utk menghafal dan membiasakan diri dengan bentuk2 soalan tertentu. Dan selepas itu kita bersorak gembira dengan A

Duhai calon pt3,
Bersabarlah dengan perubahan ini. Kerana bukan sahaja kita yg sedang berubah. Sistem pendidikan di seluruh dunia sedang berubah seiring dengan arus globalisasi.

Bersabarlah,
Mungkin ramai dari mereka bertanya tanya. Knapa mereka? Kenapa bukan tahun hadapan? Kenapa bukan tahun berikutnya? Semua takut utk menjadi korban arus perubahan. Tapi beruntunglah kamu, kerna bila kita terkorban kita tahu kita memberi manfaat kepada bangsa dan negara. Pahala yang kita peroleh hari ini kerna lelah penatnya perubahan bakal bersambung terus hinggalah sistem ini terhenti. Alangkah indahnya menjadi sebab kepada sesuatu perubahan.

Bersabarlah,
Untuk masa depan negara yang lebih baik
Untuk kualiti pendidikan yang akan ditingkatkan
Untuk melahirkan generasi yang bukan hanya tahu untuk melakukan sesuatu rutin, tetapi yang akan mencetuskan transformasi

Maka bersabarlah

No comments:

Post a Comment