Menjadi air

Air merupakan salah satu unsur alam yang kerap memberi inspirasi kepada saya. Jika ditanya, "pilih satu unsur alam yang awak teringin nak jadi"
Nescaya jawapan saya cukup mudah, air.

Melihat alirannya di celah-celah batu, begitu lembut dan mempesonakan. Sejauh manapun sukar susunanya, ia pasti boleh menyusup di celah2nya.

Menjadi air bererti kita boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan sekalipun; susah ataupun senang.

Menjadi air bererti, kita mampu mengubah batu yang keras hingga mempunyai lekuk, yang penting kuncinya Istiqamah

Menjadi air bererti kewujudannya meberi inspirasi dan ketenangan buat yang melihatnya. Meski dengan mendengar bunyi alirannya di celahan batu, ianya cukup mempesonakan. Bisa menjadi tempat insan melepaskan penat sebentar.

Menjadi air bererti menjadi insan yang lembut hatinya, mudah mendengar kata dan mudah menerima nasihat. Bukanlah keras membatu umpama batu2 di sekitarnya.

Menjadi air bererti menjadi nadi kehidupan dan memudahkan urusan orang lain. Paling tidak membantu secara terus, hadirnya sahaja menenangkan.

Subhanallah, bahkan Allah sendiri menggunakan air sebagai perumpaan dalam beberapa ayatul quran. Dan begitulah hebatnya air.

Dan aku, hanya bermimpi dan bercita2 menjadi seumpamanya :(

No comments:

Post a Comment