Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar
Terlintas untuk buat post tentang my lil cimilre F1. Semalam kebetulan dua orang rakan saya bertanyakan tentang breastpump yang saya gunakan sekarang ni. Kini dah hampir 5 bulan saya gunakan cimilre F1 ni. Alhamdulillah, saya amat berpuas hati dengan breastpump mini ini.
Sebelum menggunakan F1, saya guna medela breastpump. Dan sejujurnya, saya memang dah jatuh cinta dengan medela pump ni. Suctionnya lembut dan tak menyakitkan. Bentuk yang compact dan mudah dibawa ini buat saya tambah jatuh hati lagi. Namun atas faktor masa, saya fikir single pump ni kurang applicable untuk saya. Saya hanya ada gap masa dari jam 2.30 - 3.30 ptg untuk pulang pam, solat dan makan. Dan kalau one side session is 30minit, so saya kena peruntukkan about sejam untuk pam both sides. Jadi, saya pun mula berkira-kira untuk cari double breast pump.
Antara faktor yang buat saya tertarik dengan cimilre F1 adalah
1. bentuknya yang compact dan ringan
2. Bunyi yang senyap
3. Double breast pum dengan scale massage (1-5), suction (1 - 10)
jadi kita boleh pilih kekuatan suction sendiri mengikut keselesaan masing-masing
4. Let down manual setting
kebanyakan breast pump di design dengan massage time 2 minit, namun untuk F1 kita boleh choose sendiri, so kalau by 1min massage dah ada let down, so kita boleh manual setting
5. Back-flow protector
This character adalah yang paling saya suka dan amat penting sebab kita tak nak susu yang dipam mengalir semula ke tube dan boleh akibatkan kulat. Jadi alhamdulillah, setakat ni susu tak pernah back-flow lagi.
6. Botol standard neck
Cimilre F1 boleh guna standard neck size botol. Ciri ni yang membezakan antara Spectra S9 dan CImilre F1 sebab kalau spectra S9 kena guna wide neck bottle untuk collect susu. Or if not kena invest untuk beli converter supaya boleh guna standard neck bottle. Kebanyakan storage bottle yang dijual adalah standard neck, so rugilah kalau nak guna pump collect dengan wide neck pastu kena transfer ke standard neck. Banyak botol kena basuh jadinya nanti.
6. Part untuk dibasuh yang sedikit
Tapi saya kira ciri ni sama dengan kebanyakan pam yang dijual sekarang
dan pam F1 yang saya beli ni didatangkan dengan macam 'freemie cup' tu. Tapi saya tak pernah pakai lagi setakat ni, so tak boleh nak komen. Tapi, salah satu sebab saya pilih F1 ni sebab harga RM700 tu include freemie cup. So berbaloi-baloi investment tu. Insya-Allah in the future saya cuba pakai hehe
Untuk diri sendiri dan ibu-ibu diluar sana, memang betul once dah start kerja memang sangat mencabar untuk luangkan masa mengepam. Tapi bak kata BFF saya, kena ingat susu yang kita pam ni adalah hadiah untuk anak kita. Maka kena usaha sebaik mungkin untuk anak kecil ni. Malah rezeki susu ini pun adalah dari Allah s.w.t. He created and make the best milk for our kids through us, MOMs, hence kita kena usaha untuk anak kita. Sebab rezeki untuk anak itu melalui kita. Maka kesian baby kita kalau kita tak cuba usaha sikit.
2 tips yang saya jumpa dari mana-mana buku penyusuan adalah
1. regular jadual pam
2. Pam hingga kosong - satu session ideal adalah 20-30 minit
Insya-Allah kita pakat-pakat betulkan niat dan berusaha
kerana ada ganjaran pahala Allah nak berikan disitu
Begins with the end in mind 🌈 Hidup, harapnya bukan sekadar hidup 🌈
Kidzoonia @ Aeon
It was a joyful moment seeing hannah enjoying herself at kidzoonia klebang. Even me as a mom feels happy for her :)
Saya amat tertarik dengan tagline tempat ini "belajar melalui bermain" n i totally agree with the idea.
Kalau tak silap saya, idea tempat ni berasal dari Jepun. Sebelum menapak masuk, mereka akan beri setiap pelanggan sebuah bakul bernombor untuk isi selipar dan keperluan lain. Then bakul tu kita letak di rak mengikut nombor. Macam tadika kan, comel :) Kemudian, setiap pelanggan yang masuk pun diwajibkan untuk memakai stokin. Mungkin hygine factor. Ibu bapa pun bebas menamani anak2 bermain.
Dalam kidzoonia pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak2. Utk kids, ada stesen2 mini yg mcm ala2 kidzania kl; ada booth hospital, sushi, supermarket etc. Anak2 boleh naik kereta yg depa kena gerakkan dengan kaki and berlakon ala2 customer gitu. Ada jugak gelongsor n permainan yg best.
Tapi since hannah baru 8 bulan, tak banyak yang di3 boleh cuba. Hannah hari ni dok dalam lautan bola. Rupanya anak kecil ni sebenarnya takut ya dengan surface yang dia tak biasa. Hannah lagaknya berhati-hati sangat dalam nak merangkak ke depan. Tapi saya tumpang senang melihat dia gembira. Hannah try main blok kayu, and gelongsor. Maybe mak dia yang terlebey sukanya kan =p
Bagi kanak-kanak sekitar setahun lebih boleh main dengan pasir. Agaknya macam seonsory sand. seronok juga dok perhati anak2 kecil ralit bermain di situ. Ada juga ibu bapa yang menunggu dari luar memberi sokongan.
But the whole idea is I think this is a great place to spend time with your kids. Especially on weekend. Jika berkesempatan dan berpeluang, anda boleh turut mencuba.
From what I observe, chinese sangat menitik beratkan hal2 begini. Kelas-kelas renang, piano, dan badminton misalnya dihujani oleh orang-orang Cina. Mereka tak berkira menghabiskan duit dalam aktiviti sebegini. Saya pernah melihat yuran yang dikenakan; agak tinggi I would say dan saya pun mungkin berkira2 nak spend ke situ. Namun saya menyimpan impian untuk melakukan hal yang sama, Insya Allah. Aktivit2 ini saya fikir membentuk disiplin dan jati diri dalam diri anak2. Skill-skill ini sangat berguna dalam menjadikan diri kita seorang yang balance physical, emosi dan mental.
Ya Allah, bantulah kami dalam menjadi ibu bapa yang terbaik buat kebaikan dunia dan akhirat anak kami, ameen
**Kredit kepada Aeon Klebang kerana menukar telekung setiap hari mengikut kod warna untuk memastikan keselesaan pengguna surau dalam melakukan ibadah; semalam sabtu - Kelabu
Hannah at 8 months
Alhamdulillah tsumma alhamdulillah
Hari ni hannah ke klinik utk monthly check-up. It is not necassary, but since her weight being stagnant for the past 3 months, hence this visit is a must.
Hari ni hannah ke klinik utk monthly check-up. It is not necassary, but since her weight being stagnant for the past 3 months, hence this visit is a must.
And i am sooooo happy, Alhamdulillah for her weight increment. She is now a healthy baby at 7.7kg. Saranan nurse mkn nasi menjadi nampaknya huhu
At this stage, hannah aktif merangkak dan memanjat. Kalau saya tinggal sat je kt ruang tamu, maka bergemalah rumah dengan esak tangisnya. And mmg xlama dia dh sampai ke dapur, tak pun bilik laundry.
Since dia dh pandai nk bangun, time kita solat pn die sibuk nk panjat. Time jatuh tu jatuh juga. Makanya kalau solat pn kita jadi berubah kedudukan sbb nk elakkan die time turun sujud. Rasa malu dengan tuhan sbb solat; perkara yg plg utama pn jd kurg berkualiti. Allahuakbar. ***Ya Allah terimalah amalan ku yg xseberapa ini ya Allah. ***
Alhamdulillah now hannah pn dah mula naik gigi. Gigi sulungnya is gigi atas tengah. Now nampak mcm 2 gigi bawah nk naik juga. Pliss hannah, be good to me n no gigit2 plissss..and slowly kena train hannah to stop her thumb sucking habit
Subscribe to:
Posts (Atom)