"Depan org tua, jalan kena menunduk"
"Jangan bahasakan diri 'aku' 'engkau' or nama dengan adik beradik"
"Ambil makanan yg plg dekat dengan kita dulu, kemudian hulur kpd org lain"
"Jangan bahasakan diri 'aku' 'engkau' or nama dengan adik beradik"
"Ambil makanan yg plg dekat dengan kita dulu, kemudian hulur kpd org lain"
Berikut merupakan contoh nilai atau perlakuan seseorang dalam masyarakat. Namun nilai tersebut berbeza antara satu individu dengan yang lain. Ada yang merasakan menjulurkan tangan mengambil lauk yang jauh itu suatu perkara yang biasa namun ada sebahagian yang lain merasakan halitu kurang sopan. Ada yang merasakan bahawa menghidang cawan tanpa piring itu ibarat orang tak berbaju manakala ada yang merasakan hal itu lebih praktikal kerana minum hanya perlu air dari cawan, jadi tanpa piring tujuan itu masih boleh tercapai.
Adoi . kadang kadang hal ini memang mengelirukan. Bagaimana harus kita beradab atau berkelakuan sebenarnya? Yang mana sopan dan yang mana tidak?
Nilai atau tatacara ini mula dibentuk oleh ibu bapa di rumah. Benar, rumah merupakan sekolah pertama anak -anak. Di rumah lah anak2 mula diajar tentang nilai dan adab sopan, apa yang baik dan mana yang tidak. Ibu bapa tidak boleh memandang enteng hal 'remeh temeh' ini. Cara anak2 berbahasa dan berkelakuan. Semuanya perlu diperbetulkan berulang kali sejak kecil lagi. Itulah pendidikan yang sebenarnya; membentuk nilai dan jati diri seseorang.
Saya masih ingat lagi, setiap pagi, umi akan berpesan hal yang sama. Saya ulang, setiap hari. "Bangun pagi, lipat selimut, kemas katil. Then bukak langsir biar udara pagi masuk. Mandi, sapu bedak sikit rambut. Malas pakai bedak meh umi tepek tepung gandum, malas bubuh minyak rambut meh umi boh minyak masak". Setiap pagi umi ulang dan ulang benda yang sama sampai abah minta umi 'tape'kan semua pesanan itu, sebab sama jek ayat setiap pagi, macam radio buruk kata abah.lol. tapi dek kerana pesanan berulang kali itulah akhirnya semua hal itu kini menjadi habit atau rutin harian kita.
Namun nilai antara individu itu berbeza antara satu sama lain. Ada yang merasakan sebutan 'tahi' itu tidak sopan, manakala ada yg rasa 'ok jek, kalau x nak sebut apa'. Ada yang rasa sebutan 'babi', dan 'bodoh' itu hanya mainan bibir, namun ada yang rasa terasa hati bila kata2 itu dpalitkan kpdnya. Semuanya bergantung kepada didikan atau surrounding mereka. Saya masih ingat ketika mula2 masuk ke sekolah asrama, ada senior kata "kurang ajar", saya memang menangis ketika itu. Rasa macam dihina dan diherdik oleh mereka. Namun, selepas beberapa ketika, perkataan itu menjadi biasa, kerana mereka bukan maksudkan seperti yang kita faham. Mereka hanya menyebutnya kerana terbiasa dengannya. Poor them.
Nilai juga akan berubah dengan peredaran masa. Ibu-ibu kita mesti pernah sebut, bangun pagi kena mandi, duduk elok2 jangan dok terkangkang, tulis kena kemas2, cakap biar berlembut, nada jangan meninggi. Namun segalanya berubah sedikit demi sedikit. kadang2 saya lihat remaja hari ini, saya pun keliru. Rasanya tak jauh mana beza usia, tapi nilai kita jauh berbeza. Duduk di asrama, saya asyik terkejut mendengarkan butir bicara mereka. Perkataan bodoh, gila main2 jek disebut. Saya dan suami asyik geleng kepala dari dalam rumah. *sigh*
Namun, adalah tidak valid jika kita kata hal itu berbeza bagi setiap individu. Pasti ada neraca untuk menentukan hal itu betul atau salah. Walau masa berubah, perkara betul akan tetap betul, dan yang salah akan kekal salah. dan saya percaya itu adalah ISLAM. dan sebaik-baik contoh adalah RASULULLAH s.a.w
No comments:
Post a Comment