"Perokok ni jahat ke cikgu? "

Satu situasi dalam bilik darjah

Pelajar: "cikgu, pada pendapat cikgu orang yang merokok tu jahat ke? "

Cikgu tersentap. Saya tahu pelajar tersebut merupakan seorang perokok tegar.
Cikgu: "pendapat awak bagaimana? "
Pelajar : "saya tak tahu sebab tu saya tanya cikgu"
Cikgu : "awak buat, mesti awak tahu nilai diri awak"
Pelajar: *tersenyap* "saya puntak tahu cikgu, sbb d rumah saya, abah saya rokok, abang saya pn rokok. Abah saya siap boleh berkongsi rokok dgn saya. Jadi saya pun tak tahulah"

Di umur remaja, pelajar mungkin sedang menjustifikasikan diri mereka, apa yang betul apa yang salah, mereka orang baik atau jahat. Nilai2 diri utk dibentuk oleh banyak sebab. Dan saya yakin dan percaya ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan nilai seseorang. Persekitaran yang dibentuk oleh ibu bapa membentuk diri seseorang. Jika kemas rumahnya, maka kemaslah dia. Jika ibunya seorang yang well organized maka dia pun akan begitu. Jika di rumah rokok mereka akan merasakan hal itu adalah biasa.

Pembentukan nilai tidaklah semata-mata dibentuk oleh persekitaran. Ia akan berubah dengan bertambahnya ilmu, dan pengalaman. Sebagai contoh, jika sebelum ini kita merasakan percakapan mencarut itu biasa, namun bila kita tahu bahawa di syurga itu tiada percakapan yang dusta, maka perlahan-lahan kita membaiki percakapan kita. Jika sebelum ini kita suka minum air teh ais lima kali sehari, tp lepas diagnose dgn diabetes, kita akan mula mengawal diri dan berpantang.

Begitulah manusia. Kita berubah seiring ilmu pengalaman dan persekitaran. Namun bukankah lebih elok jika jati diri itu terbentuk dgn neraca yang benar, dgn ilmu dan bukan ikut2an.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment