Bayi cirit birit : "Najis bayi warna putih" and some tips.

 Catatan pengalaman sepanjang Nusayr cirit birit.

Hari ini merupakan hari ke 6 Nusayr (7 bulan) cirit-birit. Bermula hari sabtu yang lalu, Nusayr beri-beri (read: berak2). Rasanya dalam sehari, lebih sepuluh kali pampersnya perlu ditukar. Kadang pampers tu memang banyak isi, atau kadang macam sekadar terkentut begitu. Tapi sebab baru sehari saya rasa, x pa ok, kita tunggu esok. Dan pada hari ahad dia macam beransur ok sikit. Tak banyak beri2. Tapi pada malamnya badan Nusayr mula panas dan dia merengek susah tidur, hari Isnin sewaktu cuti wesak dia berak2 lagi.Tapi kami rasa walaupun dia beri2 dia masih aktif dan mahu minum susu dan makan. Walaupun ada muntah, tapi dia masih mahu menyusu. Jadi saya lega sikit. Cuma kalau suhu badannya tinggi, saya beri ubat demam 2.5ml. Oh and sebab banyak kali ditukar pampers, punggungnya merah2. Dia jadi marah bila dipakaikan pampers. Ada satu malam tu, memang tidurkan dia tanpa pakai apa2. Barulah mudah dia tidur. Tapi memang kena redha-kanlah karpet, cadar, baju kita pakai kalau terkena tu 😅 yang penting dia dapat tidur, dan kita pun dapat berehat.

Selasa saya masuk kerja dan pengasuh beritahu Nusayr masih beri2. alahai kesiannya. Malam tu saya cuba beri ORS pula sebab bila baca2, untuk pastikan bayi terhidrat, kita boleh beri ORS. Saya bancuh sepaket ORS bersama 250ml air (1 cawan) dan beri melalui picagari. Sikit-sikit tapi kerap. Mungkin malam tu dia dapat minum dalam 50ml ORS sebelum tidur. Jadi sebagaimana rutin biasa, sebelum tidur saya menyusukan Nusayr. Allahu, tiba2 dia muntah banyak dan laju. Mungkin istilahnya, macam projectile giitu. Walau lepas muntah banyak, dia masih minta susu, jadi saya susukan lagi sebab fikir lepas dia muntah, mesti dia lapar, jadi saya susukan lagi. Namun, sekali lagi dia muntah dengan banyaknya. 😰 Saya nekad, esok mesti jumpa doktor!!

Jadi keesokan harinya saya mohon CRK dan bawa dia ke klinik. In addition to that, pagi tu Nusayr beri2 warna putih. Mula2 tu saya macam oh mungkin kuning cair kot, saya salah nampak. Tapi kali ke-2 dan ke 3 pun masih putih. Putih yang macam warna susu. pendek kata macam tau fu fa tu. Di klinik, saya cerita panjang lebar, dan doktor kata bayi masih aktif, Jadi doktor kata OK dan doktor beri ubat tahan muntah, ubat cirit-birit dan ubat demam. Dia tak mention apa2 pasal beri2 putih. Jadi biasalah, "asian mom" mula lah google situ sini dan dari pembacaaan tu risau pula sbb katanya takut hatinya problem. 

Gulp. Jadi lepas tu kami telefon ke TSMC untuk berjumpa pakar kanak-kanak. Tapi slotnya jam 1-3 ptg dan penuh. Jadi kami ke Tawau Specialist Hospital dan katanya boleh walk in. Alhamdulillah dapat berjumpa doktor pakar di situ. Penerangannya sangat jelas dan terperinci. Kebetulan Nusayr pun poo-poo di situ, jadi senang, saya tak perlu nak describe lebih2. Doktor dengar dan jawab setiap pertanyaan saya. Terima kasih Doktor. 

Dari perjumpaan bersama doktor saya catatkan beberapa perkara penting,

  • bayi apabila cirit-birit perlu dikurangkan pemberian susu badan. Beri bayi susu dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap (2 oz) dan beri dia kenyang dengan bubur kosong. Itu pun tidak perlu banyak, sekadar alas perut
  • najis putih bayi ini kerana ususnya tidak dapat mencerna makanan. Jadi apa yang masuk, akan terus keluar. Sebab itu baunya macam susu basi
  • cirit birit berlaku kerana jangkitan kuman pada usus. Mungkin makanan yang kita beri hampir basi jadi mengandungi toksin, atau kemungkinan yang lebih besar, bayi usia 6 bulan - 1 tahun, memasukkan bendasing yang kotor ke dalam mulutnya.
  • Ibu perlu risau dengan najis putih sekiranya disertai dengan matanya kuning, dan kencingnya kotor (berwarna teh o). Dan lebih bahaya sekiranya disertai dengan darah.
  • ORS selamat diberikan kepada bayi. Cara bancuhan : mesti dibancuh satu paket bersama 8oz air (240ml air) dan kemudian diberi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit. Jangan kerana kita mahu gunakan sikit jadi kita bancuh separuh paket dgn separuh air. Beri sikit-sikit dan lebih baik guna picagari kerana anak2 associate botol susu dengan susu. Jadi mungkin anak akan reject jika diberi melalui botol susu.
  • Wet tissue is a BIG NO for now. Setiap kali mahu cebok, basuh bayi dengan air mengalir di tandas, atau sinki. Selepas basuh, 'pat dry' (macam tepuk2 lap dengan tuala), kipaskan dulu untuk pastikan permukaan punggung bayi benar-benar kering. Kemudian sapukan 'nappy cream' dan barulah pakaikan pamper. Kuncinya, PASTIKAN BETUL-BETUL kering dulu.
  • Najis bayi akan beransur-ansur bertukar menjadi biasa kembali dalam 3-4 hari. Coklat-kuning hijau- kuning cair - putih - kuning cair - dan kuning biasa kembali. 
ddoakan Nusayr kembali sihat ya. Semenjak sakitnya, senyumnya pun mahal sda. dan beratnya pun susut. Dari 10kg sekarang tinggal 8.8kg shj. Kata orang bugis, sebab itu kita tidak boleh tegur anak kecik, "gendut, comel, chubby" dan yang seangkatan dengannya, sebab nanti mudah sakit dia. Ada yang bilang, nanti merajuk dia dan susut badannya. Hihihi. Kalau cerita dengan orang bugis memang akan terkenalah 😋 

Penyesalan seorang umi, sulung menjadi mangsa

Just my random post. Hannah is now at 6 yo and looking at her i have so many penyesalan. Nowadays almost setiap masa kena marah / tegur. Ada jek yang tak kena dimata aku. "Hannah jangan tutup pintu kuat, hannah kenapa biar jek adik nangis, hannah jangan buat mata tebalik macam tu, hannah jgn buat mulut lembik (menganjing adik dia), and the list seems like has no ending at all. Ada sajalah kena tegur dia ni. Sampai satu hari dia panggil aku dinasor di bilik kerja ku. Ya Allah kalau di rumah tu lama dah kena cubit rasanya, nasib dia baik sbb aku masih di ruang kerja. Tho mungkin dia tak boleh nak luahkan begitu kalau di rumah sahaja sbb mmg confirm kena marah, jadi ambil peluang sbb dia tau kalau di sekolah cubitan tu tak kan sampai, setakat mata jek mampu aku jegil.

Tho kadang2 bila reflect balik semua reaction dia tu sebenarnya dari aku juga and of coz tambahan dari cartoon2 yang dia tonton. Sometimes bila adik menangis mmg dia buat tak tahu jek, ralit dengan menonton tv sampai adik pun tidak diendahnya. Adik dah menangis meraung berjurai air mata, tapi dia masih asyik tonton tv sambil menghisap jari sedang aku terkocoh2 siapkn juadah di dapur ataupun sedang lengkapkan rakaat solat. Memang marah juga aku bila tgk dibiarkan adik tanpa rasa ingin m3mbantu tu. Tapi sebenarnya yang aku marah lebih adalah sebab aku tak dapat siapkn kerja ku dgn tenang, atau aku tak dapat gendong adik sbb tanganku perlu utk urusan lain. Jadi dimarahi si kakak kerana tidak m3mbantu si ibu. Wajaran itu macam kurang tepat ku kira, kerana itu mmg tggjawab ku dan si anak hanyalah membantu. Sigh. Tho, ya memang perlu si kakak dibentuk utk membantu ibu menjaga adik, tapi bukan dimarahi kerana tidak menjaga adik. Nah, selepas dimarahi begitu, barulah hannah l3bih sensitif bila dengar adik menangis. Digendong adiknya juga walau kadang aku risau tgk cara gendongannya. Tapi alhamdulillah.

Kemudian ku lihat hannah buat mulut lembik pula. Mungkin kalian x faham apa maksudku dgn mulut lembik sbb suamiku juga tidak mengerti awalnya istilah ku itu. Tapi bagaimana ya, macam di "nye nye nye" atau dimimik nangis adiknya tu seperti mengejek. Bila si hannah begitu, makin kuat teriak tangis adiknya. Aduh bising betul bila begitu. Sekali lagi umi jadi singa. Tapi pernah si hannah bilang, "umi jangan buat begitu nanti anak2 umi tiru". Allahuakbar. Bila diingat kembali, ada sekali 2 aku buat b3gitu bila adik nombor 2 nya nangis, dan diperhati si kakak. Maka secara tidak sengaja dia mengikut. Selepas ditegur si hannah aku memang nekad dan tidak pernah ku buat lagi. Tapi bila sudah si hannah mulakan, susah pula dia mau berenti. Jadi habit pula dia. Aaaaggghhhhh kenapalah dulu aku buat walau sekali di depan anak pula tu !!!!!!!!!!!!! Salah aku, dan memang salah. Untuk putar balik waktu untuk tidak dia lihat itu suatu yang tak mungkin dapat aku buat :"(
Jadi sekarang aku berdoa agar dicabut kelakuan tidak elok itu dari anakku agar dosaku itu tidak berterusan. Allahu. Risau nanti dibuat kepada anak kecil yang lain. Allahu minta dijauhkan ya Allah.

Kadang begitulah ibu2, rasa macam perlu sempurna untuk menjadi seorang ibu itu. Kadang kerana salah laku kita tempiasnya kepada perilaku dan akhlak anak2 yang akan dibawa sampai mereka dewasa. Namun aku percaya its a learning process for everyone and of course it is not easy. Kepada yang naturally bukan kids lover ni seperti aku memang amat sukar. Macam pura2 tu. Kalau tgk rakan2 bila sembang dengan anak kecil, lain nada mereka gunakan. Pandai mereka membawa perbincangan dengan anak2. Ishk betul aku memang xpandai. Bila anak ingin bermanja2 tu kadang aku mcm rimas. Tak pandai aku. Pernah juga si kakak bilang, "umi ni tak suka pimpin tangan anak2 umi, ummi ni dah tak loving2 hannah mcm waktu hannah kecik, ummi ni sayang adik2 jek, etc" (ishk pandai betul lah mulutnya ni kan) 

Kadang anak yang sulung itulah seakan menjadi mangsa kita, m3njaga si adik, dimarahi kerana expectation kita yang tidak dipenuhi sedangkan dia masih anak kecil yang perlu disantuni. But again, its a learning process ibu. And we keep on learning and perbaiki from time to time. Allahu. Maafkan aku ya Allah, ampunkan aku ya Allah. Anak2 ini amanahMu yang perlu ku jaga, dan aku bersalah ya Allah kerana tidak menjaga dan sering memarahi mereka. Sedangkan anak2 ini pinjamanMu kepadaku. Ya Allah, hati2 ini milikmu Mu ya Allah, dan aku pohon ya Allah secebis kasihMu ke dalam hatiku. Bantulah aku untuk menyayangi dan menjaga anak2 ini dengan penuh kasih sayang ya Allah. Bantulah aku untuk meneladani Rasulullah yang setiap insan merasa dikasihi seistimewanya bila berada disamping baginda ya Allah. Bantulah aku yang lemah dan serba kekurangan ini ya Allah. Limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMu ya Allah kepadaku hambamu yang lemah lagi hina ini.

Review Bersalin di Annisa Kota Bharu Musim PKP

Alhamdulillah hari ni baby N dah masuk hari ke 8. Sepertimana abang dan kakak sebelum ni, dia pun ada jaundice juga 🤒 Semoga cepat sembuh dik

Entry kali ni ditulis sebagai catatan pengalaman melahirkan baby N sebab diri sendiri ni jenis pelupa 🤭

On 24th Sept 2021 after isya saya perasan dah ada darah turun. Oh so this is new i thought. Because hannah sebelum ni turun tanda mcm lendir, while nufayl pula lendir + darah, but this time blood only. So I thought kena bersedia ni. Previous days before perasan juga memang kerap turun lendir n org2 tua kata baby dah turun, or doctor kata baby dah engage. So saya pun dah bagi tau abah hannah utk ready kot mlm ni kna g hosp. 

Malam tu nufayl mcm biasa at 1040 dah ajak masul bilik utk tidur and uminya pun mcm biasa tertidur sekali 😂😅 Starting at 12 dah terjaga, rasa lenguh2 biasa. Sapu yoko-yoko and sambung tidur lagi. But start pukul 2 tu perasan yg sakit dah makin kerap. So saya pun bangun kemas2 beg n mandi siap2. Pukul 3 kejut suami ajak pergi hosp n bagitau nekwa. By 330 am kami pun ke hosp annisa. 

Keadaan sunyi sepi bandar kota bharu dan pagar hosp memang sedia terbuka. Tapi suami mundar mandi banyak kali juga pagi tu memanggil nurse / guard tapi tidak menyahut. Lena tidur agaknya. Jadi saya pun buat panggilan dan nurse angkat, barulah kami di attend. Nurse maklumkan yang wad single bed penuh, maybe pukul 12tgh baru kosong sekiranya ada patient discharge. Jadi saya mula teragak2 sebab kami memilih ke swasta utk dapatkan privillage suami teman ketika melahirkan dan bilik single. So on that dot suami call ke HUSM utk bertanyakan ttg wad swasta, namun sama juga. Katil mereka juga penuh dan hanya akan kosong selepas tgh esok. Jadi suami pun terus buat keputusan untuk proceed dengan annisa.

Selepas itu barulah kami mengisi borang saringan covid dan menjalani RTK test untuk admit. Selepas dipastikan negatif covid, kami dibawa ke labor room dan mesin CTG dipasang untuk memantau tahap contraction. Mungkin ketika itu jam 4 lebey pagi. Contraction makin kerap dan bibir terus membaca zikir nabi yunus. Alhamdulillah zikir tu memang diletakkan di depan katil, jadi sangat membantu utk kita yg senang lupa bila sakit tu. Nurse cadangkan untuk tukar ke posisi mengiring. Alhamdulillah posisi tu sangat membantu mengurangkan kesakitan dan membantu untuk baby turun cepat. Sempat jugalah saya brief kepada suami mesin fungsi mesin ctg etc sbb suami kali pertama dapat melihat dari awal proses ni 😇 

tak lama selepas tu ada sorg lagi patient nak melahirkan. Jadi nurse attend patient tu dulu..boleh dengar adik tu menahan sakit. Tak lama lepas tu dengar adik tu selamat melahirkan baby, alhamdulillah. Then nurse datang ke tempat saya dan saya bagitau yg baby mcm dh kat bawah sangat. Doktor datang cek dan bagitau yang bukaan dah penuh. Saya pun betulkan posisi badan dan pegang kedua-dua buku lali. Doktor pesan, bila rasa sakit baru push. Ya Allah, berdebarnya. Dan alhamdulillah jam 5.29 pagi baby boy kami selamat dilahirkan. Subhanallah alhamdulillah Allahuakbar 😊 doktor pun letak baby di dada utk bonding time tu. Sementara tu doktor keluarkan uri dan darah etc. 

Selesai semua barulah bermula proses jahit yang sentiasa menjadi ketakutan saya. Masih teringat2 proses jahit di husm 2 tahun lepas. Blh rasa benang yang ditarik tu dan lamanya. Teringat beradoi2 tu. But alhamdulillah this time pengalaman yg baik. Doktor minta izin untuk suntik ubat bius dan itujek yg sakit sikit. Mcm gigit semut jek. Then proses menjahit tu xdelah kita ngilu. Alhamdulillah lega sangat. Doktor jahit pun sekejap jek. Boleh chill n borak2 ngan doktor. Sama macam sebelum ni, this time pn 1st degree tear. Tho xangkat punggung n sekali teran jek, but its normal lah sikit koyak. Yang penting xdelah koyak zig-zag ke apa kan 😅 time ni baby nurse dah letak kat warmer. Blh kita nampk baby dr katil kita. Senyap jek baby N ni. Baby sebelah dok nangis pn dia bertenang jek. 

Then nurse mandikan. Nurse tanya if kita nak dia bersihkan uri. Nanti akan ada extra charge RM40. Kami setuju sebab once dah masuk dlm hosp both husband and wife boleh keluar bila doktor izinkan utk discharge. Suami pun azankan baby. Then kami rehat jek di LR sehingga jam 7 mcm tu barulah nurse bawa ke wad 5 bedded. Alhamdulillah memang selesa walaupun bukan single bedded sebab setiap katil ada disediakan sofa yg 3 seater tu, jadi bolehlah si abah baring2 rehat sekali. Di wad kami dihidingkan 2x maka; Breakfast dan lunch. Utk yg menunggu menu lain disediakan, ada few options including nasi kak wook, nasi dagang, n lunch pn ada options mcm nasi grg, mee grg kalau xsilap. Utk mommy xde pilihan ya, makan jek apa yg dihidang n as expected, nasi + ikan bakar + sup sayur + orange. But memang sedap lauk2 tu 😊😊😊 since doktor bagitau saya boleh discharge after 12 hours, dlm pkul 5 petang jadi xdelah dinner. Doktor pakar kanak2 akan datang cek anak while doktor ong akan cek ibu. Nurse akan pantau bp berkala. Tapi mcm sekali jek hr tu rasanya. Di sini tidaklah seperti di husm yang sekejap2 ada jek yg datang round. Ada nurse cek bp mcm 3jam sekali, ada doktor bahagian lactation ajar menyusu, ada doktor pelatih round, ada doktor MO plak datang round, and ada nurse yg dtg utk cek jahitan etc. Lebih detail and teliti lah check up di husm. Maybe sbb banyak layer hierarchy doktor tu. Cuma bhgn cek pendengaran tu mcm xde kat sana. Or mayb mereka tak take note dlm buku nufayl kot. Oh and kat sini nurse bekalkan susu botol siap2 just in case susu kita tak banyak n baby xpandai latching lagi. And baby N ni pandai minum botol plak. As preparation saya tanya susu apa nurse bagi sbb sblum ni payah juga. Saya ingatkn sbb puting tu pjg sgt. Tapi nurse kata selalunya sbb susu xsesuai bukan puting. Ni susu S-26. Kami pn oooooooo besar jelah. Susu mahal, patutlah pandai minum 🤭🤭🤭

The rest of the day is just sleeping jek. Siap sempat tgk netflix tanpa gangguan anak2 k 😅 Toilet selesa lengkap dengam hot shower and really close to my bed. Ni sebab wad 5 bedded kan. Kalau single bed tu dalam bilik kita jek. Lepas settlekan bill payment and dapat goodies, alhamdulillah kami pun bersiap2 utk pulang 😊😊😊 Nurse hantar kita balik sampai masuk kereta dgn wheel chair.

It was a trully good experience here at annisa, other than waiting time at night tu. And kalau ikutkan pakej tu dlm RM2799 but we paid more than that. Suami pn xtanya knapa ada extra charges tu. But maybe utk RTK RM180 (2 org) + makanan penunggu (bfast + lunch). RM40 basuh uri tu bayar cash. Selebihnya xtau utk apa extra tu. Suami kata, biasalah tu swasta. Always kna ready extra than what they mention.

Nufayl at 4 months old

Alhamdulillah tsummah alhamdulillah

Hari ni 03/01/2020 Nufayl genap 5 bulan dan semalam selepas sebulan bercuti, nufayl kembali ke rumah pengasuh. Sedih rasanya bila sebulan bersama dia siang malam, now pagi2 dah kena hantar ke rumah pengasuh dan jumpa semula ptg. Less interaction time dgn baby. Yet, alhamdulillah, mana ada kerja lain yg dpt cuti lama macam tu kan #begrateful 😄

Nufayl diumur 4 bulan berjaya pusing badan dah, tho selepas sebulan bercuti masih begitu juga 😂😂😂 xmenjulur ke depan mahupun blkg..dok berenang di daratan hihi pastu marah2 sbb xgerak

At 4 moths old jugak, tangan dia dah boleh mencapai sesuatu objek, especially right hand dah blh grasp things yg kita bagi..sempat jugalah tumpah air mak sebab xsangka tangannya sampai

As baby learns through masukkan things dalam mulut..now i need to be extra careful with things around him..better make sure x tajam n bahaya..which includes his own nails..dah berapa kali calar muka, kepala 😅 *blame her mom

Sejenis penggayat seposen..kalau mandi mesti nak pegang anything as a support..selalunya bath tub..kalau mandi kat sink menggagau die cari side blh pegangbhuhu..kalau kita dukung, tudung kita baju kita, apa saja yg dekat, yg ptg mesti genggam punya..

Owh n nufayl ni memang peramah n murah senyum..bangun pagi2 dah menyembang..sukalah orang nak melayan dia dengan muka manis tu alhamdulillah..jgn ikut umi yg sll mencuka ni taw dik

Alhamdulillah its a fun experience to jot down as i hope not to forget these