Tapi, rata-riti ana sangat senang melihat anak-anak kecil yang mula bertudung sejak kecil. Wagh comel sekali mereka. Alhamdulillah juga dengan arus tudung sebegitu, anak-anak kecil terdedah dan berminat dengan tudung sejak di awal usia. Moga-moga, lama kelamaan, tudung itu akan menjadi lebih sempurna dan meng'hijabi' kita (ana dan antum) sekalian.
Cukup bab tudung yang mula2 menarik perhatian saya sejak saya menjejakkan kaki di tanah air. Next is cara kita. Cara jalan kita yang 'lemah lembut' ni memang cukup merimaskan saya. Atau mungkin saya yang sering bergerak laju. Gerak perlahan dan kurang active ini bagi saya melambangkan gerak fikir kita, pola pemikiran kita. In psychology, gerak jalan boleh mempamerkan tujuan kita. Mereka yang berjalan laju atau agresif, merupakan mereka yang jelas matlamatnya dihadapan, atau punya urusan yang sedang difikirkan. Wallahua'lam, saya juga kurang arif kerana saya juga bukan mengambil kuliah psychology;) mungkin bukan bergerak laju itu matlamatnya, tapi paling tidak bertenaga. Mengingatkan orang2 di bumi kiwi, semuanya jalan dengan penuh bertenaga dan berfokus. "Agh mungkin oorang bekerja jekot!!" Ok, mungkinlah. Tapi bila mereka di shopping complex pun sama juga. Kerana itulah mereka, dan cara hidup mereka. Dari gaya jalan, kita tahu mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat. Dimana-mana sahaja, tak kira pagi atau petang, kita boleh lihat orang berjogging. Even di musim sejuk sekalipun. Jadi, mereka telah terdidik untuk bergerak active, dan tidak malas-malas. Harap, my very own tempo berjalan pun tak ter'affected'.
Dan bila menyoroti kedai-kedai pula, hairan melihat promoter itu berdiri tercegat sahaja. Hmm agaknya apa yang mereka bayangkan skop kerja mereka ya? Adakah yang berada di kedai kasut itu, sekadar mengambil size kasut yang dikehendaki customer? Ya itu termasuk. Tapi yang menjadi highlight saya adalah, cara layananan. Maaf, sekali lagi, jika di New Zealand, pertama-tama kita akan disapa mesra, "How was your day?" yeah, kadang2 bosan jugak sebab macam dah jadi formaliti untuk bertanya. Tapi saya suka nada yang mereka gunakan, ceria sahaja. Dan akak itu bukanlah tercegat di pintu menanti customer semata, mereka semua aktif ke sana kemari. menyusung atur kedai, melayan pelayan lain, dalm erti kata lain, semua pun tidak duduk diam. "agaknya kedai tu selalu bz, logiklah dia macam tu" nope, nope, even kedai itu tiada pelanggan, mereka tidak akan duduk diam, ada sahaja kerja yang mereka lakukan. Dan yang saya paling gemar adalah, senyumnya berterusan, ceria memanjang. Gaya orang yang selalu ke kedai kan, and yup! Yes I did, now I miss QS and the people and the environment:')
Pelik, kerna budaya senyum itu seharusnya amenjadi budaya kita orang islam.
“Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” [HR Muslim]
Pelik kerana orang yang harus berfokus dan bertujuan adalah kita, orang islam
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku" [51:56].
kerna orang yang merasakan setiap detik yang berlalu itu itu juga orang islam
"Wal asr" [103:1]
Jadi bagaimana mungkin, hal ini semua boleh berada di negara asing?
dush2x
ReplyDeletehuhu..haah, sye la tu yang selalu jalan lambat.macam kura2. Alhamdulillah, ade orang tu dulu yang selalu tarik tangan saya jalan sama2 dengan dia. moga dia dapat tarik saya untuk sama2 ke syurga jgk..ameeen~ :D