Wirid selepas solat

Alhamdulillah. Selesai sudah menunaikan solat asar. Berteleku duduk di atas lembaran sejadah yang telah lama aku miliki. Mulut terkumat-kamit mengalunkan zikir yang telah lazimi ddengari sejak aku kecil lagi. Kadang2 aku pun meragui bacaan ku, benar ke salah ke. Yang pasti melodi yg aku alunkan saling tak tumpah dengan yang serih ayahku bacakan. Mata mengerling ke smartphone milikku yang tak jauh dariku, "its blinking lah, ada update". Hee tak semena2 hati berbunga:) Tanpa menunda2, tangan pantas mencapai phone kesayanganku ini, sedang mulut masih terkumat kamit, setia mengalunkan bait2 indah memuji ilahi.

*tamat*

Itu mungkin fenomena atau kebiasaan kita bukan. Yelah, mulut zikir apa, xdelah mcm org sombong yang terus lipat telekung lepas solatkan. Still duduk jugak bzikir sebait dua walaupun tak tahu. Salah ke??

Ok2, xdelah salahkan. Alhamdulillah Allah masih memilih kita utk masih bersembahyang, masih bertasbih bertahmid, bertakbir padaNYA. Tapi bukankah lebih elok kalau kita tinggalkan sebentar tumpuan kita pada talifon dan berikan sepenuh tumpuan dan hati kita pada setiap lafaz yang kita ucapkan. Yelah, jika dihitung berapa sangatlah masa yang kita peruntukkan untuk sebenar2nya mengingat Allah. Dalam 24jam kita hidup, mungkin setengah jam sahaja kita duduk memuji Allah. Ya Allah alangkah malunya kita, memuji nya secara lisan, tapi tidak dihati dan gagal dibuktikan melalui perbuatan. Bukankah iman itu gabungan antara niat di hati, pengakuan melalui lisan dan seterusnya diterjemahkan melalui kata2. Malulah kita pada Pemilik kita yang memberi peluang untk kita terus hidup di bumi yang penuh barakah ini. Jika perlu, ketahuilah dan perbaikilah bacaan kita agar ianya memberi impak pada jiwa kita secara menyeluruh.

Mungkin sukar, tapi apa salahnya kita mencuba bukan. Kan, kita nak ke syurga dan bertemu Allah, so kenalah berusaha keras sikit kan.

Wallahualam



http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/01/16/bacaan-zikir-dan-wirid-selepas-sembahyang/

posted from Bloggeroid

Sungguh Aku Tak Sengaja

Pernah terfikir tak bahawa masa lampau kita akan dibongkar satu persatu. Menjadi seorang aku, memang mudah benar detik itu berlalu pergi, tanpa di-register di ingatan. Sometimes, bila teringat zaman kecil2 dulu, tak banyak yang dapat aku ingatkan. Mungkin ada secebis di situ dan di sini, tapi tidaklah tepat.

Tapi kehadiran makcik aku minggu lepas memang boleh buatkan aku terduduk, terdiam, tertumbuk dan seangkatan dengannya. tiba2, sepupu yang lebih kurang sebaya denganku menunjukkan parut di bawah dagunya. Agak panjanglah parut tu. Alhamdulillah tersembunyi elok di bawah, tak terlihat di pandangan. Then die tanya, "Kak Ah ingat x ni??" Aku macam, "EErrrr, kenapa yer". So terbukalah kembali lembaran rahsia puluhan tahun dulu.Tak semena-mena darah merah memenuhi segenap pipiku. Malu, sebab parut itu terjadi kerana aku. Bersalah kerana kesan itu selamanya. Kasihan, kerana aku sendiri tidak teringat jenayah itu. Barangkali kalau kes-kes kanak2ku dibuka kembali, mungkin masuk jel agaknya aku.

Astaghfirullah..
Astaghfirullah..
Astaghfirullah..

" Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun. "
[Al-Kahfi 18:49]

Begitu jugalah kitab kita akan dibuka di akhirat kelak. Setiap kisah akan disingkap satu persatu, tanpa tertinggal isinya walau sekelumit cuma. Mungkin kita tak sedar kala itu, dan kita masih boleh berlalu pergi tanpa meninggalkan kesan di hati. Sehari dua, mungkin kita teringat. Tapi dengan beredarnya masa, perasaan itu pn kita tinggalkan percuma.

Dan itu cuma satu kisah yang tersingkap. Bagaimana pula dengan insan2 lain yang akan meminta pertanggungjawaban nanti. Ya Allah takutnya aku menanti hari itu. Jika mendengarkan satu kisah itu pn aku disergap rasa bersalah yang amat, bagaimana untuk berdepan dengan insan2 lain yang akan meminta hak mereka nanti. Dan apa yang akan tinggal dalam kitab kebaikan kita, sekiranya semuanya digunakan utk membayar hutang mereka.

Astagfirullah al-azim

Ampunkanlah aku ya Allah, dan bukakanlah hati mereka untuk mengampuni ku. Kerna aku tak berdaya untuk menanggung kesemua perbuatan ku.

Dan buat insan yang tersakiti, ampunkan aku. Ampunkan kesalahan tutur bicara ku. Ampunkan bahasa tubuhku yang menyakitkanmu. Lintasan hatiku yang terganggu. Ampun dan Ampun

Selebihnya, aku bermohon pada-MU ya GHAFFAR, agar memaafkan kesalahanku, kekhilafanku.

Meninggalkan 21.12.2012

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah. Maha Suci Allah yang telah menerbitkan matahari dari arah timur lagi pada hari ini, dan langit masih setia menanungi kita. Tidaklah Allah menakdirkan langit yang kukuh ini untuk menghempap kita. Dan tidak pula Allah jadikan pasak2 bumi ini, berterbangan bagaikan debu di udara. Alhamdulillah. Kerana kita insan, yang serba kekurangan, penuh dosa, maka kita harus amat bersyukur, kerana Allah masih memanjangkan usia kita, dan juga usia bumi ini, untuk kita memohon ampun akan segala kesalahan, sebelum matahari itu terbit dari arah barat dan dengan itu tertutuplah pintu taubat itu. Bukalah teriakan gembira yang harus kita lontarkan, tanda gembira kiamat itu bukan pada tarikh ramalan kaum Mayan itu, dan bukan juga mempersendakan tarikh ramalan itu. Kerana hakikatnya, kita juga buta dan jahil dengan Hari Kiamat itu. Hanya Allah, dan Allah sahajalah yang Maha Mengetahui akan bila hari itu bakal tiba, dan kita hanya mampu bersedia.
Wallahua'lam

Dengan berlalunya tarikh keramat ini, kita akan melangkah ke satu tarikh keramat yang lain. OK ready semua, pasang lilin and blow!:) Ok ini hanya imaginasi semata2 kerana kita umat islam mana boleh blow2 candle ni kan heee. Ok tapi mari kita berkenalan dengan watak utama kita hari ini..Miss Priittt Prittt. Ok you know who you are. Alhamdulillah, tho 2012 almost come to an end, her birthday is finally here. So lets sing and congratulate her for this wonderful 2* years
Happy Birthday
Sannah Helwah
Selamat Ulang Tahun
SaengChuKaHamieda
Tanjoubi Umedeto
(Ok tu jek bahasa yang saya tahu heee)

 Alhamdulillah for this wonderful gift that Allah has blessed me with. I always thought her as a present that Allah has sent me. Being nice to someone (which I think xdelah nice yang amat sangat sampai tahap Rasulallah kan, which is soooo jauh),  I believe Allah has sent me my little fairy angle to look after me:) Thank You Allah. Might sound like 'masuk bakul angkat sendiri' tapi, but I trully feel blessed with her presence. Allah menghantarkan orang untuk selalu ada untuk saya, menasihati saya, mengingatkan saya, berfikir untuk dan bersama saya, dan juga untuk sentiasa ada thru my ups and down. Tak mudah untuk mencari orang seperti dia, that is something that I can guarantee.

Jika orang bertanya saya tentang resipi untuk terus berada di atas jalan ini. Pastinya saya pun akan terdiam kaku. Kerana saya pun masih mengengsot2 untuk terus kekal, untuk berharap agar Allah terus memilih saya. Tapi satu yang saya boleh katakan, carilah akhwat yang akan sentiasa mengingatkan anda tika anda jatuh, menasihati anda tika anda kesepian, dan akhwat yang anda boleh ceritakan apa saja yang anda fikirkan dan anda rasakan. Kerana mereka lah yang tanpa jemu akan terus menerus menarik kita untuk melangkah ke hadapan. Dengan adanya merekalah, kita akan sama-sama saling mengingatkan, saling top-up each other, kerana tak guna beramal seorang diri kan. kerana kita akan lemah bila sendirian, jatuh bila kelemahan. Nauzubillah~

Menjadi seorang aku, teramat susah untuk aku meminta pertolongan orang lain. Being independent, but not always working the way it should be. Sebab sebenarnya, bukan independent, tapi risau kelemahan itu jelas kelihatan. Ego? Mungkinlah kan. Moga Allah ampunkan, sebab ia tak bawa kita ke mana pun. But this special friend of mine, what power that she has that she is able to persuade me to give her all my thesis paper. So from one paragraph, I then give her my chapters, and it goes on and on till I submitted my whole thesis last year. See I put you through hard times kan, sorry.

I had always put her on trouble. She is one of the friend that I am comfortable with, so dengan naturalnya saya akan bercerita itu dan ini. Sampai perkara yang difikirkan secara monolog pun akan menjadi dialog heee. So we work together on soooo many things; from managing my family vacations, deciding on a new car, planning my holiday, how should I put my usrah's presentations, plan for my teaching, how about my usrah, my book review, and etc etc etc..the list goes on and on. Teruknya saya ni. But there she is, tanpa jemu, tanpa komplain (orait adalah mengomel sikit2kan) but she is ALWAYS there, just like a little fairy that Allah send me to guide me through. Tak tahulah apa jadi kalau takdenye dia. Heee terima kasih ya Allah. Bila mana Allah memudahkan urusan kita melalui hadirnya seseorang, maka kita akan rasakan betapa dekatnya kasih Allah itu. adanya dia, menyebabkan kita makin rasa hampir dengan pencipta. Kerana membaca saja tidak memadai, tapi perlu dikongsikan bersama. Kalau tidak ilmu itu akan berlalu begitu sahaja. Jadi kawan saya yang sorang nilah yang selalu ingatkan untuk share apa yg di baca, kalau tak mungkin tak bergerak buku2 di rak tu.

Bila saya bercerita, dia tahu jek apa yang perlu di respond. Setiap ucapan dan kata2nya amat menenagkan. Mungkin juga kenyataan yang perlu saya dengar. Tapi apa guna kawan kalau xboleh menggerakkan kita untuk beramal walaupun penat kan. She sees me thru, better than anyone else. Sampai saya malu, kalau2 saya tidak boleh menasihati die sebagaimana die menasihati saya. Tapi saya selalu berdoa, moga Allah mengeluarkan kata2 yang dapat menenangkan hatinya, hati yang dapat memahaminya, kerana itu semua kurniaan Allah. dan juga usaha kita untuk lebih menembusi hatinya milik yang Esa.

Sometimes I wonder, do I actually taking for granted for her kindness?

Percayalah, you are a SUPER DUPER KIND PERSON. But it is never my intention, and TAK PERNAH terlintas langsung untuk buat perkara di atas. Percayalah, bila saya mula bersikap sedemikian, that is because I trust you, I love you and I know that I can count on you. Tidak semua orang saya boleh bersikap sedemikian, that is because you are SOOOO SPECIAL to me.

Hanya Allah yang mampu membalas jasa baikmu, dan moga tidak jemu untuk berada di situ. We might fight each other sometimes, but that makes me know you a little bit more. Might not be everything cause only The Creator deserve that. Tho I might not know you well, believe me, I always want to keep you by my side. Do you remember what 'makcik' once said in our halaqah, "you have travelled a lot to see a friend who is dearest to you, and may Allah grant you with Jannah". deep inside my heart akk meng'amin'kan doa tersebut. Moga Allah mengurniakan mu dengan balasan syurga atas segala yang awak curahkan. Kerana tak mungkin akk dapat balas, malah mungkin pun tak dapat memberi sebanyak itu coz u've given me soo much. Jazakillah khair. Hanya Allah yang mampu membalasnya.


Couldnt thank Allah enough for sending me her, my little PRESENT from Allah. Moga dengan adanya dia, aku makin hampir kepadaMU, dan menjadi orang2 yang bersyukur dan terus berada di atas jalan Dakwah ini. Sayang kamu kerana Allah, LIllahi taala. Jom sama2 kita tajdid kasih sayang ini kerana Allah. Jangan lupa taw, SALING sbb kita nak sama2 sampai syurga, moga Allah redha, ameen
"Ya Allah tsabatkanlah kami, teguhkanlah iman kami, dan moga kami akan saling menguatkan. Teguhkanlah cinta kami keranaMU, agar dengannya kami dapat mencintai yang lain kerana MU ya ALLAH."

Wallahualam

Nikmat setitis air

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah. Hari ni Allah kembalikan semula nikmat air mengalir, selepas seharian bekalan air dihentikan air. So.sempatlah merasa mengangkut air macam zaman2 sekolah dolu-dolu heee. Benar kata orang, nikmat itu akan lebih kita hargai bila Allah menarik kembali nikmat tersebut. Jadi mari kita bersyukur, alhamdulillah.

Seerti yang kita tahu, bumi ini diliputi oleh laut. majoriti dari permukaan.bumi adalah lautan dan bukan.daratan. Lihat sahaja negara kita yang dikelilingi laut yang sifatnya jelas masin. Tapi Allah dengan sifat Rahim-Nya menurunkan air hujan yang bersifat tawar kepada siapa sahaja di muka bumi ini. Awan itu Allah gerakkan dengan bantuan angin, agar setiap insan menerima nikmat hujan itu. Subhanallah, kalau tidak bagaimana mungkin negara yg tidak mempunyai lautan dan sumber air utk disejatkan akan mendapatkan.bekalan air.

Sementara kita meneguk segelas air, perhatikan air jernih di tangan kita. Betapa jernih nya air itu, dan bersih dari segala kotoran. Alhamdulillah, air bersih mudah kita dapati di negara ini. Seorang teman pernah berkongsi tentang pengalaman beliau ke tanah seberang, di sana mereka minum air bercampur tanah. Air2 tersebut tidak ditapi terlebih dahulu. Demi.memenuhi keperluan tubuh, air itu mereka minum meskipun tercemar. Tapi kerana mereka faham kepentingan melayan tetamu dgn baik, maka meskipun mahal mereka sediakan air bersih. Subhanallah. Sampai begitu sekali mereka melayan tetamu.

mungkin nikmat air bersih itu terlalu biasa dengan kita di Malaysia. Hingga kita terlupa merasakan nikmatnya meneguk air tawar yang bersih ini. Alhamdulillah kita masih bisa meneguk air. Alhamdulillah air itu masih mengalir di rumah kita. Alhamdulillah air hujan yang Allah turunkan di.serata dunia ini tanpa perlu kita.menadahnya, dapat kita perolehi.dengan mudah di pili2 air rumah kita. Alhamdulillah. Bertuahnya kita di Malaysia. Bertuahnya kita masih dapat meneguk air ini. Alhamdulillah~

posted from Bloggeroid

suatu percutian

OK ini entri mengenai satu percutian kami sekeluarga ke satu tempat di tanah air. OK mungkin percutian yg anda pikir2kan, best, seronok, indah dan yg seangkatan dengannya. dah nama pun cuti kan *wink*
Tapi cuti kami berbeza sedikit, lain dari yang lain.
Kalau siapa yang telah mengenali saya, maka mereka tahu bahawa saya tinggal dengan seorang makcik yang 'istimewa'.. danbuat mereka yang tak tahu sejauh mana istimewanya dia, anda kenalah buat-buat tahu saja, OK

Jadi percutian kami lain dari biasa..kiranya ada satu ahli extra dalam family..seperti kebiasaan kami sewa bilik biasa2 saja, tapi kali ni, alhamdulillah adik saya berbesar hati menyewa satu bilik yang sangat cantik di hotel yang istimewa..semoga Allah melimpahkan rezeki yang berkat buatnya:) mestilah dengan niat untuk membahagiakan family terchenta kan..tapi, mmg kami di uji kali ini!!

satu perkara yang tidak dapat disangkal oleh mana2 pihak, semua orang mahukan perhatian bukan? Jadi bila percutian, kita akan happy2 dan seronok2..tapi bila ada seorang istimewa ini, pastinya perhatian lebih perlu diberi buatnya..jadi serba serbi ibu saya kena sediakan..ok itu mungkin biasa kan..tapi biasalah, hati anak mana tak tercaalit cemburu tu..so hati agak rosak ketika itu, sobs

disebabkan die Allah telah tarik nikmat berfikir, maka serba serbi dia akan tanya..bila nak balik..Baju tak cukup..makan kat mana..macam mana nak bukak air, xlarat nk jalan..macam mana itu dan ini dan itu dan ini..kekadang saya rasakan yang saya berada di sebuah tadika anak2 kecil di rumah yang ahliya semua ahli dewas..gggrrrr...so adalah yang muncug sana,muncung sini, bila soalan2 remeh ditanyakan

OK itu saja yang saya nak ceritakan..betapa tipisnya kesabaran yang saya miliki..kekadang, bibir terkunci hati menahanmarah..nampak sangat tak sabarnyakan..ye tahu :'(
tambah sakit bila mengenangkan ciri2 orang bertaqwa, yang Allah nyatakan dalam surah al-imran. betapa saya gagal dalam hal ini.

3-133: Dan berlumba-lumbalah (bersegeralah) kamu kepada keampunan Rab (Tuhan) kamu dan jannah (taman/syurga) yang seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang yang bertakwa.
3-134: (Iaitu) orang yang menafkahkan hartanya ketika senang dan susah, orang yang menahan marah dan memaafkan manusia. Dan Allah mengasihi orang ‘muhsinin’ (yang melakukan kebaikan).
3-135: Dan orang yang apabila mereka (tergelincir) melakukan kejahatan atau menganiaya diri sendiri, mereka (akan) ingat kepada Allah, lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa mereka. Dan siapakah yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah? Dan mereka tidak berterusan dengan apa yang mereka lakukan itu, sedang mereka mengetahui.
3-136: Balasan bagi mereka ialah keampunan daripada Rab (Tuhan) mereka, dan jannah (taman/syurga) yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya; dan (ianya) adalah sebaik-baik nikmat bagi orang yang beramal.

Adik kesayangan saya mengadu,  "penatnya berlakon", pura2 tersenyum meskipun hati membara kemarahan.

Hmmm saya mengannguk dalam diam. 

Sebetulnya, itu semua bukanlah suatu lakonan adikku sayang. Tapi hakikatnya satu mujahadah melawan nafsu amarah yang diasak2 untuk keluar. Suatu mujahadah untuk mengikat lidah dari mengatakan sesuatu yang tidak bermanfaat. Bukankah Rasulallah saw pernah bersabda dengan ucapan yang ringkas, tapi penuh makna, "LA TAGHDHOB" dan janganlah kamu marah. Sungguh mempertahankankan diri untuk berlagak slumber itu sukar, bahkan memerlukan kita untuk 'not being ourselves'. Tapi apa salahnya tidak menjadi diri sendiri, seandainya ianya mendatangkan seribu pahala. Dicintai Allah dan disayangi Rasul.

Malah kalau dipikirkan, dia tidak mengerti apa2. Bahkan tanggungjawab melaksanakan solat juga telah terlucut darinya. Atau dalam erti kata lain, dia tidak akan dipertangungjawaban dalam tindak tanduknya, kerana nikmat waras yang Allah pinjamkan telah diambil kembali. Malah kita yang masih sihat ini, masih boleh berfikir yang akan dihitung amalanya nati. Bukankah rugi menyakiti hati ahli syurga, bahkan tidak membawa manfaat pada diri kita. Baik sekarang, mahupun di sana nanti.

Yes a little patience is wat it takes. Jika sukar,jom lihat umi kesayangan kita. Dengan secangkir senyuman dia masih boleh bertahan. Mulut masih tidak henti memberi nasihat seakan2 dia masih anak kecil yang tak mengerti apa2. Tak kan kita tak boleh tiru contoh di depan mata kan?

Wallahua'lam   

Sedekah derma darah

Alhamdulillah,
nampaknya beberapa minit lagi kita akan masuk ke tarik keramat, 121212..triple number yang tak mungkin akan muncul lagi selepas ini (well that if we have 12 months in a year which I believe tak akan berubah dah kan)

Hari ini alhamdulillah abah berjaya menjalani minor operation. Agak berdebar memerhatikan abah ditolak masuk ke kamar bedah, memandangkan abah sendiri sedikit 'gerunyut' dengan jarum dan darah. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar:) All praise to HIM.

Sempat saya memerhatikan beberapa poster di kawasan hospital. Mungkin kerajaan kini dalam rangka meningkatkan awareness tentang penyakit thalesimia. Sejenis penyakit keturunan. Awas sekiranya anda merupakan seorang carrier, kerana sekiranya pasangan anda juga seorang carrier thalesimia maka anak anda juga mungkin akan didiagnos sebagai pesakit thalesimia.

berikut merupakan definisi yang diberikan oleh PubMed Health
Thalassemia is a blood disorder passed down through families (inherited) in which the body makes an abnormal form of hemoglobin, the protein in red blood cells that carries oxygen. The disorder results in excessive destruction of red blood cells, which leads to anemia.

Jadi pesakit thalesimia ini memerlukan blood transfusion atau pemindahan darah. Dalam tempoh yang ditetapkan, mereka akan mengadakan janji temu di hospital dan akan mendapat rawatan bergantung atas keadaan pesakit. Macam adik yang saya lihat tadi, die dapat dalam 2-3 pack darah sebulan.

Jadi cuba bayangkan betapa ramai pesakit yang memerlukan darah di sekitar Malaysia. Mangsa kemalangan, ibu mengandung, pesakit yang menjalani operation dan juga pesakit thalesemia. Sedar tak sedar, sangat ramai yang memerlukan bantuan kita di luar sana.

Saya ingat lagi, pertama kali saya menderma darah, nenek saya ada menyatakan after effectnya adalah naik badan or mudah naik berat badan. OK, itu memang trauma utama org perempuan kan. So bertambah teragak-agaklah kita untuk menderma.

Tapi cuba bayangkan, darah itu mampu menyelamatkan nyawa insan lain. And apalah sangat setakat kehilangan darah sepine/2, kerana Ar-Rahman empunya darah itu akan menggantikannya semula:) bukan seperti tangan dipotong yang tak akan tumbuh kembali.
"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti dengan sebiji / sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai (bulir), pada tiap-tiap tangkai  pula ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui." [2:261]

Subhanallah. usah dikira berapa yang kita akan terima, kerana nescaya ia takkan pernah terhitung:)
kerana ganjaran itu milik Allah, dan upaya kita adalah usaha
Wallahua'lam

owh ps. Sedikit pesanan penaja.
Jangan pula kita memperbesarkan sedekah kita itu, kerana risau ia akan merosakkan amal kita.
"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah ia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai (memperolehi) sesuatu pun daripada apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir." [2:264]

Wallahua'lam

ps: jazakillahkhair for wonderful insight ...ah, mohon share:) you know who you are heeee

Lemahnya diri

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah
detik demi detik berlalu saban hari. Dari saat kita membuka mata hinggalah ke detik ini, kaki ini tak henti melangkah ke sana ke mari, dan mulut juga tak henti mengeluarkan kata2, moga-moga tiap perkataan yang terucap adalah mutiara yang berkilau dihiasi dengan senyuman yang indah. Teringat pesan baginda Rasulallah saw,
"Dari Abi Dzar radhiallahu’anhu, berkata : “ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apapun, sekalipun engkau bertemu saudaramu dengan wajah yang berseri” (HR. Muslim)
Dan setelah beberapa jam yang lepas, telah ramai orang yang kita temui, samada ibu bapa kita yang menyediakan makan minum kita, pegawai bank yang menguruskan urusan pembiayaan, dan pakcik pencuci kereta, adakah senyuman percuma yang mendatangkan pahala itu kita berikan? Moga kita peroleh kebaikan dalam amalan-amalan kecil kita, kerana semudah-mudah dakwah adalah Dakwah Bil Hal (dakwah melalui akhlak).

Mari kita merenungi diri kita. Alhamdulillah Allah telah ciptakan kita dengan penuh kesempurnaan. Mata yang kecil ini menjadi jendela dunia buat kita. Dengan indera yang cuma 1cm besarnya, kita dapat melihat indahnya alam ciptaan Ilahi, dan pelbagai kerenah manusia meskpun dikurniakan anggota yang sama dengan kita. Meskipun begitu, kenapa orang ini mengambil keputusan begini dan bukan bukan begitu? Mengapa dia berpakaian begini dan bukan begitu? Kenapa dia jalannya begini dan bukan begitu? Persoalan demi persoalan boleh kita lontarkan, hanya menggunakan sepasang mata ini. Persoalan-persoalan inilah yang akan membawa kita berfikir, dan merenungi diri.

Terfikirkah kita bahawa beruntungnya kita telah memilih untuk berpakaian menurut syariat. dan Allah telah memilih kita untuk lahir dalam keluarga islam di negara Malaysia yang aman sentosa ini. Jika kitalah yang dilahirkan di Syria ataupun di Gaza misalnya, adakah kita akan menjadi sesabar mereka dalam menghadapi letupan demi letupan, menanti saat kematian. Menunggu youtube untuk buffer pun kekadang menjengkelkan hati, itu baru seciput bukan. Untuk solat diawal waktu pun kita lengahkan, mungkin kita yakin yang detik2 seterusnya itu masih milik kita. Ataupun kerana kejahilan kita, tidak mengetahui bahawa amalan yang paling Allah sukai adalah solat diawal waktu
"Abdullah bin Mas’ud radiyallahu ‘anhu berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah, ‘Apakah amal yang paling dicintai oleh Allah ?’ , Beliau bersabda, ‘Solat pada waktunya’, Saya bertanya, ‘Kemudian apa lagi ?’, Beliau bersabda, ‘Berbakti kepada kedua orang tua’, Saya bertanya lagi, ‘Kemudian apa lagi ?’, Beliau bersabda, ‘Berjihad (berjuang) di jalan Allah’. Saya berdiam diri dari Rasulullah. Seandainya saya meminta tambah, nescaya beliau akan menambahkannya.
HR.Bukhari-

Cukup saya beleter kiranya. Back to the point of writing. Saya kini in the middle of reading a book written by a famous writer. Buku Mumtalaq saya kira tidak asing lagi bagi kader2 dakwah. Buku yang menyuntik semangat utk terus bergerak dengan apa adanya kita dan tidak selesa ditikar sejadah cuma. Kini saya sedang menelaah Ar-Raqaiq ataupun Pelembut Jiwa karangan Muhammad Ahmad ar-Rasyid. Saya ingin memetik bait2 indah karangan beliau, moga bermanfaat buat kalian, insya Allah

Engkau diciptakan dengan dibekali kelalaian, kefakiran, kelemahan dan kebutuhan, agar dengan terowong kelalaianmu kamu akan memandang kepada kesempurnaan-Nya Yang Mahasuci; dengan ukuran kefakiranmu kamu dapat memandang kepada darjat jejayaan dan rahmat-Nya dan dengan neraca kelemahanmu, kamu dapat memandang kepada kebesaran kekuasaan dan keagungan-Nya; dengan melalui bermacam kebutuhanmu, kamu dapat memandang keanekaragaman nikmat dan kebaikan-Nya.

Tujuan fitrah kejadianmu adalah utk menghambakan diri ('ubudiyah)
Peryataan penghambaan diri itu ialah bila engkau menyatakan di depan pintu rahmat-Nya akan kelalaianmu dengan ucapan astaghfirullah (aku memohon ampun kepada Allah) dan subhanallah (Maha Suci Allah).
Kamu nyatakan kelemahanmu dengan ucapan hasbunallah (cukuplah Allah sebagai penolong kami), alhamdulillah (segala puji bagi Allah) dan dengan meminta kepada-Nya.
Kamu nyatakan kelemahanmu melalui ucapan la haula wala quwata illa billah (tiada daya upaya untuk menghindarkan dari maksiat dan tiada daya utk melakukan ibadah kecuali dgn pertolongan Allah) dan ucapan Allahu Akbar (Allah Maha Besar) seraya memohon bantuan kepada Nya.
Melalui tingkatan penghambaanmu tampaklah keindahan kekuasaan-Nya sebagai Rabb-mu.

Acap kali kita alpa dalam ketaatan. Meski dalam solat 5 minit itu kita masih terfikirkan hal lain. dan dalam kasih sayang kita pada ibu bapa kita, kita tetap juga menggoreskan hati mereka dengan tidak sengaja.
Dalam ilmu yang kita tahu, acap kali juga tewas dalam kesabaran. Terbias di wajah kita kemarahan itu. Terzahir di bahasa tubuh kita meski tidak terucap dibibir. Sedangkan kita tahu persis bahawa Allah tahu setiap lintasan hati kita.
dan dalam mujahadah kita, kita sering tewas dengan nafsu kita. Kita tetap juga cenderong kepada perkara yang memuaskan nafsu. Lupa untuk mencari kebaikan dan pengajaran dalam setiap yang kita lihat dan dengar, akhirnya segalanya menjadi hiburan semata dan masa yang terbazir dan akan diminta pertanggung jawaban nanti. dalam berbelanja juga, adakah gaji yang kita dapat itu kita rasakan ianya adalah rezeki Allah buat kita dan juga buat orang lain? Adakah perbelanjaan yang kita lakukan membawa kita lebih dekat kepada Allah dan memudahkan urusan dakwah kita ataupun menyenangkan hati2 mad'u kita?

Sungguh kita kerap kali kecundang dalam perjuangan kita. Kerap kali lemas dalam keasyikan nikmat rezeki yang Allah kurniakan buat kita. Tapi itulah fitrah kita manusia, diliputi kelemahan, kelalaian dan kebutuhan. Tapi semua itu akan membawa kita lebih dekat kepada Allah. Kerana Yang Sempurna itu HANYAlah Allah. Tempat pengaduan kita adalah kepada Allah. Makin lemah kita rasakan, maka bersyukurlah kerana Allah ingin kita lebih hampir padanya. Firaun menjadi sesat kerana merasakan dirinya yang serba cukup, dan begitu juga kaum2 nabi yang lain (N.Syuaib, N.Salih, N.Luth, etc).Mereka diperalat oleh kemewahan mereka dan kehebatan mereka dalam bidang masing2.
Moga kehinaan yang dirasakan, membawa kita lebih dekat kepada Allah. Kerana dzat agung itu adalah Dia, dan kita hanyalah hamba, menyungkur sujud penuh kelemahan kepada Yang Maha Sempurna.

Wallahualam

Sayangi Diri Anda

For the past few days, i was struck with this verse I heard on the radio;
"ajari diri anda untuk menyayangi diri sendiri" [Dr Muhaya - IKIM fm 24112012]

Ada benarnya kata beliau itu. Bila kita menyayangi diri sendiri, kita akan belajar untuk menghargai diri. Menghargai in the sense of cuba untuk melakukan yang terbaik dalam apa sekalipun. 

Apabila kita inging melakukan sesuatu, ajarlah diri untuk berfikir, "adakah perbuatan ini akan diredhai Allah? atau disukai Allah?
Kerana tanda orang menyayangi diri adalah orang yang mengambil tindakan yang disukai Penciptanya. Kita harus ingat, setiap detik itu adalah anugerah Allah swt utk kita. Malah lebih tricky lagi, ianya kurniaan yg berupa ujian. Cuba kita lihat ayat Allah yang bermaksud;
"Yang Menciptakan mati dan hidup, utk menguji kamu, siapakah yg lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa Maha Pengampun" [Al-Mulk: 2]

Allah mengurniakan kita kehidupan sementara ini tak lain tak bukan untuk menguji kita, untuk melihat diantara hamba2Nya yang diciptakan, siapakah yang akan meletakkan best effort untuk menjadi BEST abid dan khalifah. Apabila kita sedar bahawa hidup ini adalah medan amal dan medan ujian, pasti kita akan melakukan yang terbaik kerana orang yang menyayangi diri tidak akan membenarkan dirinya sendiri dikecewakan dan dikalahkan dalam medan pertempuran.

Apabila kita mula menyayangi diri, kita akan berfikir dengan matang dan jauh ke hadapan. Seseorang yang menyayangi diri, tidak akan melakukan sesuatu yang menyakitkan dirinya, atau membawa dirinya kepada kemurkaan Allah. Kerana kita tahu persis bahawa setiap pinjaman akan diminta pertanggungjawaban. Kita ambil contoh, setiap nafas degup jantung yang Allah rezekikan buat kita saban hari, saban detik, adakah kita telah membiarkan ianya dipersiakan tanpa membawa kita lebih dekat kepada Allah, lebih mengenali DIA.

Mari kita lihat firman Allah yang berbunyi;
"wahai org yg beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dr api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu.."[At-Tahrim 66:6]

Mari kita sama-sama tadabbur ayat ini, Allah menyeru kita orang beriman agar menjaga diri, dan memerhatikan setiap tindak tanduk kita, tindakan kita dari membawa kita terjerumus ke lembah yang hina, which seburuk-buruk tempat kembali. Allah amat menyayangi kita, hingga mengingatkan kita agar tidak mengambil tindakan bodoh yg boleh mencelakakan diri sendiri. Malah dalam ayat yang sama, Allah Yang Maha Halus juga mengingatkan kita bahawa jangan sampai kita ini menjadi bahan bakar neraka pula.

Lihat betapa sayangnya Allah pada makhluk ciptaan-Nya. Masakan kita tidak boleh menyayangi diri sendiri pula. Jagalah diri kita dari melakukan tindakan yang membawa kita kepada kemurkaan Allah. Mungkin hari ini kita tidak melihat kesannya, tapi ingatlah bahawa kesan itu hanya akan terlihat beberapa tahun dari sekarang. Mungkin pada anak anda, mungkin pada keluarga anda, dan mungkin juga masyarakat anda. Semoga Allah menyelamatkan kita dari melakukan perkara yang menjauhkan kita dari azab Allah.

ps: teringat pesan ibu
Sayangi diri, Hiasi peribadi

Wallahua'lam

Ada apa dengan Hari Asyura?

Q: makna asyura?
A: dari perkataan arab, asyara yg bermaksud sepuluh.

Q: sejarah hari asyura?
A: Sewaktu nabi berhijrah ke Madinah, baginda melihat orang Yahudi lebih dahulu berpuasa sebagai tanda kesyukuran nabi Musa dilepaskan dari cengkaman firaun, dan nabi berkata sesungguhnya org muslim lebih berhak untuk berpuasa pada hari itu, hari asyura

Q: Kena puasa 10 sahaja ke??
A: di Mekah, Rasulallah saw hanya berpuasa pada 10 muharram dan tidak menyuruh org lain bpuasa. Tetapi.nabi bersabda, sekiranya masih hidup.tahun hadapan, nescaya baginda berpuasa pada 9hb. Tetapi Allah lebih menyayangi baginda, dan baginda tidak sempat berpuasa pada 9 dan 10 muharam tahun berikutnya.

Q: bagaimana dengan sambutan?
A: org syiah memukul tubuh badan mereka, kerana mengingati kematian saidina hasan.
A: di Arab ada bubur juga, cuma berbeza. Dan ulama menggalakkan untuk menyambutnya dalam suasana yg gembira, so adanya perkumpulan utk buat bubur dan di sesetengah tmpt menyimbah2 air:)

Q: kelebihan berpuasa hari Asyura?
A: kita hanya tahu melalui hadith baginda, selainnya hanya Allah yg Mengetahui
1. Bpuasa pada 10 muharaam akan diampunkan dosa setahun yg lalu
Manfaat
1. Menunjukkan kita menghargai nabi2 kita, beriman kepada rasul
2. Mendidik kita agar menghidupkan syiar agama
posted from Bloggeroid

Filem 2012

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

segala puji-pujian hanyalah milik Allah Yang Esa. Yang telah menghembuskan nafas dan membiarkan jantung kita terus berdegup indah. Yang terus-terusan meminjamkan kita anggota badan, yang dengannya membolehkan kita terus menikmati alam yang indah ini. Saya kira, dengan adanya all the senses membuatkan kita seseorang yang istimewa di sisi Allah. Dengan sepasang bibir ini, kita masih2 terus-terusan dapat memuji Allah selepas melihat alam yang tersusun dengan penuh sistematis, dengan bibir ini masih terus dapat bicara dengan insan-insan dikeliling kita, merasakan kasih sayang Allah melalui kehadiran mereka, dan dengan hati kurniaan Allah ini, kita berpeluang merasai pelbagai rasa, kerana dengan rasa itulah menunjukkan kita adalah insan yang masih bernyawa. Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah.
 Dunia kurniaan Allah ini memang indah. Tempat kita mencorak nasib, membina diri dan berusaha sehabis baik dalam setiap perkara yang kita buat. Kita bebas untuk belajar setinggi mana jua, mendapatkan pengiktirafan demi pengiktirafan dari manusia sekeliling. Aaahh manakan tidak indah, setiap usaha kita membawakan hasil. Bekerja sejam dua lebih, maka lebih banyaklah habuan yang kita peroleh. Apatah lagi kalau kerja sewaktu public holiday, gaji kita boleh menjadi triple dengan mudahnya. Dengan jam kerja yang sama, kita dapat menggandakan pendapatan. Waahh indahnya dunia. Dengan titik peluh itulah kita akan berbelanja pada apa sahaja kehendak kita, beg mewah, kasut berjenama, talifon bergaya? Nyatakan sahaja, kan dah susah-susah kerja, inilah masa kita menikmati hasil susah payah bekerja. Tak salahkan? Maka kita akan terus-terusan mabuk dengan dunia ini, hingga lupa yang dunia ini juga ada pengakhirannya.

Mungkin kerana indahnya dunia membuatkan kita teringin untuk terus tinggal di sini. Memang sukar untuk menerima hakikat bahawa akan ada pengakhiran dalam setiap cerita. Setelah mengecapi indahnya kenaikan pangkat, seronoknya melihat angka puluhan ribu di bank, menikmati kehidupan mewah kita selama ini, pastinya perit untuk meninggalkannya. Malah dunia ini tak kan pernah cukup untuk dinikmati.Akan sentiasa yang ingin dicapai, akan sentiasa ada ruang untuk memperbaiki mutu kehidupan agar menjadi lebih baik dari sebelumnya. Jadi kita akan terus ghairah dengan kehidupan ini. Wah pastinya sukar bangat ingin meletakkan noktah pada semua ini.

Cuba renungkan kembali zaman kegemilangan kita disekolah dulu. Zaman dimana tenaga menyala-nyala dan hidup tanpa sebarang masalah. Segalanya indah belaka. Fuuhhh:) Tapi dan tapi, walau bagaimanapun, zaman belajar akan diakhiri juga akhirnya, tak kiralah walau gemerlapan sampai ke bintag sekalipun. Ia akan berakhir dan membawa kita ke alam yang lebih mencabar. Mungkin kita akan bermuram durja berhari lamanya menghadapi detik perpisahan pada tarikh keramat tersebut. Dan mungkin juga kita akan menghabiskan berkotak-kotak tisu mengeringkan air mata meninggalkan tempat yang penuh kenangan itu. dan mungkin juga cuba menghabiskan detik itu dengan cara yg paling baik meskipun perit. Membuat parti sana-sini agar hari itu akan terpahat di ingatan.Tapi walau apa-pun detik pahit itu pasti perlu dilalui jua bukan.

Saya kira contoh itu terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan hari pengakhiran kita nanti. Bagaimana rasanya kala langit akan terbelah, bintang2 yang selama ini menjadi perhiasan dunia akan berselrakan jatuh ke bumi, dan gunung-gunung yang dahulunya berdiri megah, kini berterbangan bagaikan abu. Lautan yang dahulunya menjadi tempat kita menenangkan hati dan minda, kini akan menggelegak kepanasa. Bagaimana rasanya kita menghadapi hari itu? [At-Takwir, 81:1-14]

[1]Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);
[2]Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;
[3]Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);
[4]Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;
[5]Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;
[6]Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;
[7]Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;
[8]Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -
[9]Dengan dosa apakah ia dibunuh?
[10]Dan apabila surat-surat amal dibentangkan;
[11]Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;
[12]Dan apabila neraka dinyalakan menjulang;
[13]Dan apabila Syurga didekatkan;
[14](Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.
[At-Takwir, 81:1-14]

Astaghfirullah al-azim.

Mungkin kerana suasana hari itu terlalu dasyat hingga kita tidak mahu membayangkannya. Hingga kita bersikap undenial dan berkata pada diri sendiri bahawa detik itu akan berlalu beberapa saat cuma, dan kemudian kita akan hidup seperti sedia kala. Itulah yang disajikan oleh filem 2012 beberapa tahun lepas. Meskipun mereka telah cuba membayangkan dasyatnya hari tersebut, tapi mereka masih kira bahawa mereka akan terselamat selepas TrageDi ngeri itu.

Mungkin kerana itulah jutawan-jutawandi seluruh dunia sanggup melaburkan hingga RM5.28 juta untuk sebuah kubu. Malah ada syarikat ternama turut mengambil peluang dari ketakutan manusia ini. Hotel Hilton misalnya menawarkan suite dalam laut yang mempunyai pemandangan kehidupan marin. Malah dilengkapi denga katil selesan dan bakul yang penuh berisi buah-buahan. Mungkin dia tidak tahu bahawa laut pada tika itu akan menggelegak kepanasan. dan ada juga yang menyediakan kubu bawah tanah seperti di Bad Neuenahr-Ahrweiler. Hmm mungkin juga dia tidak tahu bahawa tanah itu akan dicungkirbalik pada hari itu. dan mungkin ada juga yang merancang untuk menaiki pesawat menerobos langit. Meninggalkan bumi jauh ke belakang. Mungkin kerana ceteknnya ilmu bahawa nanti langit itu akan menjadi keping-kepingan dan menghempap bumi ini.[HMetro 18/11/12]

Astaghfirullah al-azim.
Kemana lagi kita ingin lari? Hari itu adalah hari kemusnahan total. Hari semua yang hidup akan mati. Hari tamatnya perjanjian sebagai seorang abid. Hari setiap perkara akan diminta pertanggung jawaban.
Duhai diri yang hina, kemana kau mahu pergi lagi?

Benarlah Allah Maha Mengetahui. Dia tahu yang manusia ini tidak akan pernah merasa cukup. Manusia ini mahukan kehidupan yang kekal. dan manusia dicipta sesuai mengikut fitrah. Kerana itulah wujudnya syurga yang abadi, yang penuh nikmat. Tempat di mana setiap yang kita inginkan akan tercapai. Tempat dimana kita tidak perlu bersusah payah pun untuk mendapatkan kemewahan itu. Kerana pada hari itu setiapa yg kita inginkan akan kita peroleh
88-8: Beberapa wajah pada hari itu berseri-seri.
88-9: Merasai kesenangan kerana amalnya.
88-10: Di dalam jannah (taman/syurga) yang tinggi.
88-11: Di dalamnya tidak didengar perkara yang sia-sia.
88-12: Di dalamnya ada mata air yang sentiasa mengalir.
88-13: Di dalamnya ada tempat-tempat duduk yang ditinggikan.
88-14: Dan gelas-gelas yang tersedia.
88-15: Dan bantal-bantal sandaran yang tersusun.
88-16: Dan permaidani yang terhampar.

Masya Allah
Bersabarlah duhai diri. Allah tahu engkau mahu hidup abadi. Tapi Dia inginkan Engkau sebagai Abdi. Suatu perniagaan yang tidak pernah rugi dan tiada galang ganti. Sabar sebentar, berjuang sesaat, untuk sesuatu yg abadi. Bukankah itu perniagaan yg menguntungkan?

[61:10]Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
[61:11]Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
[61:12](Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar.

Kronologi Sejarah Konflik Palestin-Israel [kredit]

Palestin terletak di wilayah yang dinamakan Bulan Sabit Subur, sebuah kawasan yang pada hari ini meliputi Iraq, Syria, Lubnan, Jordan, Israel, Gaza, dan Tebing Barat. Disebabkan kawasan tanahnya yang subur, luas, dan kedudukan geografinya yang penting sebagai penghubung komunikasi antara Afrika, Asia, dan Eropah, Palestin sering ditakluk sehinga lebih kurang 30 kali dalam sejarahnya yang telah menjangkau 5000 tahun.

Bangsa Kanaan merupakan kaum nomad yang sampai ke Palestin dari padang pasir beribu-ribu tahun sebelum kedatangan Nabi Isa a.s. dan mereka merupakan bangsa pertama yang menghuni kawasan tersebut sebagaimana yang banyak dinyatakan dalam kajian-kajian ahli sejarah. Mereka menamakan negara mereka sebagai Kanaan (Canaan). Perkataan Palestin dicipta oleh orang Yunani yang membawa maksud tanah air orang Philistina atau Filastin dalam bahasa Arab. Pada abad ke 19 dan 20, sebahagian besar tanah Palestin telah diceroboh oleh pendatang Yahudi dari Eropah dan pada tahun 1948 mereka mengisytiharkan penubuhan negara Israel di sebahagian besar tanah Palestin setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk memecahkan Palestin yang diperintah dengan mandat antara bangsa Arab Palestin dengan Yahudi.

Berikut merupakan rentetan beberapa peristiwa penting dalam perkembangan konflik Palestin-Israel sejak penguasaan Khilafah Utmaniyyah sehingga tahun 2005:

1516
Pemerintah Uthmaniyyah dari Turki menakluki keseluruhan Timur Tengah termasuk Palestin. Mereka telah menguasai kawasan ini selama 400 tahun.

Abad ke-19
Orang-orang Yahudi ditindas di Eropah. Kumpulan-kumpulan kecil Yahudi Eropah mula berhijrah ke Palestin. Mereka bersepadu dengan penduduk Arab dan mendapat tempat perlindungan untuk mengamalkan agama mereka. Apabila kolonialisme Eropah menakluki hampir seluruh dunia, lahirlah gerakan Zionisme, iaitu sebuah gerakan politik yang mendakwa bahawa menurut Old Testament dan New Testament, semua orang Yahudi mempunyai hak ekslusif ke atas Palestin. Pada masa yang sama, pemerintahan Uthmaniyyah ke atas Palestin dan Timur Tengah menjadi kian lemah.

1869
Sebuah konsortium Perancis-British telah membina Terusan Suez, menerusi Mesir. Terusan yang dibuka pada 1869 ini menjadi jalan pintas ke jajahan Perancis dan jajahan British Ia menjadi cukup penting sehingga British menggabungkan Mesir ke dalam empayarnya pada tahun 1882. Terusan Suez dan kedudukan Timur Tengah yang strategik membuatkan kawasan ini amat diperlukan oleh penjajah.

1896-1897
Theodor Herzl, salah seorang pengasas Zionisme telah menulis sebuah buku berjudul The Jewish State. Dalam buku ini, Herzl menyokong pembentukan negara Yahudi di Palestin. Pada tahun berikutnya, gerakan Zionis mengadakan kongresnya yang pertama di Basel, Switzerland. Penyokong Zionisme mula menguruskan penghijrahan orang Yahudi secara- besar-besaran ke Palestin.

1908
Minyak ditemui buat kali pertama di Timur Tengah oleh orang British di Iran.

1914-1916
Perang Dunia Pertama meletus. Orang Turki bimbang dengan pengaruh Britain dan Perancis yang semakin kuat di Timur Tengah, lantas mereka bersekutu dengan Jerman. Zionis bekerjasama dengan Britain dan mendesak Britain menyokong penghijrahan orang Yahudi ke Palestin. Sebagai balasan, mereka menjanjikan negara Yahudi yang terbentuk nanti akan melindungi kepentingan British di Terusan Suez. Pada masa yang sama, Britain berjanji kepada orang Arab bahawa mereka akan diberikan kemerdekaan jika mereka bangun menentang orang Turki. Justeru orang Arab memulakan pemberontakan. Sementara itu, Britain dan Perancis telah bertemu secara sulit. Dengan menjangkakan bahawa orang Turki akan ditewaskan, kedua-dua kuasa ini merancangkan pembahagian Timur Tengah melalui Perjanjian Sykes-Picot.

1917
Perisytiharan Balfour pada 2 November menyaksikan Setiausaha Luar Negara Britain, Lord Balfour mengumumkan sokongan bersepadu kerajaan Britain kepada pembentukan sebuah negara kebangsaan bagi orang Yahudi di Palestin. Orang Arab membantah. Britain menenangkan mereka dengan berjanji bahawa penempatan Yahudi di Palestin hanya dibenarkan sejauh mana penempatan mereka sejajar dengan kebebasan politik dan ekonomi penduduk Arab. Bagi rakyat Palestin, 2 November menjadi hari berkabung buat seluruh negara.

1918
Orang Arab membebaskan Damsyik daripada pemerintahan Uthmaniyyah. Walaupun mereka telah dijanjikan kemerdekaan, namun sebulan kemudian Britain menguasai Damsyik. Britain, Perancis dan Amerika Syarikat memenangi Perang Dunia Pertama.

1920-1939
Liga Bangsa dibentuk, dan jelas sekali sebahagian besar negara ahlinya merupakan negara Eropah. Liga memberi Perancis mandat ke atas Syria, manakala Britain diberi mandat ke atas Iraq, Jordan dan Palestin. Di sini mandat ringkasnya membawa makna Britain dan Perancis mentadbir kawasan-kawasan ini sebagai jajahan de facto. Pada 1 September 1920, Perancis membentuk Lubnan Besar, merangkumi Gunung Lubnan dan beberapa bahagian Syria.

Dengan persetujuan British, Zionis memulakan penghijrahan orang Yahudi Eropah secara besar-besaran ke Palestin. Antara tahun 1919 dan 1936, penduduk Yahudi di Palestin bertambah dari 58 000 kepada 348 000 orang. dalam tempoh yang sama, penduduk Arab di Palestin bertambah dari 642 000 kepada 978 000 orang. Zionis menubuhkan Dana Kebangsaan Yahudi untuk membeli tanah di Palestin tetapi mereka dapat memperluaskan bahagian tanah mereka sebanyak 5.6 peratus sahaja.
Rakyat Palestin membantah penhijrahan Zionis yang semakin pesat, tetapi Britain tidak bertindak balas. Pada tahun 1936, Palestin mengisytiharkan mogok peringkat kebangsaan sebagai membantah penghijrahan Zionis. Tidak lama kemudian mogok rakyat Palestin bertukar menjadi pemberontakan bersenjata terhadap British. Namun pada tahun 1939, British bersama Zionis telah berjaya menghancurkan pemberontakan tersebut.

1943
Kemerdekaan Lubnan, dan kuasa diagih-agihkan mengikut agama dengan kekuatan sesuatu komuniti agama didasarkan kepada bilangan yang diandaikan. Kuasa orang Kristian tidak dapat ditandingi, dipastikan oleh nisbah enam ahli Kristian kepada setiap lima ahli Islam di Parlimen. Presiden mesti seorang Kristian Maronite. Perdana Menteri seorang Muslim Sunni, Speaker Parlimen seorang Muslim Syiah dan seterusnya daripada struktur yang berasaskan kepercayaan agama atau gabungan yang terbentuk daripada komuniti bangsa. Pegawai kanan Angkatan Tentera Lubnan kebanyakannya orang Kristian.

1939-1945
Perang Dunia Kedua meletus. Dasar British berkaitan Palestin berubah dan secara tiba-tiba sahaja mereka cuba menghadkan penghijrahan Zionis untuk menghalang orang Arab daripada menyokong Jerman. Zionis mengaturkan penghijrahan secara haram dan terus terang menentang British. Di Eropah, Adolf Hitler memulakan penghapusan etnik Yahudi. Sebelum Jerman tewas, berjuta-juta orang Yahudi telah dibunuh. Lebih daripada 200 000 orang Yahudi dapat berhijrah ke Palestin di bawah program Zionis. United Nation (UN) atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan. Syria, Lubnan, dan Jordan mencapai kemerdekaan tetapi tidak Palestin.

1946
Pertempuran ganas antara orang Yahudi Zionis dengan rakyat Palestin. Britain tidak lagi dapat mengawal keadaan dan membiarkan PBB memikul tanggungjawab ke atas isu Palestin.

1947
Resolusi Pemecahan yang ditetapkan oleh PBB membahagikan Palestin di bawah mandat Zionis Yahudi dengan orang Arab Palestin. Rakyat Paletsin menolak pembahagian tanah air mereka. Zionis bersiap sedia untuk menghadapi pemecahan dan memulakan kempen keganasan terhadap rakyat Palestin untuk memaksa mereka lari meninggalkan kampung halaman.

1948
Tentera-tentera British meninggalkan Palestin. Zionis mengisytiharkan negara Israel untuk kaum Yahudi. Negara-negara Arab menghantar angkatan tentera untuk menentang negara baru ini. Sejumlah 800 000 rakyat Palestin lari sebelum kemaraan askar Israel. Ankatan tentera Arab terpaksa berundur dan hanya mampu mengekalkan Tebing Barat Palestin dan Gaza. Jordan menguasai Tebing Barat dan Mesir mengambil alih pentadbiran Gaza.

1949
Israel diterima sebagai negara anggota PBB. Pada masa yang sama PBB mengarahkan Israel untuk membenarkan rakyat Palestin kembali ke tanah air mereka, tetapi Israel tidak mematuhi arahan ini. Akhirnya rakyat Palestin terpaksa tinggal di kem-kem pelarian di bawah kelolaan UNRWA (Agensi Bantuan dan Kerja Amal PBB) di Jordan, Lubnan, Syria, Tebing Barat, dan Gaza. Rakyat Palestin tidak menubuhkan sebarang gerakan penentang tetapi sebaliknya mereka bersikap tidak peduli dan menanti sahaja kedatangan tentera Arab untuk membebaskan Palestin.

1956
Mesir memiliknegarakan Terusan Suez. Israel, Britain, dan Perancis menentang Mesir. Kesatuan Soviet mengancam akan mengebom Paris dan London. Amerika Syarikat memaksa penyerang berundur. Sekumpulan penuntut Palestin-salah seorang daripada mereka ialah Yasser Arafat- memutuskan untuk bertindak sendiri dan mereka menubuhkan Gerakan Pembebasan Palestin atau al-Fatah.

1958
8 Mei: Perang Saudara Lubnan yang pertama bermula. Perang berakhir pada 14 Oktober.

1964
Negara-negara Liga Arab menubuhkan Palestine Liberation Organization (Pertubuhan Pembebasan Palestin) atau PLO. Pergerakan Fatah tidak menganggotai PLO kerana mereka menganggap PLO terlalu dipengaruhi oleh negara-negara Arab.

1965
1 Januari; Fatah menjalankan operasi gerilanya yang pertama di Israel.

1967
Perang Jun: Angkatan tentera Arab ditumpaskan. Dalam tempoh enam hari sahaja Israel telah menambah wilayahnya sebanyak tidak kali ganda dengan menduduki Semenanjung Sinai di Mesir, Bukit Golan di Syria, Tebing Barat, dan Gaza. Kini seluruh Palestin diduduki. Sejumlah 416 000 pelarian baru dari Tebing Barat dan Gaza tiba di Jordan, Mesir, Syria, dan Lubnan. Kuasa besar Amerika Syarikat dan Russia memulakan serangan diplomatik untuk memujuk negara-negara Arab supaya mengiktiraf Israel, dan sebagai balasan Israel akan beredar dari kawasan-kawasan yang didudukinya. Namun tiada sepatah perkataan pun disebut tentang hak kebangsaan rakayat Palestin.

1968-1969
Perjanjian Kaherah mengesahkan kehadiran rakyat Palestin bersenjata di Lubnan dan menggunakan sebahagian kawasan selatan sebagai tempat melancarkan serangan ke atas Israel. Ketiadaan angkatan bersenjata selepas tentera Arab dalam Perang Jun kemudiannya diganti dengan kehadiran Fatah. Beberapa lagi kumpulan komando ditubuhkan seperti Barisan Hadapan bagi Pembebasan Palestin dan Barisan Demokratik. 21 Mac 1968: Pertempuran Karameh- kumpulan gerila Palestin di Jordan berjaya menumpaskan angkatan tentera Israel. PLO mengambil alih kuasa ke atas kem pelarian di Lubnan dan di Jordan. Disember 1968: Israel menyerang lapangan terbang Beirut; maka bermulalah konflik di Lubnan berkaitan isu Palestin. Pada tahun 1969, kumpulan-kumpulan komando mengambil alih PLO dan pemimpin Fatah, Yasser Arafat dilantik sebagai pengerusi PLO. Pangkalan gerila turut ditubuhkan di Jordan.

1970-1971
Peristiwa Black September. Banyak sekali operasi gerila PLO yang dilancarkan dari Jordan, tindak balas dendam oleh Israel terhadap pengkalan gerila dan kampong-kampung di Jordan, perampasan empat buah kapal terbang ke Jordan, dan bertambahnya kekuatan tentera PLO mencetuskan konfrontasi antara gerakan pembebasan dengan Raja Hussein dari Jordan. Selepas pertempuran dan pembunuhan beribu-ribu rakyat Palestin, angkatan tentera Raja Hussein berjaya mengusir keluar gerakan pembebasan dari Jordan pada Septrember 1971. PLO memindahkan ibu pejabatnya dari Jordan ke Lubnan. Serangan gerila yang berterusan terhadap Israel menyebabkan Israel melancarkan serangan udara terhadap selatan Lubnan. Presiden Jamal Abdul Nasser dari Mesir meninggal dunia dan Anwar Sadat menggantikannya.

1973
Perang Oktober: Usaha Damai kuasa-kuasa besar ke atas Timur Tengah beransur-ansur menjadi buntu kerana Israel enggan bertolak ansur. Untuk memecahkan kebuntuan, Mesir dan Syria memulakan serangan terhadap angkatan tentera Israel di Semenanjung Sinai dan Golan. Negara-negara Arab memulakan sekatan minyak. Rundingan damai yang baru bermula.

1974
Pengerusi PLO, Yasser Arafat menyampaikan ucapan pertamanya di Perhimpunan Agung PBB. Sebahagian besar negara di dunia -105 buah negara- mengiktiraf PLO sebagai satu-satunya wakil sah rakyat Palestin. Pada masa yang sama, PBB mengiktiraf hak rakyat Palestin terhadap tanah air kampung halaman mereka sendiri.

1975
Operasi gerila yang begitu banyak dari selatan Lubnan menyebabkan Israel memulakan operasi pengeboman yang dahsyat terhadap kem pelarian Palestin di kawasan berkenaan. Mereka turut menyerang perkampungan-perkampungan di Lubnan untuk memaksa penduduk lari meninggalkan rumah mereka. Zionis menegaskan bahawa selatan Lubnan juga adalah milik negara Yahudi yang juga diistilahkan mereka sebagai Tebing Utara Israel. Rabbai IDF mengeluarkan risalah yang mewar-warkan bahawa bandar dan kampung di Lubnan dinamai dengan nama Ibrani kuno. Beirut ditandai Be’erot (telaga-telaga), manakala Lubnan diperihalkan sebagai tanah puak Asher.

13 April: Sayap kanan Phalange Kristian menyerang bas yang sarat dengan rakyat Palestin dan beberapa orang rakyat Lubnan. Mereka dibunuh beramai-ramai. Perang saudara Lubnan bermula. Sayap kanan Angkatan Tentera Lubnan bertindak untuk membersihkan semua kawasan Beirut Timur dan kawasan utara daripada PLO dan Gerakan Kebangsaan Lubnan (Lebanese National Movement atau LNM).
PBB mengutuk Zionisme sebagai bersifat perkauman. Mesir di bawah pemerintahan Anwar Sadat dan Israel menandatangani Perjanjian Interim yang kedua; lapangan minyak Abu Rudeis diletakkan semula di bawah Mesir.

1976
Seluruh anggota sayap kanan Barisan Lubnan menyerang kawasan orang Islam, Palestin dan Kristian yang berdegil di Beirut Timur: kem-kem Palestin ditawan, Dbayyeh (ditawan pada 14 Januari); Jisr al-Basha (lebih kurang 2000 orang Kristian) dan Tal al-Za’atar (30 000 rakyat Palestin dan rakyat Lubnan ditawan pada 12 Ogos); daerah sesak Syiah, Maslakh dan Karantina (ditawan pada 18 Januari), pinggir bandar Syiah, Nabab (ditawan pada 6 Ogos), dan Badawi, kawasan kecil Kristian Armenia. Gabungan LNM dan angkatan bersenjata Palestin yang dikenali sebagai Angkatan Bersenjata Bersama telah membalas dengan menawan bandar pantai Damour; penduduk Kristian Maronite diusir.

Pertengahan Januari: Angkatan Tentera Lubnan berpecah. Unit-unit tentera yang menentang persubahatan Kuasa Pemerintahan Tentera dengan sayap kanan angkatan bersenajat Kristian menarik diri daripada angkatan tentera dan membentuk Angkatan Tentera Arab Lubnan di bawah kuasa pemerintahan Leftenan Ahmad Khatib. Jun: Angkatan Bersenjata Bersama hampir-hampir menewaskan sayap kanan Barisan Lubnan apabila angkatan tentera Syria memasuki Lubnan atas undangan Presiden Lubnan, Sulaiman Franjieh. Kejayaan gerakan umum dan progressif tiba-tiba terencat. Syria bermula dengan menyerang angkatan tentera campuran LNM dan PLO dan dua tahun kemudian berlawan dengan sayap kanan campuran Maronite.

1977
16 Mac: Kamal Jumblatt, pemimpin LNM dibunuh. 19 November: Presiden Mesir, Anwar Sadat datang ke Jerusalem untuk memulakan rundingan damai. Lawatannya dikutuk oleh Liga Arab, terutamanya PLO.

1978
Mac: Israel menyerang selatan Lubnan, 2000 orang awam terkorban dan 200 000 lagi menjadi pelarian; enam buah kampung dimusnahkan dan 82 buah lagi dirosakkan. Israel dipaksa berundur tetapi mereka menubuhkan zon penampan atau Lubnan Bebas seluas 10 kilometer di wilayah Lubnan.

1979
Perjanjian damai yang akhir ditandatangani antara Mesir dan Israel. Israel dikehendaki mengembalikan Semenanjung Sinai kepada Mesir; pemindahan selesai pada tahun 1982. Sementara Mesir dan Israel sedang berunding, tentera Israel mengebom kem pelarian rakyat Palestin di Lubnan. Mesir kemudiannya dipecat daripada Liga Arab. Sayap kanan Angkatan Tentera Lubnan yang disokong Israel mengisytiharkan negara mereka sendiri di beberapa bahagian selatan Lubnan.

1980
Iraq menyerang Iran. Bermulalah Perang Teluk.

1981
Pesawat pengebom Israel menyerang dan menghancurkan sebuah reaktor nuklear di Baghdad, Iraq. 300 orang terbunuh dan 800 orang tercedera dalam seranga udara Israel ke atas kawasan orang awam di Beirut. Angkatan tentera Israel dengan cara yang teratur telah memusnahkan jambatan-jambatan yang menyeberangi Sungai Litani. Para diplomat Amerika merundingkan gencatan senjata di sempadan Lubnan-Israel. Disember: Israel secara tidak sah merampas Bukit Golan dari Syria.

1982
Jun: Cubaan membunuh duta Israel ke London oleh kumpulan Palestin yang radikal dan anti-PLO dijadikan alasan bagi Israel untuk menyerang Lubnan (perang Arab-Israel yang keenam); pengepungan Beirut selama tiga bulan; pengusiran angkatan bersenjata PLO dan angkatan tentera Syria dari Beirut.

14 September: Pembunuhan bakal Presiden Lubnan, Bashir Gemayel selepas beliau enggan mengikat perjanjian damai dengan Israel. 15-17 September: Pembunuhan beramai-ramai Shabra dan Shatila dijalankan oleh militia Kata’ib yang diketuai Elias Hobeika dan di bawah perlindungan dan sokongan tentera Israel. Menteri Pertahanan Israel pada ketika itu ialah Ariel Sharon.

1983
Angkatan tentera di bawah kuasa Phalange menguasai kawasan Beirut Barat. Penentangan di bawah sokongan Syria meletus dalam Fatah dan PLO; pertempuran di Lembah Biqa’a dan Tripoli, utara Lubnan berakhir dengan pemecatan askar yang setia kepada Pengerusi PLO, Arafat.

1984
Februari: Pemberontakan popular di Beirut Barat mengakhiri kuasa Phalange.

1985
Tentangan orang awam yang bersenjata terhadap askar Israel memaksa mereka berundur dari kebanyakn kawasan Lubnan yang kemudiannya diambil alih oleh pergerakan Amal, Hizbullah, dan Parti Komunis; enklaf PLO di Saida dan kem pelarian Rashidiyyah berhampiran Tyre. Mei: Militia Amal menyerang Shabra, Shatila, Bourj al-Barajneh. Bermulalah Perang Kem.

1986
Januari: Pertempuran Empat Hari di Shatila. April: Pertempuran Dua Puluh Hari di Shatila. Julai: Pertempuran Tiga Puluh Hari di Shatila. September: Pertempuran Enam Bulan bermula di Rashidiyyah, kemudiannya di Bourj al-Barjneh pada bulan Oktober, dan akhirnya di Shatila pada bulan November.

1987
Februari: Sekatan makanan ditarik balik di Bourj al-Barajneh dan Shatila; namun tembakan curi berterusan. Penyatuan semula PLO semasa mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin di Algiers. Disember: Meletusnya intifada (kebangkitan rakyat Palestin), pemberontakan popular di Tebing Barat dan Gaza di bawah pendudukan Israel.

1988
Januari: Amal menarik balik pengepungan Shatila dan Bourj al-Barajneh. Mei: Pertempuran di kem-kem di Beirut, di bawah sokongan Syria; Shatila dan Bourj al-Barajneh ditawan; mereka yang setia kepada Yasser Arafat diusir. Disember: Mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin di Algiers mengistiharkan perlembagaan negara Palestin.

1993
Pihak berkuasa Palestin dan Israel and telah menandatangani Deklarasi Oslo pada 13 September 1993 yang menjanjikan pemerintahan bebas dan berdaulat untuk rakyat Palestin.

1994
Kawasan aman Israel-Jordan dibentuk pada 26 Oktober.

2002
Pada 24 Jun, Presiden Amerika Syarikat, George Bush memetakan penyelesaian konflik Israel-Palestin. Namun perkembangan yang berlaku tidak menunjukkan kemajuan. Malah pertempuran sering berlaku saban hari.

2004-2005
Kematian Yasser Arafat. Mahmood Abbas mengambil alih jawatan sebagai pemimpin Palestin sehingga sekarang.

*Rujukan:
Bendt & Downing. 1982. We shall return: women of Palestine. Trans. Ann Henning, Zed, London, 1982.
SZ: Sekurang-kurangnya, ambil tahu apa yang berlaku terhadap saudara kita di sana. Walaupun ada yang baru nak ambil tahu sekarang, lebih baik daripada tak ambil tahu langsung sampai bila-bila.
credit: http://www.szlihin.com/2012/11/kronologi-sejarah-konflik-palestin.html

Jujur

Baru bertanya si kecil di rumah, "bilakah kita menggunakan perkataan jujur?" Dan tanpa menunda-nunda dia menjawab, jujur dalam berkata-kata. Aku terukir senyum. hati justeru berbisik, aku pun begitu juga hehe

Abu Bakar As-Siddiq digelar sebagai yg membenarkan. Meng-iyakan setiap kata-kata dan pbuatan Rasulallah saw. Menurut hemat saya, itu juga satu pbuatan yang jujur.

Kemudian saya berfikir kembali, tak kan sesempit itu sahaja maksud isfilah jujur?? Hmmm ^~^

said hawa merupakan seorang ulama yg bjaya merumuskan.ihya ulumuddin karya I.Ghazali. Beliau menggambarkan proses menjadi org yg jujur kepada 4 bhgn
1. Sidqun Niyah - jujur dengan niat
2. Sidqun 'Azm - Jujur dalam tekad
3. Sidqun Iltizam - jujur dlm komitmen
4. Sidqun 'Amal - jujur dlm proses kerja

Bererti jujur itu bermula.dengan niat. bermula.dgn niat yg.jujur, barulah kita akan meletakkan usaha yg jujur juga dan sungguh2.dlm usaha kita. IA sekiranya kita jujur dengan diri sendiri, dan kmudian jujur dengan Allah kemudian akan lahirlah usaha yg sungguh2.

Ada sahabat Rasulallah saw yg bjuangvdgn gagah berani dpm.ptempuran. Ketika pertempuran.berakhir, Rasulallah menyerahkan harta rampasan perang kepadanya. Namun begitu dia.menolak sambil.bkata, "Demi Allah. Bukan kerana ini.saya berperang bsamamu. Saya bperang bsamamu supaya saya tkena anak panah d sini lalu saya mendapat balasan syurga." Dia menunjuk pada lehernya.

Selepas sahabat itu bganjak Rasulallah bkata, "sekiranya dia jujur dgn Allah, pasti Allah penuhi kata-katanya".

Dan benar ketika perang tamat, sahabat ini ditemui mati syahid.dgn anak panah tcacak pada.leher beliau.
Subhanallah

Ayuh kita btanya pada diri,
kenapa.kita sukar merintih dlm doa??
Mungkin.kita belum.cukup jujur mencari kesalahan2 yg kita lakukan.dalam.hidup kita
Kenapa kita sukar untuk melangkah dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini??
Mungkin kita belum.cukup.jujur dalam.niat kenapa.kita berada dalam.jalan ini
Dan kenapa kita sukar utk mendapatkn sesuatu yg kita hajati??
Mungkin kerana kita belhm cukup jujur dalam menyatakan pendirian dan pilihan kita

Jawapannya semua pada diri kita,
Tepuk dada, tanya iman
Wallahua'lam
posted from Bloggeroid

Tears of Gaza - The War They Don't Show You


Mari tontong dan selami hati mereka

McD oh mcD


McD owh McD
baru semalam Gaza dibedil kuat oleh tentera Zionist. Tanpa sedar aku dan family telah melangkah ke kedai itu lagi. Benarlah kata orang, tanpa ilmu kita tidak akan bertindak benar. Kerana aku tidak aware dengan serangan itu, maka kita menjadi orang yang kurang sensitif.

Alhamdulillah aku sendiri telah berjaya memboikot membeli barang McD dan beberapa produk yang menjadi penyumbang kepada rejim Zionist itu. Melarang keras diri sendiri dari membayar wang kepada company yang akan menyumbangkan 5% dari keuntungan mereka kepada franchisornya. 5% itu Tampak sedikit 5% itu, tapi kalau dikira dengan dengan keuntungan besar  yang mereka peroleh dari setiap cawangan McD di seluruh dunia, cuba bayangkan, berapa jumlah yang akan terhitung, pastinya teramatlah besar.

Cuba bayangkan, jika seorang yang berbelanja di McD membelanjakan RM10. Dan dalam satu jam, bayangkan sekiranya mereka boleh memuatkan sebanyak 200 pelanggan. Dan hal itu berlaku sekurang-kurangnya untuk 15 jam sehari. Jadi jumlah pelanggan mereka boleh mencecah hingga 3,000 pelanggan. dan sekiranya setiap seorang dari mereka membelanjakan RM10, keuntungan McD boleh mencecah RM4000. OK saya kira ini adalah bilangan minimum yang boleh mereka capai dari sebuah restoran. Pada tahun 2004, mereka mempunyai 30,000 cawangan di seluruh dunia, dengan 50,000,000 pengunjung sehari. Jadi 5% dari jumlah tersebut pula (RM150*30,000 cawangan) akan disalurkan kepada ibu pejabat mereka yang akan menyumbang kepada ISRAEL. Astaghfirullah al-azim. Dengan jumlah itu bayangkan apa yang mampu mereka beli? Berribu-ribu butir peluru....

Mahukah kita menjadi sebahagian dari mereka yang menyumbang kepada keganasan Israel? Menjadi penyumbang dana kepada mereka untuk membeli kelengkapan perang mereka? Mata kita mengalirkan air mata melihatkan kekejaman mereka, melihat darah insan tidak berdosa itu mengalir, namun mungkin saja peluru itu dibeli pelaburan yang kita buat melalui produk2 femes mereka T_T
Astaghfirullah al-azim.

Ana sendiri masih belum berjaya meyakinkan family ana untuk memboikot produk2 Israel ini. Kerana tanpa kefahaman, mungkin sukar untuk melahirkan tindakan yang benar. (Ya Allah, bantulah hamba mu yang lemah ini ya Allah).
Tapi benar kata ukhti kesayangan ana, xkan kita merasa senang dengan keadaaan begini? Soalan buat diri sendiri, apa altenatif kita untuk memberi kefahaman buat insan tersayyang mengenai isu boikot ini?

Moga Allah memberi kekuatan buat diri untuk terus memboikot dan mengajak mereka yang lain untuk turut sama memboikot produk mereka.

Because Allah counts our effort, no matter how small it is.
Because wat matters is pengorbanan:')
Inna a'thoina Kal-kauthar
________________________________________________________________________________

dan baru hari ini 19/11/2013,
mereka memberi burger percuma pula. Sungguh mereka sungguh licik dalma memperkasakan strategi bisnes mereka. Mencipta peluang dan meraih keuntungan. Tapi adakah kita akan mudah termakan dengan tipu helah mereka ini?
Mungkin mereka tidak tahu, ya mungkin, kerana itulah lorong drive-thru itu panjang berjela, mungkin mereka tidak tahu bahawa McD itu penyumbang kepada keganasan, jadi mereka hanya sekadar menikmati enaknya burger itu, mungkin mereka tidak tahu
Alhamdulillah kita berada di bumi bertuah Malaysia, aman dan sentosa
Tapi adakah itu akan membunuh sifat sensitif kita?
Moga bertambah rasa syukur dalam diri, dan berusaha dalam kesenangan ini
wallahua'lam

________________________________________________________________________________
ini ulasan dari Pengerusi Aqsa Syarif:


Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari revenue mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar). 

Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan message yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan. Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada israel' bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boycott akan gagal dan McD Corporation US bolih meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.


Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan message yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kpd Israel. 

Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee shj jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang bolih dibeli oleh Israel dgn sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin. 


Kerana itu boycott adalah satu 'peperangan'. Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dgn mengatakan kami 'cawangan tempatan' dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kpd ekonomi negara dan menyediakan peluan pekerjaan kpd rakyat tempatan.


Jika semua negara membuat pengistiharan spt ini dan semua warga dunia terpedaya dgn seruan manis; ini boycott akan gagal total. Tetapi apabila McD semberang laut menerima tempiasan dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kpd zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut. 


Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah 'yang masuk akal' untuk menggagalkan strategi boikot.

Ketenangan

ketenangan itu ibarat air yg tidak berkocak,
menenagkan setiap mata yg memandang

TENANG
suatu kondisi hati yg akan terbias ke setiap kata-kata, dan perilaku empunya diri
jika hati tenang, maka setiap kata yg terkeluar akan menggembirakan yg mendengar,
jika hati tenang, maka senyum itu akan terpancar terus ke mata meskipun tipis
jika hati tenang, setiap tindak tanduknya akan menenangkan mereka yg memandang

mungkin hati sedikit goyah sekarang, hingga kata yg keluar mengguriskan hati orang yg mendengar,
mungkin hati jauh dari Allah, menyebabkan diri tidak bijak menilai situasi menhomel sana sini

tapi
alhamdulillah Allah itu Maha Lemah Lembut dan Maha Penyayang
Dia hantarkan insan yg masih sudi bersahabat dengan kita disebalik setiap kekurangan diri
Dia hantarkan insan yg sudi menegur kita kerana menyayangi kita keranaNYA
kerana tidak mahu kita terus terjerumus ke lembah hina, ke lembah dosa

:')

Moga Allah masih hadirkan mereka utk menarik aku kembali
utk mengingatkan aku apa yg aku lupa
melengkapkan setiap kelemahan diri
kerana uhibbukifillah itu adalah saling mengingaktkan, melengkapkan
menuju redha Allah, menuju CINTA DIA

Jazakillahu Khair