Jom Tadabur:) Allah menyatakan dalam kitabnya pada ayat 4:82 yang bermaksud
"Maka tidakkah mereka menghayati (tadabur) al-quran? Sekiranya al-quran itu bukan dari Allah, pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya" [4:82]
Tadabur itu bukanlah mentafseer. Kerana tafseer itu hanya dilakukan oleh mereka yang berilmu, Menafsirkannya dari segi bahasa, dari segi seerah dll. Tapi itu tidak bermakna diri kita yang dhaif ini tidak boleh mengambil pengajaran dari quran. kerana al-quran itu diturunkan kepada kita semua. untuk kita mengambil pelajaran darinya. Diturunkan kepada hati yang manusia semua memilikiya. Malah sama. Bukan kepada akal yang kita ketahui setiap dari kita mempunyai kepandaian dan kelebihan yang berbeza. Juga tahap ilmu yang berbeza-beza.
agar kita sama2 menghayati dan mengambil pengajaran darinya. Menjadi bekal untuk kita meneruskan sehari-sehari kita, menjadi refleksi agar membawa kita lebih dekat kepada Allah, insya Allah
************************************************************************************
Jom kita tengok surah al-fatir ayat 33-35
35-33: Syurga ‘Adn, mereka masuk ke dalamnya. Di dalamnya mereka diberikan perhiasan
daripada gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya
adalah sutera.
35-34:
Dan mereka berkata: "Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) yang telah
menghilangkan dukacita daripada kami. Sesungguhnya Rab (Tuhan) kami adalah
al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Shakur (Maha Mensyukuri).”
35-35:
“Yang menempatkan kami di negeri yang kekal, daripada kurnia-Nya (Allah).
Di dalamnya kami tidak merasa penat dan tidak merasa lesu.”
Kalau kita fikir-fikir dan renungkan, kenapa agaknya ahli syurga apabila masuk ke dalamnya, mengucapkan syukur kerana telah menghilangkan dukacita?? Di emphasisekan pula bahawa mereka tidak akan merasa penat dan tidak merasa lesu??
Subhanallah. Kerana itulah sifat dunia. Kita akan merasa penat di dunia ini, berdukacita dan lesu. Sedih apabila ajakan dan seruan kita tidak diterima orang, sebagaimana Nabi Nuh yang telah menyeru kaumnya hingga berumur 950 tahun hingga pengaduan baginda yang terpateri dalam Surah Nuh
71-5:
(Nuh) berkata: "Rabbi(wahai Tuhanku)! Sesungguhnya aku telah menyeru kaumku
malam dan siang.”
71-6: “Maka
tidak menambahkan kepada mereka seruanku itu melainkan (mereka) lari.”
71-7:
“Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka agar Engkau (Allah) mengampunkan
mereka, mereka memasukkan jari mereka ke dalam telinga mereka dan mereka
menutupkan (muka) dengan baju, dan mereka berterusan dan takbur (menyombongkan
diri) sebenar takbur”
71-8:
“Kemudian sesungguhnya aku telah berdakwah kepada mereka secara terang-terangan.”
71-9:
“Kemudian sesungguhnya aku telah menjelaskan kepada mereka secara terang
dan secara rahsia sebenar-benar rahsia.”
71-10:
“Maka aku katakan kepada mereka: Mohonlah keampunan kepada Rab (Tuhan)mu,
sesungguhnya Dia (Allah) adalah al-Ghafar (Maha Pengampun).”
71-11:
“Nescaya Dia (Allah) akan mengirimkan hujan kepada kamu dengan lebat.”
71-12:
“Dan membanyakkan harta dan anak-anak kamu, dan mengadakan untuk kamu kebun-kebun
dan mengadakan untuk kamu sungai-sungai.”
Bukankah penat menyeru kepada kebaikan itu? Apatah lagi apabila seruan itu ditolak mentah dan ditentang secara terang-terangan. Penat, letih, lesu pasti menjadi sebahagian dari hidup mereka. Membawa mereka lebih rapat kepada Allah. Sometimes or mungkin moost of the times, hanya dengan ujian yang lebih hebat, bila tekanan hidup yang meninggi akan membawa kita lebih rapat kepada Allah. Merasakan pergantungan kepada Allah, yang akan menentukan perjalanan hidup kita, meringan beban hidup kita. Bahkan dengan rasa sedih itu, penat itu, kita akan lebih mengingat Allah, Lebih hebat pengaduan kita.
"maka apabila mereka naik kapal, merekaberdoa kpd Allah dengan penuh rasa pengabdian kpdNYA, tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, malah mereka mempersekutukan Allah" [29:65]
Mungkin hari ini kita penat dengan kerja kita bermula dari jam 8 hingga jam 5 petang bertungkus lumus di pejabat, tak tambah lagi dengan penat berulang alik dari tempat kerja, kemudian kena bergegas memberi pengisian, hingga pulang lewat malam. Bagi mereka yang study, study kita pun xkurang penatnya, assignment berderet-deret, bercampur dengan tak reti lagi, hati runsing kita terlalu fokus dalam study hingga akan melupakan tugas menyeru itu, malah dalam kepenatan tu kena jugak completekan mutabaah amal. Penat memang penat!!
Maka bergembiralah dengan kepenatan yang kita rasai. Bergembiralah dengan dukacita hati kita rasai. Semoga rasa ini, hanya sementara. sebagaimana sifat dunia yang aka tiba ke 'expiry date' nya. Menjadi bukti bahawa kita all out dalam mencari redha Allah. Meraih cinta yang akan menyelamatkan kita dari azab neraka yang membakar. Mencari peluang demi peluang higga bertemu dengan Allah azzawajalla, insya Allah.
Risaulah sekiranya anda terlalu gembira dengan dunia! Runsinglah kiranya diri merasakan indahnya hidup dunia hingga lupa mencari saham akhirat! dan risau jugalah kiranya penat anda itu tidak membawa diri lebih dekat kepada yang Menciptakan kita. Kerana matlamat kita adalah syurga, insya Allah
Menjadikan dunia sebagai medan menanam kita hingga kita bisa tuai di hari akhir kelak, bilamana tiada lagi yang bisa menyelamatkan kita.