Ana enti

A: Ya ukhti??apa khabar hari ni??
B: Alhamdulillah sihat *sambil tersenyum*
A: Enti faham kan maksud ana, sihat imani dan jasadi
B: ya ukhti, insya Allah ana faham:)

Ana enti. Gulp sukar nya nak keluarkan dua patah perkataan tu. Ada meremang bulu roma sikit. Sebelum terkeluar perkataan hikmat tu, diri sendiri terlebih dahulu berpeluh sejuk. PHew phew

Ada apa dengan ana enti??kaifa haluki, akhwat fillag etc etc dan segala kalimah arab yg lain. Wajub ke ek kita untuk guna istilah2 arab ni?? Dapat pahala ke camne ek??

Ok ana pun sedikit blur jugak nak jawab soalan2 tu. Tapi ana yakin ada kebaikan dalam.menggunakannya. Jika tidak kenapa Allah memilih bahasa Arab sebagai perantaraan kalamullah. Dan percaya atau tudak, kita akan sort of behave bila kita gunakan ana enti dan istilah arab yg lain. Ia membawa kita kepada satu biah islami. Satu biah dimana kita rasa indah di dalamnya. Sedangkan panggilan nama kita juga merupakan sebuah doa, mendoakan rahimah supaya menjadi penyayang, mendoakan amanina supaya menjadi tenang dan seterusnya. Jadi panggilan ana juga membawa kita kepada satu biah tarbiyah. Membawa kita kepada sunnah nabi, sama2 mengikuti baginda untuk bertutur bahasa arab.

Sekiranya hal kecik itu mampu membawa kita, mentarbiyah kita.untuk menjadi lebih baik, why dont we try kan??setakat peluh sejuk tu tolaklah tepi kejap, insya Allah lama2 jadi habit.hee..and may Allah grant us pahala following sunnah, insya Allah:)

posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. Eloklah guna bahasa kita yang sopan; awak / saya kalau dengan sahabat, mak cik / pak cik kalau dengan orang tua, Pak Long, Ayah Su, saudara / saudari kalau dengan mereka yang kita belum mesra lagi... atau guna nama timangan, Awe, Che Pah, Ayong untuk keluarga atau yang hampir keluarga.. Kesopanan adalah Islam dan bukan setakat Anta, ente disselangi dengan bahasa pasar atau bahasa rengkas yang kacau bilau...

    ReplyDelete
  2. setuju dengan abah bila kesopanan adalah sebahagian dari islam, berlemah lembut dengan yang lebih tua mahu pun muda..malah segala yang fitrahnya baik adalah islam:) tapi apa salahnya kita tambah lebih sedikit amalan kita kan:) menyempurnakan perkara yang baik menghampiri kesempurnaan insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada tambah nilai tak apa.. Masaalahnya tiada tambahan nilai, malah boleh menurun lagi... contoh; kalau dengan orang yang lebih tua kita bahasakan Kak, abang, ... tapi dengan menyebut anta, ente menggantikannya, maka hilanglah unsur hormat kepada yang lebih tua di situ... Kalau bercakap dalam bahasa Arab terus tak apa pulak kerana ada cara lain dalam bahasa itu untuk memberi hormat...

      Delete