Susahnya lidah mengatur bicara

Daie itu adalah dari segenap sudut, setiap ketika. Dari cara dia makan, cara bergaul hinggah ke cara membeli belh sekalipun. Dakwah itu tidak terhad kepada dalam usrah semata, ketika menghadiri daurah dan ketika menjadi penyibuk program. Setiap saat dan ketika, kita sedang diperhtikan.orang sekeliling. "teacher nampak anak rambut, teacher kenapa.pakai baju.macm ni, teacher kenapa xboleh puasa hari sabtu, teacher dan teacher yg lain" mungkin kerana imej ustazah itu telah terpahat di kepala.mereka, jdi mudah mereka mengajukan.soalan, dan meminta pendapat. Tapi setiap langkah kita menjadi suatu perhatian mereka. Benarlah qudwah itu amat lah penting. Bila wujudnya qudwah, maka thiqah itu akn lahir.

Tapi ada masa dn ketika, sudah dipikirkan apa yg hendak.dikongsikan.bersama.anak2, tapi kenapa.sukar bemar mengatur bicara. Menanti saat tepat untuk masuk line, bukanlah.suatu perkara yang mudah. Untuk membuat mereka stay tune juga.sukar, kerana masih kanak2.

Wahai duat sekalian, mad'u kita buknlah terhad kepada usrati kita sahaja, tetapi kepada semua yg kita temui dalm.kehidupan.sehari-hari. Maka perkasakanlah socil.skill mu, kerana itulah pintu masuk ke hati manusia. Dengan.se-simple.senyuman. Jika dirimu masih sukar mengukir senyuman, maka praktis lah. Kerana dari mata akan turun hati. Pelajarilah sunnah itu, kerana.Rasulallah sendiri sangat murh dengan senyuman.

Tika lidah sukar mengatur bicara, beristighfarlah. Moga ALlah menghadirkan jalan keluar buat kita.
Wallahua'lam

posted from Bloggeroid

Semangat dan Ruh

Syed Qutb pernah dihantar menjadi duta Mesir ke Amerika. Lama selepas dia kembali semula ke Mesir dia pernah mengungkapkan kesimpulan dari pengalamannya tinggal di Amerika dengan mengatakan, “Di Amerika segala-segalanya ada kecuali Ruh”

Di dalam diri kita ini ada dua perkara yang menggerakkan kita, yang pertamanya semangat, yang keduanya Ruh.
Marilah hari ini kita berbicara tentang kedua-duanya sebagai seorang manusia, dan sebagai seorang daie.
Semangat itu adalah satu tolakan dalaman yang kuat, dan melonjak-lonjak sehingga mampu menggerakkan tuan punya tubuh apabila satu-satu kemahuan ingin dicapai. Di dalam diri seorang manusia, semangat ini adalah yang menyebabkannya bangun setiap pagi mengejar cita-cita dunia. Semangat inilah yang membuat kita sanggup mengharungi susah payah dan penat lelah. Semangat inilah yang menyebabkan kita sanggup menghabiskan masa berjam-jam di dapur memasak makanan yang sukar apabila kita teringin sangat nak memakannya. Semangat inilah yang mendorong kita untuk keluar berjoging saban hari kerana sangat ingin menguruskan badan. Semangat inilah yang menyebabkan kita sanggup berjaga malam demi menghabiskan episod-episod drama yang diikuti. Dan semangat inilah juga yang menolak kita untuk berhempas-pulas belajar tatkala menjelangnya musim peperiksaan kerana kita sangat ingin lulus dalam peperiksaan.

Semangat didorong oleh kemahuan, dan kemahuan wujud atas ilmu dan kefahaman.

Semakin bertambahnya ilmu dan kefahaman, semakin kuatnya semangat. Ambil contoh pergi bercuti, seseorang mengajak kita bercuti ke pulau A. Mula-mula kita tak rasa teringin utnuk pergi, tetapi selepas diberitahu bahawa di pulau A ada sekian-sekian, dan orang-orang sekian juga akan pergi, dan kita akan terlepas keseronokan yang sekian-sekian, tiba-tiba semangat itu datang, dan menolak kita untuk pergi. Dalam konteks study begitu juga, semakin banyak kita menuntut ilmu kita semakin semnagat untuk belajar.
Dalam konteks seorang daie, semangat ini kita panggil dzatiyah atau hamasah. Sama juga. ianya adalah sebuah tolakan dalaman yang kuat yang melontar jauh-jauh diri seorang daie itu ke satu lembah tarbiyyah yang mendambakan pengorbanan dan obsesi seorang daie itu. Dan tolakan dalaman ini lahirnya dari ilmu dan kefahaman yang bertambah, dari hari ke hari. Kita belajar sedikit demi sedikit intipati Al-Quran, hadis-hadis, sirah Rasulullah, kita belajar tentang dakwah dan tarbiyyah, kita belajar tentang matlamat dan tujuan kita dijadikan. Sehingga tanpa sedar hadirnya sebuah semangat yang meluap-luap dan tidak dapat dibendung yang menolak seorang daie itu untuk bersungguh-sungguh menjadikan tenaga itu sebuah gerakan. maka kita pun bergerak menyeru manusia kepada kebaikan tanpa putus-putus.

Kalau begitu Ruh itu apa? Apa fungsinya? Apa perlunya Ruh kalau sudah ada dzatiyah yang menggerakkan?

Ruh adalah segala-segalanya.
Sedangkan semangat hanyalah satu perkara.

Ruh adalah keikhlasan. Ruh adalah kejernihan hati. Ruh adalah suara hati yang tertaut kepada Allah. Ruh adalah kebenaran. Ruh adalah rindu. Ruh adalah cinta. Ruh adalah tangisan air mata di malam hari yang bening. Ruh adalah perasaan takut membuat dosa. Ruh adalah harapan yang besar kepada Allah. Ruh adalah tawakkal. Ruh adalah tajarrud. Ruh adalah iman. Ruh adalah kesediaan berkorban segala cita-cita, keinginan, dan kecintaan demi Allah. Ruh adalah kemanisan ukhuwwah. Ruh adalah jiwa2 Mutmainnah yang diejmput sendiri oleh ALlah untuk memasuki syurgaNya. Ruh adalah sikap sangka baik dengan teman-teman. Ruh ialah sabar ketika sedang marah. Ruh ialah apabila teman-temanmu memandangmu mereka ingat kepada Allah. Ruh ialah sentiasa mengingati mati dan hari akhirat. Ruh ialah sedar dunia dan akhirat ini adalah satu garis yang bersambung. Ruh adalah hati yang suci, bersih, dan tenang. Ruh ialah jiwa yang bebas dari segala ikatan dunia dan hanya terikat kepada Allah semata-mata.

Manusia pada hari ini punya semangat-semangat yang besar, mana-mana manusia pun, termasuklah daie. Jiwa kita berkorbar, tetapi kita sebenarnya mati.
Kerana ruh telah lama mati.

Apabila Syed Qutb mengungkapkan bahawa “Di Amerika segala-segalanya ada, kecuali Ruh” kita fahami bahawa di situ lautan ilmu amat luas, manusia-manusia di situ amat pintar dengan daya upaya berfikir dan menginovasi ciptaan-ciptaan baru yang menaikkan taraf keselesaan hidup sehingga kehidupan jadi amat lancar dan seronok sekali. Di situ terdapat banyak jiwa-jiwa yang bersemangat, sebab itu saban hari ada gerakan-gerakan yang berlaku yang membawa perubahan-perubahan yang besar. Sebab itu di situ segala-galanya ada. tetapi manusia-manusia mati. Kehidupan menjadi amat hina. Kemajuan teknologi dan kepintaran bercampur-baur dengan sikap-sikap yang meletakkan manusia itu lebih hina dari haiwan. Manusia-manusia bergelut untuk meraih segala nikmat dunia.

Cukuplah menuding jari pada orang, kita ini bagaimana?
Adakah Ruh kita ini hidup atau kita ini sama sahaja dengan manusia-manusia lain yang juga punya semangat yang tinggi?

Dzatiyah itu perlu, tetapi hidupkanlah Ruh mu. Ruh itu didapati dari kalam-kalam Allah yang selalu kita letakkan di tempat tinggi supaya tidak senagaj terlangkah tetapi jarang-jarang kita mahu membacanya apatah lagi mentadabbur. Bukan, kalam ALlah perlu diletakkan dalam hati, bukan di tempat tinggi.
Manakah yang lebih tinggi dari jiwa seorang manusia yang ruhnya hidup dan terpancar bercahaya?
Yang apabila kita memandang ke wajahnya kita tahu dia ‘hidup’ kerana pancaran ruhnya begitu bersinar sekali.
Ruh itu didapati dari jiwa yang tertaut kepada Allah pada setiap saat hidupnya, yang merindui ALlah, yang mencintai Allah, yang tak ingin apapun datang merampas Allah dari masanya. Dan ia disirami dan disimbah dengan kalam-kalam Allah yang mulia, Al-Quran. Sebab itu kita ni tak kan putus asa menyeru manusia kembali kepada Al-Quran, kerana kita mahu menghidupkan jiwa-jiwa yang mati, kosong dari Ruh yang telah berjanji kepada ALlah akan setia menyembahNya, taat dan patuh kepada Nya. Ya, kita mahu hidupkan Ruh itu yang telah lama mati.
Dan hanya jiwa-jiwa dengan Ruh, boleh menghidupkan Ruh.
Apabila Ruh telah hidup, dzatiyah/semangat akan hadir tanpa sedar.
kita mahu menjadi orang yang megajak orang lain dnegan ruh kita yang hidup, takut2 jadi orang yang disebut di dalam hadis ini,
“Segolongan orang-orang yang masuk syurga pergi kepada penghuni neraka. Penghuni neraka lalu bertanya, ‘Bagaimanakah kalian bisa masuk syurga?’ Penghuni syurga menjawab, ‘Tidaklah kami masuk syurga, kecuali dengan apa yang pernah kami pelajari dari kalian.’ Mendengar jawapan itu penghuni neraka berkata, ‘Kami memang mengatakannya namun tidak melaksanakannya’ ” (HR Thabrani)
Ya, hanya Ruh yang akan menolak kita menjadi orang yang pertama-tama mengotakan kata-katanya.
Bukan berkata-kata untuk daie sahaja, tetapi untuk semua. Bangkitlah ruh-ruh yang sepi!!
Saya mengingatkan diri saya dahulu sebelum orang lain.
Allahua’lam.

*credit to an ukhti,moga Allah menganjarmu dengan kebaikan*

Ramadhan Tiba

Yipppeeee:)

alhamdulillah tsumma alhamdulillah
ramadhan tiba lagi. tinggal kurang sepuluh hari lagi kita akan menyambut bulan yang penuh kemuliaan ini. Bulan dimana Allah menutup segala pintu neraka dan dibukakan seluas2nya pintu syurga. Pengampunan diberikan buat mereka yang memohon keampunan. Malah ganjaran setiap kebaikan juga dilipat gandakan berkali-kali lipat ganda. Masya Allah. Benarlah Allah itu Maha Pemurah, dan kasih sayangNYA itu tak bertepi.

Kalau kita merasakan berdosa, maka pergilah bersujud memohon ampun kepadaNYA. Kerana sangat suka kepada hamba-hambaNya yang memohon keampunan dari beribadah dengan riya'.

Sekiranya kita merasakan jauh dari syurga, maka letaklah Allah dalam hati kalian, maka kita akan berusaha sebaik mungkin. Mungkin kita malas kerana kita xnampak ganjaran yang kita peroleh, mungkin kita x all out sebab hari ini kita tak dikurniakan pointer, mungkin hari ini kita tak bertaubat kerana kita jahil dengan perihal dosa yang indirectly kita lakukan. Astaghfirullah al-azim.

Ana terasa kecil bila mengenangkan diri yang x bersungguh-sungguh menyambut ramdhan. Lebih sibuk dengan 'ujian selaras' yang akan diadakan minggu hadapan. Benar itu adalah amanah, maka kita kena All out. Tapi itu bukan alasan untuk kita tidak menjemput ramadhan yang bakal hadir.

Environment bukan perkara yang harus dipersalahkan, kerana kita yang membentuk environment. Jadi jangan mengeluh jika environment anda tidak bersunngguh2 menyambut ramdhan. Kerana hakikatnya kita yang duduk sahaja. Melihat dan tidak bertindak.

Jadi duhai diri. Kenapa diam. Ramadhan kan dah hampir. Pintu keampunan terbuka luas, Tak kan nak bertaubat seorang diri, Membiarkan yang lain 'hanyut' dalam ramadhan.

Image

Sometimes we just have to look at things closely to feel their wonders:) subhanallah~


posted from Bloggeroid

Good Morning Teacher:)

Two weeks has gone. Ada masanya terasa cepatnya masa berlalu, dan ada kalanya terasa perlahan setiap detik itu berputar. Life here has never been easy. From 7am to another 7am, we are dealing with students. Either seeing them in class, on our way from class to cafe, from staff room to our house, and from house to surau. well that is how my life now, dikelilingi student, mad'u-mad'u ku. Good Morning teacher, Thank You teacher and ada juga sampai yang tersasul assalamualaikum ustazah. Hati tersenyum sendiri sahaja, diiringi rasa tak layak dari dalam.

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah. Allah mengurniakan kita dikelilingi mad'u-mad'u kecil ini. Cuba dalam setiap detik itu memberikan yang terbaik, menjadi role model penyebar islam itu sendiri. Kerana kita sedar, guru itu bukan hanya terhad kepada mengajar, tetapi MENDIDIK aka menTARBIYAH.
“Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatNya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Al Kitab dan Al hikmah (As Sunnah), dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”
[Al-Jumu’ah (62) : 2]
Jadi boleh atau tidak, atau secara naturalnya, kita memang akan menyelitkan cerita-cerita sebagai pengajaran buat adik2 comel ini, kerana islam itu untuk dihayati dan bukan utk di'telaah' kosong.

Namun tugas itu xsemudah disangka. Bukan sahaja rohani menjadi pertaruhan, tapi aspek fizikal juga. Baru 2-3 hari mengajar, suara dah hampir meninggalkan badan. *erk bukan ke suara saudari macam xperlu pakai speaker* haaa itulah pasai, rasa dah cukup kuat suara, tapi rupa2nya dapat ranking 4 dari 10 kata my students. Haaa nak wat camne tu!! so usaha diperhebatkan lagi, hingga hari berikutnya, suara aku dah mengalahkan suara Ella. Uhuk2 O_o

Haish macam2 kan, itu baru seminggu dua menjadi guru. Semangat sedang berkobar2 lagi nak mentarbiyah dan menjana tenaga letrik sendiri *kadang2 lemah lutut jugak* tapi alhamdulillah, Allah hadirkan akhwat kesayangan, family tersayang yang xjemu-jemu bertanya khabar. suara risau mereka rasa nak dirakamkan buat memori indah ku. *semoga tak lupa dibenak fikiranku, tercatit di hatiku, dan lebih-lebih lagi diganjarkan Allah dengan leeebbbiiihhhh lagi* sebab tak mungkin dapat berdiri sendiri tanpa support dan peringatan enti<3 uhibbukifillah kerana saban hari sabar mendengar..moga terus dan terus dikurniakan kesabaran dan Allah lah sebaik2 pemberi ganjaran.