Yipppeeee:)
alhamdulillah tsumma alhamdulillah
ramadhan tiba lagi. tinggal kurang sepuluh hari lagi kita akan menyambut bulan yang penuh kemuliaan ini. Bulan dimana Allah menutup segala pintu neraka dan dibukakan seluas2nya pintu syurga. Pengampunan diberikan buat mereka yang memohon keampunan. Malah ganjaran setiap kebaikan juga dilipat gandakan berkali-kali lipat ganda. Masya Allah. Benarlah Allah itu Maha Pemurah, dan kasih sayangNYA itu tak bertepi.
Kalau kita merasakan berdosa, maka pergilah bersujud memohon ampun kepadaNYA. Kerana sangat suka kepada hamba-hambaNya yang memohon keampunan dari beribadah dengan riya'.
Sekiranya kita merasakan jauh dari syurga, maka letaklah Allah dalam hati kalian, maka kita akan berusaha sebaik mungkin. Mungkin kita malas kerana kita xnampak ganjaran yang kita peroleh, mungkin kita x all out sebab hari ini kita tak dikurniakan pointer, mungkin hari ini kita tak bertaubat kerana kita jahil dengan perihal dosa yang indirectly kita lakukan. Astaghfirullah al-azim.
Ana terasa kecil bila mengenangkan diri yang x bersungguh-sungguh menyambut ramdhan. Lebih sibuk dengan 'ujian selaras' yang akan diadakan minggu hadapan. Benar itu adalah amanah, maka kita kena All out. Tapi itu bukan alasan untuk kita tidak menjemput ramadhan yang bakal hadir.
Environment bukan perkara yang harus dipersalahkan, kerana kita yang membentuk environment. Jadi jangan mengeluh jika environment anda tidak bersunngguh2 menyambut ramdhan. Kerana hakikatnya kita yang duduk sahaja. Melihat dan tidak bertindak.
Jadi duhai diri. Kenapa diam. Ramadhan kan dah hampir. Pintu keampunan terbuka luas, Tak kan nak bertaubat seorang diri, Membiarkan yang lain 'hanyut' dalam ramadhan.
No comments:
Post a Comment