Ini pulak tazkirah dari minggu lepas.
Pernah tak diri mahu merajuk?
Bila diri punya expectation tak dipenuhi, kita akan mudah bawa hati. Bak orang kelantan kata, "kesok hati".
Bila jadi guru ni, macam-macam yang boleh jadi punca kemerajukan.
Students tak siap homework, students tidur dalam kelas, students itu, students ini.
Seboleh mungkin aku cuba untuk tidak ber-sensitif dalam kelas. Errr sebab diri pun tak suka dan tak faham dengan cikgu yang merajuk ni. Tapi hari tu, seriusly hampir jatuh dalam kategori merajuk. eeEEee malu dengan Allah, sebab Allah dok bersabar lama dengan aku yang payah dengar kata ni.
Akhirnya aku di-ingat-kan dengan suatu kisah yang amat significant untuk penyakit ni. Memang benar, Allah amat mengetahui apa yang kita perlukan. Sometimes Allah hantar nasihat dari arah yang tak di sangka-sangka.
Ramai yang dah mendengar kisah Nabi Yunus dan Ikan Nun. Bagaimana Nabi Yunus telah ditelan oleh ikan nun. Teringat nasyid yang kami alunkan di zama tadika dulu
Wahai kawan-kawan mari dengar cerita
kisah nabi yunus dalam perut ikan nun
wahai kawan-kawan, janganlah bimbang
Nabi Allah tetap dalam pembelaan
Nabi Yunus menyeru kepada kaumnya
sembahlah Allah yang Maha Esa
.......
Memori terhenti sampai di situ saja (mungkin pembaca yang tahu boleh sambungkan heee)
Ok, Tapi kenapa yer Nabi Yunus ditelan oleh ikan nun?? Kisah baginda telah Allah ceritakan dalam surah As-Saffat, 37:139-148
[139]Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
[140](Ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat.
[141](Dengan satu keadaan
yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari
orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut).
[142]Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.
[143]Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),
[144]Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.
[145]Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang ia berkeadaan sakit.
[146]Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.
[147]Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih.
[148](Setelah berlaku apa
yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka
menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan bagi
masing-masing).
Dan Nabi Yunus telah melarikan diri. Merajuk gara-gara seruan baginda tidak disambut baik oleh kaumnya. Baginda telah mencuba sedaya mungkin, namun ajakan nya tidak di-endahkan. Jadi baginda membawa diri, melarikan diri ke tepi laut. Nabi Yunus telah menumpang di dalam sebuah kapal yang akhirnya baginda terpilih (melalui undian) untuk dicampakkan ke laut.
Allah menguji baginda kerana membawa diri. Berputus asa apabila usahanya tidak membawa hasil yang diharapkan. Alhamdulillah, Allah mengilhamkan baginda untuk bertaubat dan memohon maaf, sungguh Allah itu Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat. Peristiwa ini Allah lakarkan di dalam surah Al-Anbiya, 21:87-88.
[87]
Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan
kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami
tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku
kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang
gelap-gelita dengan berkata: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat
menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada
melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari
orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.
[88]
Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari
kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya
Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu
kepada Kami).
Bukan kaumnya itu bodoh, bukannya kaum itu tidak mengerti. Tapi hakikatnya hidayah itu milik Allah. dan Allah jualah pemilik hati mereka. Dan Allah akan tentukan bilakah masanya mereka akan kembali ke jalan yang benar, jalan al-haq, jalan ke syurga.
Dan kaum nabu Yunus akhirnya berbondong-bondong menjadi orang yang beriman. Time will heal everything. Coz time is something controlled by Him, Pemilik Masa itu sendiri.
Jadi buat diri, usah merajuk. Pujuklah hatimu. Kerana mereka itu milik Allah. dan Allah hanya ingin menguji-mu, kesabaranmu.
No comments:
Post a Comment