Benarlah kata orang, selepas mendapat sesuatu, kita pasti akan di-uji
sebenarnya amat susah untuk aku sedar bahawa hakikatnya aku sedang di uji selepas mendapat ilmu baru
tapi hari ini, benar aku teruji
Last nite, my dearly friend share 3 verses from the Quran
(ok, u may grab your quran and flip to surah al-hujurat, 49:1-3)
[1]Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan
sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan
RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[2]Wahai orang-orang yang
beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan
janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap
dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa
bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya
amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.
[3]Sesungguhnya orang-orang
yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah
(s.a.w), – merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati
mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
Ok basically these verses menerangkan tentang adab-adab dengan murabbi, which are
1. tidak boleh meninggikan suara
2. Tidak mendahului Allah dan Rasul dalam membuat keputusan (segalanya kena based on Quran dan Sunnah)
Terfikir sejenak, bagaimana perasaanya kita seorang best-buddy yang teramat kamceng; sering bertepuk tampar dan ber-hu-ha segala. Tiba-tiba rakan anda mendapat pangkat Tan Sri. Owh pasti janggal rasanya, terpaksa berformal dan membahasakan best buddy anda dengan gelaran Tan Sri. Pasti gaya percakapan kita juga terpaksa bertukar, gara-gara rakanku kini seorang berdarjat tinggi dan seorang yang terhormat. Pasti anda terpaksa bersabar dan terus bersabar untuk bersopan sedemikian rupa.
Ha, mungkin begitulah gayanya Abu-Bakar apabila sahabatnya Muhammad mendapat gelaran Rasul Allah, Rahmatan Lil Alamin. Pasti beliau dan rakan-rakan yang lain berjihad, dalam meninggikan kalimah Muhammad ya Rasulallah. Subhanallah.
Untuk melakukan kesemua itu, menuntut kesabaran yang amat besar.
dan kesabaran itu akan membersihkan hati kita, membawa kita setapak lebih dekat kepada darjat taqwa (darjat tertinggi yang akan membolehkan kita ke syurga).
dan hari ini kesabaran aku benar teruji. Dengan keletah budak2, baik di dalam kelas mahupun di luar kelas. Kadang-kadang diri mudah meninggikan suara. Sedangkan tak tahu adakah meninggika suara itu mampu merubah mereka menjadi lebih baik ataupun tidak. Ataupun aku sedang dikawal oleh nafsu. Astaghfirullah.
Sungguh syurga itu mahal harganya dan hanya bisa diperoleh oleh orang yang tinggi darjatnya.
Masakan kita yang sabar senipis bawang layak memperoleh syurga Allah, mengecap nikmat melihat wajahnya.
Astaghfirullah
Mari kita beristighfar sejenak. Moga dengan beberapa saaat itu Allah bersihkan hati kita, kerana hidayah Allah itu ibarat cahaya yang akan menerangi hati yang dalam kegelapan.
No comments:
Post a Comment