bagaimana mungkin suatu kasih sayang itu boleh menyesakkan??bukan kah kasih sayang itu suatu rahmah. anugerah dari empunya segala cinta, Allah azzawajalla. suatu perasaan yang indah, hangat dan mengasyikkan.
tapi bagaimana ia kekadang boleh menyesakkan dada? menyempitkan ruang pernafadan yang sedia sempit ini??
hmm seorang guru, akan menyayangi anak muridnya. setelah spend 5 masa seminggu, bagaimana mungkin perasaan sayang itu tidak hadir. keakdang ia suatu yang melucukan untuk berada bsama mereka. ada kala tertawa, dan tak kurang juga cemberut mencuka.
tapi kali ini, dada terasa sesak. kenapa kasih sayang ini menyesakkan lalau ia sebenarnya indah?
hela nafas mula pendek
jantung berdegup laju lebih dari kadar normal phew
bila direnungkan, benarkah sepatutnya begini?
tidakkah sepatutnya, bila rasa sayang itu singgah, marah yang dirasai juga kerana cinta. *ok cinta lagi, kompiusss*
bila renung lagi, mungkin salah cintaku ni. salah niat agaknya.
jika direnung, tahun lepas takdelah marah macam ni. sayang, sayang jugak. tapi knapa tidak seperti ini.
hmm ok jujur.
bukan sayang itu salah.
tapi bila meletakkan expectation dan.tidak dipenuhi, hati mula hancur.
bukan juga meletakkan expectation itu,
salah kerana hakikatnya, adanya expectation adalah tanda sayang, tanda 'i can count on u', tanda saya yakinkan awak,
tapi seharusnya kita sedar, sebelum.meletakkan expectation pada mereka, adakah kita pada masa yang sama meletakkan tawakal.kita pada Allah? kerana semua dari kita milik Allah, punya takdir sendiri, punya kepandaian yang tersendiri, punya cara yang tersendiri.
jadi duhai diri,
berlapang dadalah
kerana sesunguhnya, kasih sayang yang kau ada tu belum 100% pure,
kerna ia pure, pastinya kau tidak kecewa, kerana engkau tahu bahawa pengatur segalanya adalah Allah swt, dan bukan dirimu.
wallahualam