alhamdulillah.
ramadhan ke 5 hampir melabuhkan tirai. dan dalam tempoh kurang 20 jam ni dah macam2 berlaku. emosi naik dan turun, berjumpa dengan mereka2 yg sweet mweet, tak kurang juga nakal2 manja. Alhamdulillah, pasti ada sesuatu yang Allah ingin ajarkan diri yg masih kerdil. terima kasih ya Allah
menelusuri pekan gerik ni, banyak meja dan gerai yang dibuka menjual durian. berlonggok2 banyaknya. tapi kenapa entah, hati dan nafsu ni tak tergoda dengan durian ini.
kalau.dulu, arwah mek akan kopekkan dan simpan dalam fridge. special utk cucu die yang kat nz ni. takut cucu die ni.kempunan durian, heee sweetkn alhamdulillah:) *moga Allah merahmatimu dengan kasih sayang yang jaaaauuuhh lagi banyak mek, al fatihah*
tapi skrg ni bagi free pn blom tentu nak. ok tapi kalau org bg mana blh tolak hadiahkn. rasulallah pn xtolak, so kenalah contohi taw.
sometimes mungkin jugak sbb dah lama xmakan kan, so xdelah rasa nak sangat.
haaa tu baru main point sebenar entry ni!
kebaikan pun macam tu jugak kawan2. kena selalu dilazimi, supaya hati ni biasa dan dh sebati dengan ibadah tersebut. sekiranya makin lama kita tinggalkan, mungkin lama2 yg kesukaan itu dah bertukar menjadi hambar.
kalau dulu kita rajin mathurat, tapi seban dah lama tinggal, kita jadi biasa meninggalkan.
kalau dulu, telinga biasa mendengar recording ceramah ustaz2, sekarang untuk memasukkan dalam play list pun payah.
kalau dulu, senang nak bermanja dengan akhwat, tapi sekarang kenapa jadi double standard.
sama2 kita muhasabah. adakah amal kita bermusim sebagaimana durian juga
*ok menangis ramai2*
sempena 30 hari ketiadaan syaitan ni, jom kita sama2 mujahadah kembali. memenangi nafsu malas kita. meninggalkan jauh rasa yg tiada rasa tu. tak lupa, doa, doa, doa dan terus berdoa moga Allah bantu kita dalam mujahadah, bantu kita untuk mencari nikmat seorang hamba, dan dberi kekuatan menjadi khalifahNYA.
*ameen ya Allah, ameen*
No comments:
Post a Comment