alhamdulillah weekend kali ini berpeluang berbuka bersama keluarga di bumi kelahiran. dan alhamdulillah semalam selesai berterawikh di masjid yang menjadi tumpuan ramai di negeri ini.
bacaan imam sangat mengasyikkan, mengalunkan bait-bait indah dari kalamallah. tapi hati sedikit terganggu dengan sikap jemaah perempuan di sini.
sejadah adalah tempat sujud kita. besarnya saiz sejadah kita tak akan mengubah maksud sejadah tersebut. kekadang itulah ruginya membentangkan sejadah secara menegak, kerana mungkin kita akan merasa, "this is our territory", lantas kita pun berat sikit nak melangkah untuk merapatkan saff.
astaghfirullah.
bukankah Allah ada menyebut dalam surah as-saff bahawa Allah sukakan mukmin yang tersusun umpama bangunan yang kukuh?
sedih lagi bila mengenangkan saff terputus2 smlm.
bukankah jemaah yang dirapatkan itu salah satu hikmahnya adalah dapat menambahkan atau menyempurnakan pengaliran tenaga?
and sbb tulah, ada imam terdahulu, sebelum beliau mengimamkan solat, beliau akan memeriksa saff makmumnya. saya lupa siapa nama tokoh tersebut, Ustaz Don pernah sebut dulu. sebab pntingnya meluruskan saff. itulah untungnya jemah, bukan sekadar untuk mendapat pahala 27 kali ganda tersebut semata, tapi bagaimana pula sikap kita ingin menyempurnakan jemaah, merapatkan saff dan bukan nafsi2 lagi? kalau x, macam sama jek dengan semayang sorang kan
Astaghfirullah.
maafkan ke-emo-an yang tidak menentu
No comments:
Post a Comment