Me-recharge

Allahu Allahu

Berat sungguh menapak masuk ke pagar maktab. Hati meronta-ronta kenapa aku perlu berada di sini. Down, sedih, sendiri semua bercampur. Apa yang perlu aku set dalam diri, apa yg perlu aku set d hati?

Allahu Allahu

Bukan mudah menerima sesuatu yang bukan kita inginkan. Menjadi guru, menjadi pendidik, menjadi guardian. Sesuatu yg perlu dilakukan dengan hati dan passion ku bukan di sini. Di bidang ini.

Astaghfirullah

Bukan aku tak tahu pahala melimpah menanti di sini. Bukan aku tak sedar medan amal ku terbentang luas di sini. Bukan aku tak mengaku tugas ini bukan hanya sekadar menerima gaji tapi amanah yg besar. Sungguh aku sedar, aku tahu

Allahu Allahu

Alhamdulillah adanya pnman ku disini. Jauh tapi hatinya kurasakan. Paling tidak aku ada ubat utk bertahan di sini. Wahai p, jgn bosan menemaniku, menasihatiku, mempositifkan ku..sbb sungguh payah..amat payah berada di sini..

Allahu Allahu

Lembutkan hati ini
Lapangkan hati ini
Bukakan hati ini

Kerana sunggun ianya payah

Note to self:
1. Adakah kau ragu dengan syurga Allah?
2. Adakah niat kau ikhlas kerana Allah?

Bukankah kerana Allah segalanya kan mudah?

Astaghfirullah al-azim

No comments:

Post a Comment