Hidup ini suatu suratan

Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan ini adalah suatu suratan dan bukan kebetulan. Dari saat kita buka mata, melangkah ke bilik air, menggosok gigi, hatta pmemilih baju pun adalah suatu suratan. Segalanya telah tertulis di luh mahfuz.

Duduknya kita dalam suatu majlis ilmu adalah suratan. Melangkahnya kita ke tempat kerja juga suatu suratan. Makan dan minum kita juga suatu suratan.

Lalu, adakah suratan itu kita jadikan sebagai ibadah ataupun sekadar aktiviti yang berlalu pergi? Bagaimana kita menukarnya menjadi ibadah?

Allahuakbar. Alangkah ruginya jika saat kita buat baik itu tidak bernilai apa2 kerna kita tidak berniat.

Ambillah sesaat dua untuk Tajdid Niat atau memperbaharui niat kita. Fikirkan sejenak, kenapa aku bekerja hari ini? Kenapa aku makan hari ini? Kenapa aku melakukan hal ini? Allahuakbar, re-set niat itu bukan sahaja menukarkan pekerjaan itu ibadah, malah memotivasikan kita untuk melakukan pekerjaan itu dengan lebih baik lagi :)

No comments:

Post a Comment